Sunday, December 12, 2010

Confuse

Confuse. Tiada kaitan dengan fuse. atau con-man.

Hidup manusia ni tak pernah lari dengan perkataan confuse, kan? Ada sahaja benda yang kita tak boleh nak fikir dengan terang, jelas lagi nyata.

Kenapa?

Sebab akal manusia tak pernah sama. Jadi, perbuatan manusia pun berbeda-beda. Apatah lagi komunikasi yang pelik-pelik hendaknya. Cakap dah guna bahasa Melayu, tapi otak tak mampu mentafsir sebab maksudnya masih beda.


Kecil-kecil, pening fikir macam mana nak pujuk mak ayah belikan itu ini. Masalah besar kalau tak sempat siapkan kerja sekolah. Risau benar cikgu cubit. Ouch! Sakit. Sangat.

Dah belajar tinggi sikit, ponteng kelas biasa sahaja.
Tak hirau kena marah atau denda.
Mak ayah walau dekat di hati, tapi jauh dari mata.
Lecturer tak kira, asalkan ada kawan tolong tanda. =)

Tapi, fikir pasal nak pilih siapa jadi teman special buat pening kepala.
Dating sini, dating sana, tiba-tiba macam rutin pula.
Haish!

Habis peringkat main-main. Masalah tak pernah juga surut. Confuse macam badai melanda. Sibuk nak jadi dewasa, konon hilang masalah. erk?!

Pusing kanan. Pusing kiri. Intai belakang. Pandang depan. Nampak jalan semua lurus sahaja. Tapi, semua gelap. Selagi tak teruskan, cahaya hijau, atau merah tak kan kelihatan.

Nak kerja? Nak jadi apa?
Kahwin ke? Diri dah sedia?
Belajar? Sampai bila?
Makan? Sedap! Jom!

Saturday, November 13, 2010

Childhood (I)

Anak sulung.
Tak ada kakak atau abang yang nak dijadikan contoh.
Mak ayah kerja, jadi kebanyakan masa di sekolah ataupun di rumah Aki dan Tok.


Tak semua hari kanak-kanak indah.
Ada hari malas pergi mengaji.
Ada hari penat sangat sebab kayuh basikal pergi sampai ke kampung sebelah sebab nak makan mee sup sedap.
Ada hari kena fikir pasal masalah tak nak kena cubit kalau salah buat latihan Bahasa Melayu dengan cikgu Roslan.
Ada hari kena fikir pasal nak pergi main rumah siapa hari ni.
Ada hari kena fikir macam mana nak elak dari kena balik sekolah jalan kaki.
Ah, banyak sangat kena fikir sorang-sorang.
Maklumlah, tak ada kakak dan abang =(

Oh, tapi saya ada adik lelaki yang sangat clingy.

Selalu gaduh dengan dia.
Selalu peluk dia bila sedih kena marah dengan mak dan ayah.
Tapi, selalu lebih kepada gaduh. Dari sekecik-kecik perkara, sampai guna penyapu nak ketuk kepala adik.
Oh, dia lelaki. Haruslah dia lagi besar dari saya.
Dan, end up haruslah saya menangis sebab sakit dan mintak belas kasihan Aki.
Bukan sebab sakit kena ketuk kepala dengan penyapu, tapi sakit hati sebab saya kakak, tapi kalah juga dengan adik. Apakah? Itu sebab orang cakap dunia ni tak adil. Agaknya lah.

Jadi, apa yang saya selalu buat bila saya tak puas hati masa kecil?

Masa tu tak tau lagi erti karaoke.
Masa tu, pegang stereng kereta nak bawak kereta laju-laju pun tak pernah terfikir.
Masa tu, nak mengadu sms-sms dengan boyfriend pun tak terfikir lagi. Pfft~ sms? Apa tu?
Dan, oh.
Masa itu tak reti lagi bila nak marah, kena berwuduk dan mengaji.


Jadi, budak darjah dua kalau dia marah, biasanya dia akan selongkar almari baju dia.
Pergi ambil gunting, dan gunting baju jadi kecil-kecil.

Oh, lega..

Tu lah biasanya budak darjah 2 yang tak ada kakak dan abang buat bila dia bosan dan nak jadi kreatif, terutama bila dia marah pada adik dia.

Korang pun selalu buat macam tu, kan? *wink*

Ececeh tak nak mengaku plak. =P Takkan kecik-kecik korang dah pandai makan coklat banyak-banyak, kot?

Hurmmm~ taktik tu saya baru belaja masa kat matriks.


Oh? benci...~

Wednesday, November 10, 2010

Semoga Allah memberi kamu kemudahan ;)

Saya senyum sampai ke telinga pagi tadi.

Oh, bukan sebab dengar lagu senyum-senyum tu kat radio ke apa. In fact, kalau dengar lagu tu, terus saya rasa macam nak cabut telinga supaya tak perlu dengar lagi. Well, no offense, ye? Sebab masing-masing ada kesukaan masing-masing, kan?

Oh, ye.

Dah 2 minggu saya di kampung. Seronok!
Makan seronok!
Berehat pun seronok!

Semua pun seronoklah.

Cuma, yang buat saya sedih, ialah saya nak exam lagi 2 minggu. Tapi, sampai sekarang tak study betul-betul pun lagi =(

Tak salah siapa-siapa pun, cuma saya malas je... Erm, sedih sebab malas pulak :(

So, hari ni saya ke perpustakaan di UMT. Hehehe~ biasalah, dengan keyakinan yang ada, saya masuk dalam library ni macam saya punya Uni. Heeeee~

Dan, beg saya perlu di periksa sebelum masuk. Kata mereka, kalau ada laptop sahaja boleh bawak masuk beg. Safe!!! (Sila buat gaya macam orang jepun selalu buat tu) Safe!!!!!

Tapi, tiba-tiba dia tanya. Kad matrik mana?
Ops! Apakah? *Geleng*
"tak de" Bisik.

Then, tiba-tiba that akak terjumpa lah kad matrik saya yang sebenar. Berdebar dup dap. Janganlah kantoi saya bukan pelajar UMT ni. Saya doa senyap-senyap.

"Ha, ni ada. Jangan jawab salah, tau? Kalau jawab salah dengan akak tak pe, tapi dalam exam jangan salah pulak." Akak tu senyum.

Saya lega. Dan, oh Turut tersenyum. *manis* =P

Sebelum saya berlalu, akak tu cakap.

" Semoga Allah memberi kamu kemudahan."

Oh? Pap! Hati saya berdegup riang. Buat saya tersenyum. Rasa sesuatu dengan ucapan itu. Rasa saya memang harus berusaha, kan?

" Terima kasih. InsyaAllah." Masih kekalkan senyuman ;)

Dan, terima kasih. Saya tak tahu ape perasaan kamu bila saya tulis tittle macam tu kat atas ni. Tapi, saya ikhlas nak menyebarkan kasih sayang (sila baca mengikut nada macam iklan dalam tv) dan, saya harap ada seseorang yang mungkin akan tersenyum dengan ucapan ni.

"Semoga Allah memberi kamu kemudahan ;)"

Friday, October 15, 2010

Uncertainty

"Nothing is certain but uncertainty"







Perancangan manusia tak terlawan ketentuan ALLAH.



Kan?


Kalau tajuk assignment 'risk and uncertainty', dan saya jawab macam kat atas ni, agak-agak dapat full mark tu certain tak? Hurmmm...

Thursday, October 7, 2010

Jerawat

Grrrr.....

Siapa tak sakit hati kalau ada jerawat di wajah, kan? Lagi-lagi kalau parut jerawat tu susah sangat-sangat nak hilang. Dah lah sakit semacam. Merah pulak tu. Saya yakin, tak ada seorang pun terlepas daripada dihinggapi 'jerawat' ni, kan?

Kan?

Kaaaann??... *nada jeles kalau kamu kata tak. Oh, brrrr..*


Tapi, tahu sesuatu tak? yang jerawat atau parut jerawat ni boleh dihilangkan? Ha.. ada baaanyak produk yang moden-moden sekarang, kan? Oxy, contohnya. T3 lah. apa2 lagi lah. Tak perlulah nak jadi duta mana-mana produk pulak, kan cik balqissy. Hahaha


Dan, tiba-tiba saya teringat dan terfikir. Erk? fikir lagi? ahaha Nak buat macam mana? Kan otak tak boleh duduk diam =P

Ok, back to the point. Jerawat dan fikir. Tahu tak? (dah macam iklan Astro yang budak kecik cerita pasal ostrich tu pulak. Oh, whatever..) yang amalan kita atau dosa-dosa kecil atau besar kita pun akan jadi 'jerawat' pada seluruh badan kita. Ia akan jadi nanah, busuk dan yang sangat teruk boleh kita bayangkan. DAN, ia melekat, melekit etc. Tak nak tanggal-tanggal. Euwwww~~


So, macam mana? Takkan nak jumpa ALLAH dengan badan melekit-lekit, busuk macam tu? Oh, my. my. Tak nak lah, kan? Malu nanti. Tak selesa lagi. Eeee.. macam mana ni? Confirmlah ada jugak dosa-dosa kecil yang kita buat, kan? Tu tak masuk lag perasaan tolong orang tak ikhlas tu. Oh, takutnya.

Ops, kejap. Tahu tak? (Seriously, Qissy? Again?)

Erm, taubat nasuha. Ada terbaca cerita ni, tau. Setiap nanah yang tumbuh tu boleh hilang sekelip mata je. Tapi, dengan syarat. Taubat nasuha. Apa syarat-syarat untuk taubat nasuha? Oh, yang ni tak perlu tanya. Saya tahu kamu tahu, kan? ;) Kalau lupa, sila tanya cik google. ;)


So, betapa tak seronoknya ada jerawat baru kat dunia, lagi tak seronok ada 'jerawat' masa nak jumpa DIA, kan? Mari, kawan-kawan. Tak apa, tak perlu pergi Watsons beli OXY, or T3. Kita cuba qiam ke.. Nak buat sama-sama? Hurm.. rindu zaman sekolah pulak =(

Jadi, di kesempatan ini, dengan bersaki baki lagi beberapa hari, maafkan saya kalau ada salah silap. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, August 17, 2010

three years (I)

3 years


3 words








i've changed







haven’t you?


Saturday, July 10, 2010

Takut.. Seriously saya takut. Doakan, pleasssee?

Tepat jam 6.13 pagi tadi, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang anak yang mengatakan bapanya di tahan di ward CCU kerana serangan jantung pada malam tadi.( saya tidak faham apa CCU, katanya kurang serius sedikit daripada ICU)

Terkejut


Tergamam.


Suara anak perempuan itu tenang, tapi saya tahu ada resah dalam nada tenang itu. Itu ayah dia. Masakan tidak.... Harapannya untuk saya doakan kesejahteraan dan kesihatan ayahnya kembali pulih. Dan, oh. Masih ingat kisah Aki yang pernah saya ceritakan dahulu? Itulah ayah kepada anak perempuan itu. Ya, dan merangkap atuk saya. Aki sakit. Ya, Aki yang jatuh sakit.


Ingat tak? Saya pernah ceritakan AKi suka apabila dia di tahan di ward. Ada ramai kawan untuk berborak, katanya. Tapi, kali ini saya tak rasa Aki gembira. Langsung tidak. Saya pun tak gembira. DAn saya pasti mak saya dan adik beradiknya juga langsung tak gembira. Sangat!


Balik? Atau tidak?

Kalau dulu, saya sedang cuti, bolehlah saya jaga Aki sepanjang masa pun, saya tidak kisah. Kali ini, oh. Minggu depan mula penggal baru. Kerja pada hari Isnin dan Selasa juga harus di ambil kira. Oh, tidak mengalah... Cucu sulung AKi, sepupu saya di sana, InsyaAllah dia boleh menjaga Aki lebih baik dari saya. Lagi pula, Tok Da (isteri baru Aki) juga ada untuk menjaga kebajikan Aki.

Balik? Atau tak?


Kali ini bukan sakit biasa... Tenat, mungkin. Entah, saya tidak dapat rasakan seteruk mana kesihatan Aki berdasarkan suara mak tadi. Pandai mak berpura untuk tidak meresahkan anaknya. Kasihan mak. Dia dah terlalu banyak beban. Kerja. Kedai. Adik-adik. Keluarga. Mana dia nak berkejar untuk 3 tempat dalam satu hari?

Balik? Atau tidak?

Lantas, saya teringat. Dua hari lepas baru kereta saya meragam. Aircond rosak. Aiseh!

Balik? Atau Tak???!

Bukak dompet. Kira-kira duit dalam tu. 3 keping nit RM1, sekeping RM5. Itu je yang ada dalam matawang Malaysia.


Balik?? Atau tidak?



Saya terus mengambil wudhu’ dan membuat apa yang patut untuk Aki. Kamu semua yang baik, doakan kesihatan Aki, ye.


Terima kasih, kamu... ;)

Sya? Balik? Tak balik? Hurmm...


0623 H
10/07/10

Wednesday, June 30, 2010

Tegas

Ya, saya seorang yang tegas.










Sekian, terima kasih.







**Tapi, kadang-kadang hati lembut jugak. Tapi, mungkin kadang-kadang sangat je.

Ah, sekian terima kasih lagi sekali.

Sunday, June 27, 2010

Move on

Its been a while since I write something here.

Blur. Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi, mungkin.

Rutin? Tak jugak. Sebab banyak benda baru yang dah di buat. Set-up something for my mom. Alhamdulillah, hampir 80% siap =)

Buat tinjauan untuk travel package yang baru pun dah selesai, hanya tunggu masa untuk tindakan seterusnya =)

Shopping? Ah-Ha!!! aihh~ sungguh puas. Tapi, lepas tu yang tak berapa puas sebab duit agak berkurang dari biasa dah. =P

Saya baru berpindah ke tempat baru lebih kurang dah 2 bulan. Tapi, setakat ini, saya rasa baru 2 minggu berada di rumah baru sebab sepanjang masa asyik travel sahaja ke sana sini. So, memang setakat ni tak ada rutin lagi.

OH? Lagi satu benda baru yang keep pushing me to focus on - vector! Arghh. Actually, I hate vector. Tapi, tak dapat menafikan kewujudannya sebab itu konon2 dah jadi benda wajib baru! hurmmm -_-!

Dan, korang pernah rasa confused tak? Confused dengan diri sendiri? Confused with the people that we care so much?

first of all, kalau kita confused dengan orang sekeliling, apa yang kita boleh buat? Macam tak ada apa yang kita mampu lakukan selain daripada bertanya secara direct, kan? Jadi, apa yang perlu diselesaikan ialah masalah confused dengan diri sendiri.

Kadang-kadang, saya rasa saya dah tak menjadi diri sendiri. Too nervous, too silent. Maybe I have a doubt on myself. So, I keep trying too hard. Konon nak jadi orang yang lebih baik, saya membaca banyak buku. Tapi, akhirnya ia buat saya lebih confused! So, i decided to just go along with the flow.



Back to basics. Hurm, saya dulu bagaimanakah? Seorang yang suka berfikir, kan? Tapi, tindakan juga sama seperti apa yang di fikiran. Bukan hanya pandai berfikir tanpa ada tindakan. Buat seketika sebelum ini, banyak fikiran tersimpan dalam minda sahaja. Tindakan lebih perlahan. Dah jadi macam orang yang saya kutuk sebagai orang yang bosan. Ops! Maafkan saya, cik Nurul. Kenapa kamu dah jadi orang bosan? Oh, sangat tak seronok! Macam mana nak jadi dewasa yang seronok ni? -_-"



Tapi, bukan semua boleh pulang ke asalnya... Ada yang masih perlu di ubah. Tapi, bukan saya yang diam. Sungguh, diam saya buat otak saya jadi tak berhenti. Sebab itu, tidur saya selalu diganggu mimpi. Saya juga nak tidur seperti bayi. Ah, rindu! =)


Pernah dengar tak yang kalau nak berjaya, perlu bersedia untuk menghadapi risiko kegagalan? Ya, saya aplikasikan semua tu hampir untuk semua benda. Tapi, ada satu benda yang saya tak mampu hadapi sekarang. My love-life. I am too fragile. Dont know why. I just cant face it.

Tapi, itu dulu. Sekarang, dah tak ada masalah tu lagi dah. =) Hahahahah rasa seronok sangat sebab dulu saya terlalu berpegang pada sesuatu yang ... entah, belum pasti? Saya dah bersedia untuk move on.

Bukan bermaksud move-on disini untuk ber-couple atau apa. Tapi, kadang-kadang kita perlu satu kepastian, kan? I am going to give you a very wise explanation, but seems like you are not interested, then forgive me if I am leaving you behind. Its time for me to take a new step!

I dont want to think about you if you dont want me, but i love to if you love me
.


Chess. ayat kemain. hahaha

Saturday, April 17, 2010

Harapan Tanpa Suara



Ku jaga Kau di hari tuamu,
Andai panjang usiaku . . .


Pembuangan bayi semakin berleluasa di Malaysia? Atau baru sahaja diketengahkan oleh pihak media? Kalau dahulu, ramai yang menutup aib dengan menyembunyikan perkara sebenar, tetapi sekarang media cuba melariskan penjualan akhbar dan berita dengan cerita-cerita sedih begini. Tapi, inilah manusia. Kita harus berdiam diri supaya tidak dikata menjaga tepi kain orang kah? Atau kita harus ambil tahu sehingga dikata penyibuk kah?



Berpada-pada lah sayang . . . Ambil tahu, bukan tujuan untuk mengutuk dan membebel sahaja. Tidak ambil tahu, bukan bermaksud membiarkan apa yang haram menjadi halal. Oh, berbalik kepada kes buang bayi ini. Saya rasa tiada yang sokong perkara seumpama ini berlarutan. Hatta si ibu yang buang bayi itu pun mungkin mimpinya diganggu hampir setiap malam akibat kekesalan. Tapi, sejauh mana kita sebagai umat Islam harus memandangnya?


Tidak dinafikan, kebanyakan bayi yang dibuang ini ialah keturunan Melayu. Apa dangkal sangat si Melayu ini berfikir? Atau mahu salahkan kerana kamu Islam, jadi malu kerana telah melahirkan anak luar nikah yang pasti akan dikutuk oleh manusia-manusia seagama yang lain? Oh, malas saya mahu bincangkan tentang agama dan kaum di sini. Kerana, memang terbukti asas pembuangan bayi ini adalah perbuatan zina yang memang di haramkan dalam Islam.



Saya ingin melihat kepada sistem pengadilan di Malaysia. Kenapa apabila berlakunya pembuangan bayi, kebanyakan berita akan mencari si ibu yang melahirkan bayi dan bertanggungjawab membuang bayi tersebut? Ya, ini betul. Tapi apa yang salahnya adalah apabila hanya ibu yang bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Apakah??? Sedangkan, kalau bertepuk sebelah tangan, pasti tak akan berbunyi. Kenapa si lelaki yang sepatutnya menjadi ayah itu ditinggalkan dengan bersenang-lenang? Bagi saya, perkara ini disimpulkan daripada salah kedua-dua pihak kerana terlampau mengikut nafsu serakah. Namun, rentetannya mungkin kerana si lelaki tidak mahu mengambil tanggungjawab yang telah terbentang di hadapan mata akibat kesalahan mereka tadi. Tinggal si gadis terbangak-bangak memikirkan nasib diri. Sudah jatuh, ditimpa tangga. Sudah bersetubuh, ditinggalkan pula.


Mungkin kerana Singapore bukan negara Islam, jadi mereka ada undang-undang yang membela nasib ibu yang tidak dikahwini dan anak yang tidak punya bapa dan tidaklah mengikut aturan syara'. Jika anak itu lahir di luar nikah, bapa kepada anak itu wajib memberikan nafkah wang ringgit sehingga anak itu berumur 18 tahun, walaupun si bapa tidak hingin berkahwin dengan si ibu. Kenapa Malaysia pula, dikatakan negara Islam tidak mengambil langkah serupa dan mengubahsuaikan dengan lebih bijak? Sekurangnya, nasib anak terbela, bukannya lagi membebankan nasib si ibu yang sudah lama terpijak.


Bukan mahu salahkan kepimpinan negara. Bukan juga mahu mengadili sistem pengadilan negara, tetapi hanya memberikan pandangan. Mungkin sistem negara kita terlebih demokratik. Melihat secara telus dalam setiap aspek? Mungkin ramai lelaki yang berfikir seperti ini.


Jika berlaku pada kita, apa akan jadi? Andai anak lelaki kita yang jadi punca, apa akan jadi?



Entah! Tapi, kempen "kami Prihatin" ini mungkin satu langkah kecil yang boleh berjaya. Kerana, tanpa dinafikan juga, artis ramai yang jadi idola. Sekurangnya, kamu tahu artis kamu tak suka kamu buang bayi, atau boleh beri bayi kamu ke mereka. Kalau saya cakap, mungkin tak ada siapa yang nak dengar, kan?
*wink*

p/s: lagu ni sedih T.T terutama part Adibah Noor nyanyi rangkap kat atas tu. =(

Tuesday, April 13, 2010

Give Up

Penat.



























Sangat.













Penat sangat. Sampai diri kadang tak terurus.





Air mata boleh mengalir daripada mata yang kini bengkak-bengkak dan lebam. Sebab terlampau penat.

Rambut lama tak berdandan, biar saja dalam cengkaman si kupu-kupu biru. Sebab terlampau penat.

Script silih berganti-ganti, tapi tak berhabis. 700 bukan sedikit. Sebab terlampau penat.

Nasib baik ada coklat dan skittles. Tapi, skittles di saat ini tak cukup enak. Coklat dah 4 bar besar habis selama seminggu. Ini minggu ke dua. Ada lagi satu minggu depan untuk berjuang. Alhamdulillah, minggu lepas selesai dengan jaya. Alhamdulillah, ya tuhan.


Biasanya, 24 jam tanpa sepicing pun otak rehat, beradu tenaga dengan bilah-bilah muka. Tangan sibuk conteng, bibir terkumat kamit, kadang perlahan seperti dodoi si anak kecil, dan kadang terpekik sebising lagu di konsert. Aku masih tegar. Asalkan, ada coklat dan air suam. Cukup. Akan ku hafal semua yang aku harus aku muntahkan untuk kertas 2 jam itu. Dan, oh. Kini, aku cuba. Cuba berbuat benda yang sama. Tapi, otakku merasa penat. Sangat penat. Kenapakah?










Sebab, biasanya aku akan tidur lebih 48 jam selepas otak dan mindaku tidak berhenti fokus untuk 24 jam. Gula juga perlu dihadam. Kini, tidur untuk 3 jam pun harus aku selitkan di mana-mana. Jadi, aku penat. Sangat penat. Sampai bunyi terpekik itu tidak terdengar. Sehingga kaki menggigil tidak tahu punca. Jari kadang tidak mahu menulis lagi walau penat diarah dan dipaksa. Sehingga bernafas pun sedepa masih kedengaran. Berat.


Ya Allah, kuatkan aku untuk menempuh dugaan ini. Cuma minggu depan, akhirnya untuk ujian kali ini. Kuatkan aku untuk itu. All the best, Nurul. Tidak akan pernah ada erti putus asa. Ingat itu! Yeay! Mari mandi, segarkan badan dan sujud minta pada DIA kekuatan, ya? Moga penat ini hilang. InsyaAllah.

Saturday, April 10, 2010

Romance

Minggu ini sangat sibuk. Sangat! Tapi, minggu depan rasanya lebih sibuk. Kerana lagi dua minggu depan, hari penentuan. Saya takut, sebab saya dulu tidak tegar untuk mempersiapkan diri awal-awal. Suka buat kerja di saat saat akhir. -_-!

Kalau kamu tension sebab banyak kerja, apa kamu buat, ye? Saya suka layan perasaan sekejap. Romantis, Gratis! Hahaha (gatal mode)~ Ini suntingan cerita Selamanya, filem Indonesia. Saya pun tak pernah dengar cerita ini sebelumnya, tetapi setelah godek-godek di YouTube, memang tidak rugi menonton.

Sila lihat, dan nilai sendiri ya? Sweeeeett sangat! Sangat!

Friday, April 9, 2010

My sayangs ;)



Boleh klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Kalau nak print buat poskad, sila bagitahu dahulu. Mereka ini Suzie dan Ita, yang diceritakan dalam entry lepas. My sayangs. =) Kami jarang berjumpa, ini kali pertama dan terakhir (buat masa ini) selepas meninggalkan alam sekolah. Yang, I benci u! =(

Thursday, April 8, 2010

Sekolah? Best!

Sekolah.


Kawan.


Hurm.. Saya tak ramai kawan. Sedari kecil, kawan-kawan saya kebanyakannya yang sama sahaja. Rasanya pernah saya ceritakan yang saya sukakan perhatian, kan? Ya, itu benar. Sangat! Sebab itu untungnya saya selalu dikelilingi oleh rakan-rakan yang akan anggap saya adik memandangkan fizikal saya yang kecil dan umur yang lebih muda dari mereka. Yeay! =D



Kisah adik beradik angkat bermula sejak saya di tingkatan satu. Semasa perhimpunan, saya selalu beratur di belakang kerana datang lambat. Tapi, akhirnya dikerumuni oleh kakak-kakak senior yang selalu mengusik-usik saya. Saya layankan sahaja kerana seronok diberi perhatian. Heeee~ =D Okey, saya di tingkatan satu sangat-sangat-sangat comot. Pakai tudung sama labuh dengan baju (sekolah agama, harap maklum). Tudung pulak senget-senget. Bulat sahaja muka jadinya. Nak pakai tudung bagi muncung tu memang fail. Senyum sipu-sipu bila diri diusik (malu). Pakai kain sekolah pun saya rasa senget sebelah. Whoops! Hahaha Jadi, bagi senior mungkin mereka merasakan comot itu comel, kot? =P

Sehinggalah, ada seorang akak ni, cantik dan tinggi selalu datang ke kelas saya. Ketika itu, dia di tingkatan 3. Kelas saya bersebelahan koperasi, jadi dia selalu datang ke koperasi setiap kali waktu rehat tiba. Saya jadi takut, sebab saya perasan dia selalu memandang saya sambil tersenyum-senyum. Sampai satu hari kawan saya pass kan surat dari dia yang nak jadikan saya adik angkat dia. Oh, saya takut. Serius! Dah tak rasa comel dah masa tu. Oh! Saya tak balas pun surat itu, tapi lepas tu saya sengaja elakkan diri dari pandang dia. Mungkin dia rasa bosan dengan saya atau apa, lepas tu dia dah buat tak kenal dengan saya sampai dia habis sekolah. Dia sebenarnya bukan lessy ke apa, cuma ikhlas nak jadikan saya adik angkat dia. Bila dah besar sikit, di tingkatan 2, saya rasa rugi pulak tak jadi adik angkat akak tu. Sebab dia memang sangat cantik, dan ramai peminat. Bolehlah menumpang glamour. Ceit! Niat sangat tidak ikhlas di situ. Haha (Lagipun, itulah pertama kali saya dapat surat daripada 'peminat'). Selepas itu, zaman kegemilangan saya dah berakhir sebab mungkin saya dah tak comot (sebut comel) lagi. -_-!


Saya ada dua orang kawan baik, iaitu Suzie dan Ita. Kami ini semenjak di tingkatan satu sehingga di tingkatan 3, wajib sekelas kerana kami berada di kelas khas yang tidak akan di susun mengikut keputusan peperiksaan. Malangnya, kerana status kelas itu yang dipandang tinggi oleh masyarakat sekolah, kami di-anak-tiri-kan oleh rakan-rakan perempuan setingkatan di asrama. Sampai sekarang, saya tidak tahu kenapa. Kami hanya kami. Bertiga. Jadi, kami hanya menggedik bertiga, menangis pun bertiga. Hanya di asrama. Tapi, itulah. Kata orang, bila kurangnya satu benda, akan ada lebihnya di tempat lain. Di sekolah, kami ramai kawan ;) Kerana, kami rapat dengan kawan-kawan lelaki. Lagi sekali, kerana fizikal yang kecil, saya digelarkan kecil atau Cheq. Ita dan Suzi lebih ayu orangnya berbanding saya. Saya kan comot. Kasar sikitlah, kot. Sempoi sahaja. Tapi, seronok. Sebab, mereka bertindak sebagai abang kami. Apa yang salah, ditegur. Saya selalu jadi bahan rujukan bila mereka ada masalah-masalah serius cinta monyet dengan girlfriend-girlfriend mereka. Tapi, masalah jarang ada. Mereka kan playboy hingusan. Hahaha =P


Senyum dan ketawa jadi rutin. Gaduh-gaduh, merajuk-merajuk, lari keliling bangunan sekolah, organise BBQ yang terlebih happening sampai kena tangkap dengan Teacher dan Ustaz Wan, Kumat & Arif yang ajar jadi Mc Guyver (kantoi dengan Cikgu Naza), pergi pecah masuk bilik LK, belajar lukis kartun (dengan Madang n Zuber), baca Blues Selamanya (Amir supplier tetap), lepak kat tangga, lepak makan ABC lepas korang habis kawad sampai tersembur (Ops!) hahaha, pergi ketuk Paeh tidur dalam bilik stor masa orang lain sembahyang Zuhur jemaah, teka-teki mesti nak hari-hari, Peija dengan dia punya masalah cinta dengan Mc Long (akhirnya Apis kebas) -_-!, Zeri yang suka nak tahu pasal orang perempuan sebab semua adik beradik lelaki, Raja yang suka pura-pura blur tapi perli orang tahap dalam punya. Kumat yang cool dengan motor 125z. Madi Lapis yang selalu korang kutuk, tapi selalu back up saya =)) Madi Itik yang hebat, tapi tetaplah itik =P. Paeh, Apeh, Zeri dan Peija yang selalu buat kelas tak pernah rasa bosan, tapi buat si kecil selalu kena marah kerana terlebih gelak dengan kuat semasa cikgu mengajar di depan (takkan lupa kes Cikgu Zawaiyah tu). Hahaha =D Ustaz Che Ku pulak suka paksa sama-sama berdiri atas meja sebab tak siapkan kerja sekolah Arab. Ita dan saya terperangkap dalam 'lif' (bbukan if sebenar). Suzie dan Kumat gaduh, lepas tu mesti nak cari siapa? =P Time kita plan nak pergi Redang, sampai sanggup buatkan surat rasmi (tipu-tipu) untuk bagi kat parents saya, tapi akhirnya cancel pada hari nak pergi tu jugak sebab saya tak jadi pergi (berjam-jam cakap telefon dalam tandas) +_=


Terima kasih kerana menceriakan hari-hari saya di sekolah. Nak tulis lagi, rasanya tak akan habis. Kalau sekarang, terima kasih datang raya, tapi korang mesti nak datang sampai dua tiga kali.. Semalam, hari ni, esok bla bla bla Hahaha (P/s: Amir, Apis, Kumat dan Zeri, ye ini) Tapi, datanglah. Datanglah lagi dan lagi. Saya suke sangat! =) Dan, sampai sekarang rasanya setiap kamu yang saya kenal masih sama. Korang tahu tak, ayah pernah marah sebab setiap kali raya, tak ada kawan perempuan datang rumah? Tapi, takpe. Tahun ni datang lagi, ye. Kita repeat cerita dulu-dulu lagi sekali. Mesti gelak jugak punye. Kan? ;)



p/s: Oh, nama-nama yang disebutkan ini adalah rakan-rakan sekolah saya selaku penjaga tidak rasmi saya. Semua abang! Yeay! Sebab, saya lgi muda dari mereka setahun dan confirm kecil. Semasa saya di tingkatan lima, berat saya tak sampai 30kg. Sekarang? Hish, jangan tanya --_--

p/s2: Oh, kawan-kawan saya di Matrix dan UTM jangan sedih pula. Mungkin ada update series Drama Queen? Heh~

Wednesday, April 7, 2010

Acting! (2)

Sebelum berlakon di bidang pentas, saya rasa kita semua pelakon di dunia sebenar, kan? Cuma,kita tiada skrip yang di garap oleh orang lain. Semua tentang kita. Akal ada untuk mereka-reka, nafsu ada untuk beri desakan. Tapi, kita juga ada hati. Sama ada hati itu putih atau hitam, tanya diri sendiri. =)


Hipokrit kata nama bagi yang suka berpura-pura. Berpura-pura bermakna berlakon kah? Saya rasa ia adalah dalam kategori yang sama. Jadi, setiap orang juga hipokritkah? Hurm, secara jujurnya, saya rasa ya. Tapi, mungkin kamu ada pandangan sendiri, kan?

Bagi saya, semua orang hipokrit. Tak kira pada apa pun. Ada yang hipokrit semasa bekerja dengan rakan sekerja, juga bos. Ada yang hipokrit dengan keluarga sendiri. Hipokrit dengan pasangan? Banyak berlaku. Sebab itu, banyak rumah tangga yang menemui jalan buntu kerana seseorang itu mempunyai sebab duniawi untuk jatuh cinta. Apabila disedari itu hipokrit, jadi rasa cinta hambar, eh? Entah. Saya masih belum kahwin, jadi tidak tahu. Maaf, ya. =)

Saya selalu hipokrit. Mungkin dengan tulisan di sini juga pernah hipokrit. Entah lagi sekali, kerana kadang-kadang hati saya berbolak balik. Sekejap rasa itu, sekejap rasa ini. Hurm... Kalau di luar blog ini, lagilah saya hipokrit rasanya. Ada sesetengah orang mungkin kenal saya dengan seorang yang sentiasa tersenyum, banyak cakap dan sentiasa dalam keadaan seronok dan gembira. Tapi, ada juga yang langsung mengatakan saya sombong kerana kadang-kadang memang saya begitu. Saya kalau berjalan, biasanya tunduk sahaja ataupun jalan terus pandang ke depan. Tidak reti nak pandang kiri-kanan. Jadi, jarang terperasan siapa yang menyapa atau tersenyum ikhlas di tepi. Maaf =( Jadi, saya pun tidak tahu mana satu entah personaliti saya. Harap saya tidak meninggalkan rasa yang buruk, marah, benci, dendam di dalam hati kamu sudahlah ye.



Jadi, saya nak berterima kasih kepada yang bagi komen pada entry lepas. Ramai rupanya yang pernah terlibat dalam bidang pentas ni, ya. Mungkin kita pernah berjumpa di mana-mana event, kan? ;)


Dan, setelah berfikir secara tak berapa nak mendalam sangat pun, saya fikir yang lepas harus dibiarkan lepas sahaja. Dan, saya ingin teruskan dengan perubahan positif yang dah saya cuba buat, bukan senang kot. Walaupun orang tak nampak apa yang dah pun berubah, tetapi hati saya tahu. Mak saya tahu. Saya cukup gembira dengan itu. Ya, dulu mungkin saya agak nakal. Baru-baru ini, saya dah menunjukkan banyak perubahan positif, mungkin. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak terlibat dalam mana-mana pementasan lagi. Mungkin sebagai penonton sahaja lebih sesuai ;) All the best, kawan-kawan =D



Monday, April 5, 2010

Acting!

Mungkin ramai yang tidak tahu saya pernah terlibat dalam bidang pentas untuk satu ketika dahulu.


Ops! Saya bukanlah pelakon filem mahupun drama. Tetapi lebih kepada teater. Dan, sekadar untuk suka-suka. Banyak benda yang kita boleh belajar dalam pementasan teater. Oh, saya tidak tahu tentang orang lain. Tetapi, bagi saya sendiri, di situlah tempat saya belajar untuk perkukuhkan keyakinan diri sendiri. Belajar bagaimana untuk bercakap lemah lembut, tetapi kuat. Ya, kerana pementasan teater sebenar tidak menggalakkan penggunaan mikrofon. Belajar untuk memahami kehidupan dan masuk ke dalam setiap diri manusia yang berbeza. Supaya, kita lebih mudah faham apa yang akan orang lain rasa. Ya, belajar untuk tidak pentingkan diri kita sendiri.



Pada awalnya, saya terpilih untuk menyertai pasukan teater peringkat UTM (Universiti Teknologi Malaysia, Skudai). Projek awal kami ialah untuk Makum, di Universiti Malaya. Dah lupa tajuk teater yang dipentaskan. (Lama sangat dah. hoho) Dan, malangnya penglibatan kami tidak mendapat tempat sebagai johan. Tetapi, tidak mengapa. Belajar daripada kegagalan itu penting, kan? Selepas itu, saya diserap masuk untuk terlibat dalam aktiviti teater di Johor. Sangat berguna kerana berjaya bekerja di bawah arahan Khalid Salleh dan Sani Sudin (Kopratasa). Mereka sangat professional, tetapi sangat rendah diri. Dan, Sani Sudin, he is such a bully. Hahaha Ye la, siapa suruh selalu kecik dan buat silap, kan? :P


Setelah meninggalkan dunia pentas pada tahun 2008 untuk menumpukan kepada pembelajaran (kunun-kunun), saya jadi senyap sunyi daripada dunia itu. Bukan tiada hati, tapi entahlah. Sibuk, kot? Dan, beberapa hari lalu tiba-tiba saya teringat kembali that good old days, fun and exciting moment ever, kot. Dan lagi, hari ini dengan tidak semena-semena, saya dapat tahu yang Makum 2010 akan berlangsung pada Jun ini. Whoah, macam nak turut serta, rasanya tak susah kerana masih ada rakan yang aktif di dunia sebelah sana. Boleh jadi sangat nostalgia, kan?


Tapi, takut juga. Kalau dunia sebelah sana akan menarik saya untuk menjadikan diri saya yang saya tak nak jadi. Eh, bukan. Bukan nya saya nak jadi pelakon. Kali ini, saya lebih seronok bekerja di belakang pentas, kot. Tapi, itulah. Dunia sana berbeza. Kalau hati tak kuat, mungkin terngadah. Eh, jap. Bukan teruk sangat pun. Hahaha Saja nak buat suspens. Tapi, lari sikit dari saya yang sekarang. Heh~


Dan, saya masih ingat satu ketika dahulu. Masa saya sedang perform di satu tempat, boyfriend (sekarang ex-boyfriend) saya datang menyaksikan pementasan. Habis pementasan sahaja, dia bertanya.

" Mak kirim salam. Awak nak jadi pelakon eh, nanti?"
" Eh, tak tahu lagi. Kenapa? Awak suka eh saya jadi pelakon?" Saja saya nak layankan.
" Mak tak bagi kahwin dengan pelakon." Haha kami ketawa bersama. **


Tak lama lepas tu, kami pun break-up. Sekian. =P

So, perlu ke joint teater lagi? Dah ada boyfriend pun boleh break-up, kalau tak ada, nanti lagi susah nak cari calon ni. Heheheh Tapi, hurmmm...

P/s: *1. saya bukan pelakon, okeyh. =D
** 2. dialog diatas disunting kerana ingatan saya sangat blur.

Sekian.

Friday, April 2, 2010

Waiting

I hate the waiting and the worrying . . .












. . .












but we all can use a little hope sometimes.


Oh, no!



We should live our life with that little hopes, right? Cause that's the way life designed for.


InsyaAllah, I'll be okay. You'll be okay. And so do WE. =)


Dont forget to say thanks to HIM, buddy. HE is watching. Waiting. Always.

Wednesday, March 31, 2010

Flirt

Flirt. Susah untuk saya terjemahkan dalam bahasa ibunda saya. Secara teknikalnya ialah mengurat tetapi tidak bertujuan untuk menjadikan hubungan itu serius. Ya, lebih kurang.


Ramai yang flirt. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa (tua). Ya, tak dapat dinafikan bila anda flirt, ada satu perasaan indah bermain di jiwa. Tersenyum-senyum sendiri. Kadang-kadang terbawa-bawa dalam mimpi.


Apa yang menjadikan flirt ini indah, ya? Mungkin kerana tiada komitmen yang dijanjikan. Hanya untuk sesaat atau satu jangka masa yang mungkin berlarutan sehingga kedua-duanya beralih kepada mangsa flirt baru. Bukan salah sesiapa, kerana ... (sila rujuk definisi). Itu yang dinamakan flirt. Bila kamu bosan, kamu lebih senang untuk flirt dengan orang lain pula. Kerana rasa flirt ini keindahannya juga sementara.


Kalau ada yang kamu sempat membaca entry terbaru saya semalam yang telah pun dipadam, sila abaikan. Sebab, entry itu juga hanya keindahan sementara. Indah ke? Entah. Tapi, ia mampu buat saya tersenyum untuk seketika. Dah, namanya flirt, kan? Tapi, ia hanya untuk sesaat. Beberapa malam ini, penat saya berfikir. Benar kah itu yang saya cari? Persoalan utama saya ialah kenapa dulu ada yang sudi untuk flirt, mahupun berpacaran dengan saya. Dan, kini saya seperti lutsinar untuk dijadikan teman wanita dan sebagainya.


Lama. Lama saya berfikir. Tapi, fikir seorang-seorang. Saya ini dulunya lebih menarik kah? Dulu saya lebih peramahkah? Dulu, saya lebih periangkah? Dulu, saya lebih gedik kah? Entah. Sampai sudah tidak ketemu jawapan. Malam tadi, selepas saya menonton Dear John, hasil karya Nicholas Sparks, saya berbincang dengan teman rapat saya apa yang bermain di fikiran. Sungguh, cerita itu sebenarnya menghampakan saya berbanding bukunya. Saya merasakan watak saya agak kurang lebih sama dengan watak Savannah. Dia suka mengeluarkan apa yang dia rasa sama ada dengan surat, tangisan mahupun kata-kata. Ya, itu saya. Tapi, itu dulu. Sekarang, saya lebih gemar untuk berdiam kerana semakin dewasa, banyak hati yang perlu kita jaga. Banyak hubungan selain hubungan kita yang harus kita pelihara.


Kenapa saya nak berfikir tentang betapa tak menariknya saya ini? Oh, bukan saya sangap nak ber-boyfriend atau apa. Cuma, ya. Kadang-kadang hati risau juga andai fantasi hanya tinggal fantasi. Senang jawapan rakan saya. Kau tak pernah bagi peluang. Stuck. Tapi, dengan apa? Atau dengan siapa? Hurm...


Memang, flirt mungkin sejarah bagi saya. Sebab, saya akan cuba elakkan. Stuck. Bukan dengan apa atau dengan siapa. Tapi kenapa? Kerana itu pilihan saya. Lama. Ya, lama dahulu. Sejak saya sedar flirt ini indahnya sementara. Dan, bukan sementara yang saya cari. Saya cari kebahagiaan yang dihalalkan. Saya cari keredhaan yang disirami cahaya petunjuk dari DIA. Cinta yang mampu jadikan saya bidadari syurga untuk yang tersayang. Hari itu, tersesat dalam mencari jawapan. Nasib baik, kini saya sedar kembali. Harapnya sedar sepenuhnya. Insya Allah. Ameen.

Kita insan. Selalu ada khilaf dalam perlakuan. Dan, kita juga manusia biasa. Biasa se-biasa-nya. Sebab itu, hanya perancangan dalam jangkauan kita. Ketentuan sudah pasti milik DIA. Penat lelah saya untuk dua tahun ini InsyaAllah akan terbalas. Tapi? Bagaimana kalau tiada komunikasi? Akan adakah insan biasa lain yang datang? Yakinlah hati. Yakin. Janji Allah bukan sebarang. =)


Menarik nafas dalam-dalam.

Hati tenang. Damailah dia dengan cahaya.

Cukuplah mencari cinta manusia. Kejarlah cinta Allah. Cinta yang Hakiki. (Pesanan untuk diri sendiri)

InsyaAllah. Ameen.

Tuesday, March 23, 2010

Tolong Sayang Saya

Malam ini, saya tak dapat tidur.Puas saya bergolek kesana kemari. Saya pejam mata, saya teringat mak dan ayah saya di kampung. Kalau kecil dahulu, kalau tidak dapat tidur, pasti saya sudah bergolek di tepi ayah saya, dan dia lastas memeluk saya. Kini, tempat itu diisi oleh adik bongsu saya. Kadang-kadang, meluat pun ada. Cemburu, sebenarnya. . .

Kalau semasa di Penang dan di Skudai pula, saya selalu juga menumpang tidur di bilik rakan bila ada perasaan sebegini. Sengaja berhimpit-himpit atas katil 'single' itu beramai-ramai supaya kami saling boleh menidurkan diri. Seronok.

Malam ini, fikiran saya melayang pada seorang lelaki yang saya panggil dia Aki. Aki orang yang saya amat kagumi. Saya lebih kagum pada Aki berbanding ayah saya sendiri. Dia cekal, tidak mudah mengaku kalah, dan sangat rajin. Dia juga senang berbudi pada tanah. Dan, saya amat berbangga kerana saya merupakan cucu kepada Aki ini. Harap sedikit sebanyak sifatnya jatuh pada saya.

Sejak kecil, pada waktu siangnya, saya dan adik akan di jaga oleh Aki dan Tok memandangkan mak dan ayah keluar bekerja. Kenapa saya kagum dengan Aki? Mak selalu cakap betapa susahnya hidup mereka semasa kecil dahulu. Nak makan ayam pun jarang-jarang sahaja. Tok tidak bekerja, hanya Aki bekerja sebagai kuli kerajaan. Sedang mak dan adik-adiknya membesar, Tok jatuh sakit. Sakit yang teruk sehingga habis harta tergadai untuk berubatkan Tok. Aki tidak pernah tinggalkan Tok. Ya, Tok sakit yang sangat dahsyat sampai mak pun tidak sanggup untuk menceritakan, kerana sampai sekarang saya masih tidak tahu apa yang terjadi. Saya kagum dengan rasa cinta dan tanggungjawab Aki pada Tok ketika itu. Walaupun sudah tidak mempunyai wang yang cukup, Aki tidak pernah gagal untuk menyekolahkan anak-anaknya. Paling tidak, sehingga ke SPM. Alhamdulillah, kini anak-anak Aki berjaya semuanya. Ada yang dah jadi professional dalam bidangnya. Bab agama? Sangat-sangatlah dititikberatkan. Anak-anak Aki boleh saya katakan dibanggakan berbanding saudara mara sebelah Tok yang lain, walaupun Tok pernah diserang sakit, dan keluarga Aki tidaklah sekaya yang lain.

Dan, Aki ini seorang yang penyabar. Dulu, ketika kami (saya dan adik) masih kecil, kami sangat-sangat nakal dan suka bergaduh sesama sendiri. Gaduh-gaduh manja, kot. ;) Walau macam mana pun, Aki tidak pernah naikkan tangan kepada kami. Kalau dia memang sangat marah pun, akhirnya dia akan buat gaya ingin melempang, dan selepas itu lempang pada tangannya sendiri yang sebelah lagi. Mak kata, memang Aki begitu orangnya. Dengan anak-anak pun tidak sesekali ada tangan yang memiat atau apa. Ketegasan dan kelembutan hatinya buat kami taat pada setiap perintah yang Aki perintahkan.

Saya adalah cucu kedua. Sepupu saya yang merupakan cucu pertama, adalah cucu kesayangan Aki. Dia telah kehilangan ibu semasa masih kecil. Jadi, hanya Aki dan Tok tempat dia menumpang kasih. Saya tahu, saya tak akan boleh merebut kedudukan sepupu saya di mata Aki. Dia sangat istimewa di mata semua orang. Saya ada tempat saya sendiri. Walaubagaimanapun, pada satu tahun, Tok telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Pada waktu itu, sepupu saya berada di Syria, melanjutkan pelajaran. Keluarga merahsiakan perkara ini daripada pengetahuannya supaya dia dapat menumpukan pelajaran sepenuhnya. Jadi, kebetulan pada waktu itu saya sedang bercuti semester. Jadi, Aki yang agak murung kerana pemergian Tok perlu di jaga dan dimanja. Sungguh, Aki perlu di manja. Dia tidak boleh dibiarkan keseorangan. Cepat sangat sensitif. Anak-anak Aki termasuk mak saya pastilah masih perlu bekerja. Jadi, tinggal saya selaku cucu kedua untuk menjaga dia. Aki diserang asma, dan kencing manis. Dan, Aki ini sedikit pelik orangnya. Dia suka tinggal di ward hospital. Mungkin, dengan itu diri dia lebih disayangi kerana setiap hari akan ada orang yang datang melawatnya. Saya selaku penjaganya harus menitikberatkan pemakanan dan gula dalam makanan Aki. Terus terang, tanggung jawab itu saya pikul dengan gembira. Sangat! Ya, saya menjaga orang yang menjadi kekaguman saya. Pastilah gembira. =)

Usai keluar hospital, Aki dijemput tinggal di rumah anak-anak Aki yang lain, keluar daripada Terengganu. Saya wajib ikut Aki bersama, kerana saya yang paling tahu jadual makan dan ubat Aki. Aki juga lebih percayakan saya untuk menjadi doktor peribadinya. Saat itu, saya rasa sangat akrab dengan Aki. Saya boleh marah manja Aki kalau dia tidak dengar kata tentang air minuman dia. Hanya saya yang boleh pujuk Aki kalau dia merajuk. Dan, macam-macam lagi. Sampailah cuti saya berakhir, saya pulang ke Skudai. Di sana, setiap minggu wajib saya menelefon Aki untuk bertanya khabar.

Dan, setelah beberapa lama, mungkin sudah sampai jodohnya, Aki berkahwin lagi. Saya gembira juga, kerana sekurang-kurangnya Aki ada peneman. Tapi, sedikit sebanyak saya seperti terlupakan. Tahun lepas, sepupu saya juga telah pulang ke Malaysia. Dan, saat itu saya rasa apa yang saya lalui dulu hanya kekal dalam ingatan saya seorang sahaja, bukan orang lain. Sedih? Agak boleh tahan. Heh~ Tapi, tidak mengapa. Saya tahu di mana tempat saya. ;)

Saya ada mak dan ayah, adik-adik dan kawan-kawan. Tapi, malam ini fikiran saya menjangkau lebih sedikit. Kalau saya pernah merasa terhilang rasa sayang dari seorang insan yang saya kagumi, adakah saya juga pernah rasa terhilang sayang Sang Pencipta pada saya? Oh!


Kalau nak tahu samada Allah sayang kita, cuba tanya diri, sejauh mana kamu sayang Allah?-petikan status facebook kawan saya.


Ya Allah, Tolong sayang saya....

Friday, March 19, 2010

The Rest Of My Life. Sila Menangis.

lagu ni menjadi peneman untuk dua tiga hari ni. sangat syahdu sampai boleh menangis. enough said. just listen... (sapu air mata, terharu)




I praise Allah for sending me you my love
You're finally home
It's you're here with me
And i'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart

I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
Oh.. and there's a couple of words I wanna say

For the rest of my life I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
till the end of my time I'll be loving you
loving you
For the rest of my life through days and nights
I thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I'll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strenghth
And I pray we're together in Jannah

Finally now I found myself I feel so strong
'cause everything was changed when you came along
Oh.. and there's a couple of words I wanna say

For the rest of my life I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
till the end of my time I'll be loving you
loving you
For the rest of my life through days and nights
I thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I'll be there for you
I know it deep in my heart

And now that you're here in front of me
I strongly feel love
And I have no doubt and I sing it loud
That I will love you eternally

For the rest of my life I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
till the end of my time I'll be loving you
loving you
For the rest of my life through days and nights
I thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I'll be there for you
I know it deep in my heart

Wednesday, March 17, 2010

syhhh... just listen to me

Pernah tak kamu ditanya soalan, tetapi apabila kita dah berkeringat memikirkan jawapan, jawapan kita dibuat dek sahaja. Apa perasaan kamu ketika itu?



Hampa? Bengang? Atau sedih? Oh, ataupun "lantak kaulah" (mode: tidak ambil kisah)

Kebiasaannya, soalan yang dibuat 'dek' ini, didahulukan dengan penceritaan. Kebanyakannya berunsur cerita sedih. Kebanyakannya, ya. Ada ramai yang seronok bercerita. Namun, kurang pula yang setia menjadi pendengar. Bercerita pula banyak versi. Ada versi meluah perasaan, ada versi gossip, ada versi kutuk-mengutuk, ada versi 'flirting' atau mengurat (bukan mengurut) dan pelbagai lagi.

Biasanya pula, bercerita perlulah mempunyai paling kurang dua pihak iaitu orang dan orang, sama ada menggunakan medium lisan ( bersemuka, bercakap menggunakan telefon, webcam, etc) atau medium tulisan ( email, sms, messenger, etc) atau pun medium udara- paksaan ( terutama kepada yang bercakap kepada angin, pokok, teddy bear, kucing etc)

Jadi, apabila kita bercakap kepada benda yang bukan orang (manusia), samalah kita memaksa dia mendengar. Kita tidak akan mendapat jawapan yang sepatutnya kita mahukan. Jadi, mungkin ramai yang memilih untuk jadikan manusia sebagai pendengarnya. Namun, sebagai pemerhati, sering kali saya lihat apabila berlaku sesi penceritaan ini, tiada komunikasi yang berkesan.

Kenapa?

Kerana apabila si A bercerita tentang masalahnya atau kegembiraanya, seringkali si B, atau si C ingin bercerita benda yang sama iaitu pernah terjadi pada dirinya satu ketika dahulu, ataupun berlaku kepada rakan kepada rakan kepada rakan kepada rakan kepada bla bla bla. Ya, seringkali terjadi perkara seperti ini.

Ya, cuba lihat kembali pada diri kita. Saya tahu kamu semua pandai bercerita. Tapi, tidak semestinya kamu pandai berkomunikasi. Pernahkah kamu benar-benar mendengar masalah atau kegembiraan kawan kamu? Bergembiralah bersama dia. Bukan mengongsi kegembiraan atau kesedihan kamu yang dah terlepas di makan zaman. Biar sama-sama rasa kemuncak sedih mahupun gembira dia. Supaya, tiada lagi rakan kita yang lebih gembira bercerita kepada angin, pokok, kucing, teddy bear berbanding bercerita pada kita.

What goes around, comes around


Saya tahu dulu mungkin saya bukan pendengar dan bukan juga pencerita yang baik. Saya seorang yang sukakan jawapan. Dan, bagi saya setiap soalan yang dilontarkan pada saya, pastilah juga perlukan jawapan daripada saya. Sejak kecil, saya suka bertanya. Dan, soalan saya bukan seperti yang biasa ditanyakan, mungkin...

Dan, oh. Saya masih inginkan jawapannya. Bila saya bertanya, maksudnya saya mencari jawapan, bukannya perlukan diam. Tapi, jika tidak tahu jawapan, tidak mengapa. Cuma, saya hanya perlu kamu tahu yang saya memang bertanya. Itu soalan, dan soalan ada jawapan.

Tapi, kawan saya bukan saya. Saya bukan kamu. Kamu punya identiti tersendiri. Ramai yang ingin apabila dia meluahkan, kita hanya diam dan dengar. Nangis bersama bila dia menangis. Ketawa sampai keluar air mata apabila dia gembira. Walaupun ceritanya banyak soalan, oh. tolong. Hanya dengar. Syhhhh.... Dengar dengan senyap dan hanya setuju. Itu yang kadang-kadang kawan kita perlukan.

Cuma, dulu saya tak mengerti itu. Saya fikir kamu mahu jawapan, dan saya cuba beri jawapan terbaik. Namun, itu bukan yang terbaik. Kamu hanya mahu saya dengar. Itu terbaik untuk kamu. Dan, saya baru perasan itu sekarang. Apalah saya ini?


Tak semua soalan ada kita mampu beri jawapan. Mungkin, soalan dia sudah ada jawapan, tapi bukan kita yang merungkainya.

Tolong...



syyhhhhhhh..........

Monday, March 15, 2010

Orange?

Bismillah...

Orange. bukan buah oren yang diperkatakan, tetapi sila ke lihat gambar yang tertera ini.


Selama bertahun-tahun saya menggunakan buih mandian 'Johnson's Baby Milk Bath'. Jadi, bau bayi sudah sebati dengan diri saya. Agaknya? =P Pada dua hari lepas, setelah menyedari mandian saya yang sudah tinggal saki-baki, dan alang-alang ke MidValley untuk menonton 3D Alice in Wonderland, jadi saya pun singgah di Watsons untuk membeli mandian. Malangnya, 'Johnson's Baby Milk Bath' itu sudah habis stok. Jadi, saya terus ke Jusco untuk mencarinya. Sesampai di Jusco, perihal yang sama juga berlaku. Malas hendak berpusing-pusing semata-semata mencari sabun mandian, jadi saya melihat si Palmolive ini. Warna oren-nya menyerlah. Jadi, saya ambil dan bayar.

Usai menonton wayang, kira-kira jam 11.30 malam saya sampai di kolej. Dan, terus berangkat ke bilik mandi. Terus saya gapai mandian baru. Sahaja ingin mencuba. Ah, nyaman sungguh! Serious, ini tidak tipu. Mungkin, saya rupanya sudah dewasa, dan perlu beralih daripada mandian bayi ke mandian dewasa. Disebabkan cuaca panas, dan sukakan mandian baharu, saya merasakan ingin mandi setiap satu jam supaya bau mandian ini tidak hilang daripada badan saya. Sangat segar. (Sila lihat gambar model yang sedang mandi) Segar, kan? ;)

Setelah diteliti, rangkaian shampoo saya yang digunakan semenjak bertahun juga berwarna oren. Tapi, ialah. Kalau nak bershampoo selang sejam, jawabnya habis botak semulajadi saya nanti. Dan, oh. Kalau saya bershampoo, lebih sejam masa yang diperlukan rasanya. Lihat sahaja berapa peringkat harus di selesaikan. heeee~~ =D




Semenjak itu, saya rasa seperti hendak menukar semua barang-barang saya supaya semuanya berwarna oren (jingga). Supaya bolehmengingatkan saya akan bau yang segar itu. ^.^

Cadar yang berwarna oren, masih belum ada.
Tuala oren sudah ada, tapi tidak secomel tuala pink saya. =( Jadi, mungkin harus cari yang baru?
Baju kurung oren juga sudah ada. Siap ada labuci-labuci. Haha
Kebaya oren juga ada. Yeay!
Tshirt? Hurm... =( Tapi, macam pelik, t s=shirt oren? Hurmmm...
Seluar? Ops, tak ada. Seluar warna kuning pun rasa serba salah nak beli.. Hahaha
Bla bla bla

Tapi, macam lah banyak sangat duit nak tukar semua jadi warna oren. Heh~ it's okay, girl. Pakai sahaja mandian itu selang sejam sekali pun sudah memadai. (kadang-kadang, sampai sengaja pergi basuh tangan guna mandian itu) What? hahaha Whatever~


Dan, sebab itulah saya tukar template baru kat blog ini. Bersempena setahun ia melayari dan memeriahkan alam blog. Saya pilih template yang simple, dan nama blog saya pun bertukar ke "Begin Again - but always be me".

Kenapa? Saya rasa seperti beberapa ketika sebelum ini seperti saya sedikit tidak menjadi diri saya. Terima kasih kepada rakan baik saya, Hajar, dan Nurul Aimi kerana mengingatkan diri saya yang sebenar. Membawa saya ke diri yang sepatutnya. ;) Dan, itu tujuan blog ini dibina juga. Membawa perwatakan diri saya yang tak terlihat di luar, tapi ada di luah melalui penulisan.

Terima kasih kawan-kawan blogger yang selalu menyinggah di sini. Harap kamu dapat kenal diri saya yang separuh itu lagi. ;) Itu pun, kalau dah kenal saya yang lagi separuh, di sini? =D

p/s: saya tak reti nak letak link kat bahagian atas tu. bahagian about me dan contact tu. Pelik sungguh =( ( Saya budak buta IT)

p/s2: dan, oh lupe mahu bagitahu. "Begin again" adalah agu baru daripada Colbie Caillat. Sila dengar, ada di playlist sebelah, dan liriknya ada di entry sebelum ini. =D Best sangat-sangat. Sangat! (^.^)v



Begin Again - Again. ^.^

Begin Again Lyrics
by Colbie Caillat

I can't get you out of the sunlight
I can't get you out of the rain
I can't get you back to that one time
'cause you and me are still recovering

So let's just try to cool it down
The fighting is feeling like flames
And let's just try to slow it down
We crash when we race

Oh this is not the way that it should end
It's the way it should begin
It's the way it should begin, again

No - I never wanna fall apart
Never wanna break your heart
Never wanna let you break my own
Yes - I know we said a lot of things
That we probably didn't mean
But it's not too late to take them back

So before you say you gonna go
I should probably let you know
I never knew what I had
I never knew what I had

See, I look for you in the morning
It's that where my mind always goes
And I can't wait to get to the evening
'cause that's when I want you the most

So let's just try to cool it down
The fighting is feeling like flames
And let's just try to slow it down
We crash when we race

Oh this is not the way that it should end
It's the way it should begin
It's the way it should begin, again

No - I never wanna fall apart
Never wanna break your heart
Never wanna let you break my own
Yes - I know we said a lot of things
That we probably didn't mean
But it's not too late to take them back

So before you say you gonna go
I should probably let you know
I never knew what I had
I never knew what I had

But I know it now
I wish I would have known before
How good we were

Saturday, March 13, 2010

Diam Lebih Baik?

Selau saya dengar perkataan ini disebutkan, dan oh. Ada hadis yang mengatakan tentang ini juga, tapi maaf. saya terlupa kerana apa, dan di mana keadaan ini diperlukan. Sila tanya cik google. Sekarang, saya sedikit tidak rajin.


Anak sulung manja? Entah. Saya tidak tahu saya manja atau tidak. Tapi, saya tahu saya perlukan perhatian. Walaupun saya dilahirkan sebagai anak sulung, semenjak di sekolah, saya selalu diberi perhatian oleh orang yang lebih besar daripada saya. Saya ada mak cik -mak cik (adik mak saya), dan sepupu-sepupu yang lebih besar untuk menjaga saya. Saya juga selalu di beri perhatian oleh guru-guru semasa di sekolah. Dan, apabila di sekolah menengah, saya ada kawan-kawan yang bertindak sebagai kakak dan abang saya. Betul-betul menjaga saya daripada terjerumus ke tempat yang tidak elok. Jaga maruah saya. Jaga dengan siapa saya berkawan. Ada di samping saya bila saya tak keruan. Marah dan tengking saya bila saya buat salah sampai saya sedar. Sehingga lah saya menghabiskan degree saya di Skudai. Saya masih di kelilingi rakan-rakan yang sangat mengambil berat. Yang akan anggap saya adik mereka, ataupun yang boleh saya anggap diri saya sebagai adik.

Semenjak saya bekerja, saya sendiri. Ibu bapa jauh. Saya tidak kisah sangat, kerana dari kecil, saya memang sudah merantau. Tapi, apabila menjadi pekerja paling muda, dan tiada yang sekepala menyukarkan kita hendak berkawan. Tiada lagi tempat bermanja. Tiada lagi teman suap-menyuap, bertepuk tampar, tidur berbantalkan lengan dan perut masing-masing, bercerita itu ini, tiada gossip, tiada reka-reka cerita bila tengok sesuatu yang pelik di depan mata. Oh, tiada . . . Masalah? Pendam sendiri. Ditegur lelaki handsome bak putera pun senyum sendiri, main lumba-lumba dengan mamat superbike yang gentleman (saya peminat superbike) pun gelak sendiri. Ah, kesian. Akhirnya, sibukkan diri dengan kerja. -_____-

Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya bosan. Saya bosan menjadi orang yang bosan. Saya rasa saya sudah tua bukan pada waktunya. Dan, oh. Saya sangat tidak ingin jadi orang tua yang bosan. Pernah saya katakan pada kawan saya,

" Aku tak nak berubah. Aku nak jadi happy-go-lucky macam ni je. Seronok, kan? Kalau tua pun, happy je. Ada anak pun, happy depan anak-anak. Haha" Sengih memanjang.

Rakan saya berpandangan. " Pertama kali aku dengar ada orang berazam tak nak berubah." Mereka gelak. Saya termenung.

" Aah, kan? Azam la tu, ek?" Saya turut gelak.

" Tapi, tak pe. Nak jadi happy jugak." Sengih dengan lebih lebar. ^_________^

Dan, Alhamdulillah, baru-baru ini saya berjumpa rakan sekolah rendah yang sudah lama tak ketemu. Mereka berkata saya tak berubah. " Yes!" Masih mengekalkan azam nampaknya. Hahaha

Tapi, sampai bila? Masih ingat saya pernah tulis tentang sedih saya pada malam itu? Tentang siuman? Ya, apabila kita menginjak dewasa, banyak komitmen yang perlu difikirkan. Betul, sungguh-sungguh saya minta maaf pada kamu kawan-kawan. Bukan saya sengaja buat cerita di sini. Saya yang tidak berubah. Kamu hanya mengikut arus. Apabila dewasa, ada banyak komitmen yang harus dipertaruhkan. Bagi yang berkeluarga, ada tiga keluarga yang kamu harus jaga. Bagi yang berhubungan, pasti kamu harus kekalkan hubungan menjadi halal dan berkekalan ke syurga. Bagi yang punya keluarga di samping kamu, tugas sebagai anak bukan mudah. Bagi yang bekerja, pasti penat dan inginkan rehat mengatasi keinginan bergembira. Jadi, itu tanggungjawab kamu. Laksanakanlah. Saya harus bersyukur punya sahabat yang bertanggungjawab. Semoga kamu dirahmati DIA.

Ya, saya banyak cakap, mungkin? Jadi, bagaimana mahu jadi lebih baik dengan berdiam diri? Saya rasa sekarang saya sangat perlukan perhatian. 'Abang' dan 'kakak' saya sedang sibuk membina diri mereka. Kerjaya, hubungan, etc. Guru-guru bukan lagi di samping saya. Mak ayah? Alhamdulillah, mereka tak pernah kecewakan saya. Selalu disamping saya. Sungguh, sangat selalu bila saya memerlukan. Tapi, lidah ini tak mungkin biar mereka rasa risau.. Lidah ini sanggup berbohong asalkan mereka rasa aman membiarkan anak di rantauan.

Jadi, apa?

Diam itu lebih baik, kan? ;) Masih boleh happy, kan? =D Mari, jadi dewasa yang seronok. Walaupun diam lebih baik? (Whatever)

Monday, March 8, 2010

ego

EGO


Manusia ini memang sangat pelik, kan? Selalu benar menyesal apabila benda dah terlambat. Bertangguh. Atau ego? Kenapa harus dipertahankan ego? Apa yang kamu dapat apabila ego kamu tersimpan kemas?

Oh, tak kira wanita atau lelaki. Semua sama. SAMA!! Malam ini, hati saya tercalar-balar. Macam pergi jungle tracking pula lagaknya. Bukan saya dilukai seseorang, tapi emosional pula perasaan yang perasan.


Terlalu banyak cerita kehilangan yang saya dengar baru-baru ini. Sungguh, kesedihan yang kamu rasai, dapat saya rasakan juga. Memang, berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kepada rakan-rakan saya yang kehilangan ahli keluarga, saya tahu kamu harus berlakon jadi kuat di hadapan ibu kamu. Payah, kan? Oh, susah benar. Tapi, jangan risau. Kamu tak perlu jadi pelakon hebat. Kamu hanya perlu jadi diri sendiri. Sebab saya tahu hati kamu akan kuat untuk tenangkan ibu kamu. Doa saya bersama kamu. . .


Berbalik cerita ego, saya dan rakan-rakan masih lagi menyesal tak sudah. Kami pernah berbuat salah semasa di sekolah berasrama dahulu dengan seorang ustaz ini. Seingat kami, akan pergi meminta maaf dengan dia di kemudian hari. Tapi, bertangguh sehingga tamat persekolahan. Oh, dan hendak di jadikan cerita, ustaz ini meninggal tidak berapa lama kemudian. Kematiannya pula sangat mulia. Dia berusaha untuk menyelamatkan pelajar-pelajar sekolah yang lemas di laut. Namun, apakan daya. Allah lebih sayangkan arwah. Saya dan rakan-rakan hanya mampu termenung jauh dan mengucap panjang mendengarkan berita ini. Walaupun kesilapan yang kami lakukan tidaklah sebesar mana, namun bebanan rasa bersalah menghimpit sangat. Sehingga hari ini, hanya doa mampu kami hulurkan pada arwah. Harapnya sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau, tersemat di hati beliau untuk memafkan segala kesilapan pelajar-pelajarnya. Ameen . . .

“Ya Allah, Kau tempatkanlah hamba-hamba MU ini di kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya, aku kini sucikan hatiku dari segala kesilapan manusia lain terhadap aku, dan bukakanlah hati mereka untuk turut sama memafkan segala salah dan silapku.”


siuman

Siuman. Maksudnya, tidak gila, yakni kita.
Kita si manusia biasa. Makhluk yang dicipta Allah dan terhalau daripada syurga pada waktu ketika dahulu kerana godaan si syaitan durjana.

Siuman, juga maksudnya sedar diri, mungkin? Sedar kenapa kita di sini. Sedar kenapa nyawa masih terlekat di badan. Sedar akan urusan dunia yang tak akan pernah habis.

Siuman juga buat kita punya perasan sedih bila di sakiti. Siuman juga buat hati kecil cepat tersentuh apabila ada yang buat ia terganggu.

Saya mungkin dulu agak kurang siuman sedikit bila kurang rasa sensitif. Kurang sedar kawan-kawan punya banyak masa untuk komitmen selain berkawan dengan saya. Eh, maaf. Kurang siuman untuk sedar kawan-kawan punya banyak masa untuk komitmen selain berkawan dengan saya.


Maaf, salah saya untuk rasa sedih. Salah saya kerana punya banyak masa untuk bermain-main. Maaf, salah saya menghubungi kamu untuk pergi keluar hilangkan tekanan. Dan, saya cuba menjadi lebih siuman dengan memberikan komitmen saya pada yang sepatutnya. Dan, oh. Ia salah saya, bukan kamu. Tak perlu jelaskan. Saya rasa saya dah siuman untuk faham itu sekarang.

Maaf. Sila benarkan saya rasa sedih buat seketika. Sila benarkan ar mata saya mengalir kerana kamu. Sungguh, saya cuba tahan... Tapi, makin saya tahan makin saya sakit. Biarkan ia mengalir seketika bersama rasa sakit ini. Bersama sifat kurang siuman saya. Temani lena saya malam ini supaya esok hari baru senyuman ikhlas untuk kamu muncul lagi. Ya, akan saya biarkan ia mengalir sendiri. Tisu tidak saya perlukan. Ia pasti kering sendiri dan berganti senyum, InsyaAllah.

Saturday, March 6, 2010

Begin Again

Oh this is not the way that it should end
It's the way it should begin
It's the way it should begin, again

(^_^)v


oh. Another great day will begin again,guys =D

Wednesday, February 17, 2010

love letter

Dear Mr. MRB5668,

You make my day. Thanks.

*wink*
*smile*


Love,
WRM125

Monday, February 8, 2010

Check!

tidur 5 jam? - Done!


Sarapan pagi? - Done!


Sihat anggota badan? - Done!


Berat cukup 45kg? - *erk?*


Ok, ni first time nak pergi menderma darah. Seriously, sangat takut. Harap-harap saya sihat lepas ni. And, darah yang dikeluarkan darah yang berkualiti supaya pengorbanan saya nak membantu tak sia-sia. Ameen

Kawan-kawan, jom datang UM. Ada menderma darah peringkat kebangsaan.




p/S: Uuuuu~ saya risaulah. (+_+)

Friday, February 5, 2010

24 jam kering

Macam iklan tuala wanita pula: "perlindungan dan dijamin kering melebihi 24 jam."

Kali ini, bukan pasal tuala wanita. Kali ini, pasal





















air di UM!!!!!!!!!!












saya cukup marah sekarang. Bengang pun ada. SYABAS cakap semalam semua kerja dah selesai. So, Im expecting by early in the morning, akan keluarlah air mengalir keluar daripada pili-pili paip di sekitar UM ni. Tapi, hampa!


Kejadian berlaku melebihi 24 jam sekarang. Kalau lepas ni, pergi ke kelas ada bau-bau kambing, tapi tak ada kambing melintas, confirm lah itu bukan saya. Sebab, saya nak pergi mandi kat Gardens ni.


Ah, bengang lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jugak-jugak nak bengang!

(T.T)

UM: Hujan yang Gersang

Mia berlari-lari anak. Dia keluar daripada perpustakaan tadi masih berpanas. Sehingga iris matanya yang tidak tahan silau matahari itu terpaksa di tapis menggunakan kaca mata hitam ala Paris Hilton. Parking di UM yang agak terhad menyebabkan keretanya diparkir agak jauh. Selang tiga minit berjalan, gerimis mula bermanja-manja dengan Mia.

" Ah, harus cepat!" gesa hati Mia sambil mula mengorak langkah dengan lebih laju. Kaca mata hitam itu ditanggalkan. Silau matahari bertukar gelap gelita. Gaya masuk longkang kalau Mia masih meneruskan style Paris Hilton di hari hujan.

. . .

Sambil Mia memandu untuk pulang ke kolej, hujan makin lebat mencurah bumi. Kelajuan wiper di tahap ketiga.
" Damn." Sebut Mia perlahan. Teringatkan yang dia sehingga ke hari ini masih belum mempunyai kad akses pintu pagar kolej. Nampaknya terpaksa menapak jauh dari parkir ke kolej. Payung? Itu pilihan terakhir Mia kerana sememangnya Mia jarang amat membawa payung. Dan, hari ini memang Mia tak punya payung. Jadi, payung nampaknya memang sudah tiada dalam list.

SAmpai di parkir yang jauhnya 400 meter daripada pintu pagar kolej, Mia memerhati hujan sambil berdoa agar berhenti seketika. Oh, doa Mia mustajab. Hujan bertukar gerimis kembali. Apalagi, Mia pecut. Tak sampai 50 meter Mia berjalan, hujan sekali lagi mencurah-curah turun. Oh, sangat seketika. Fikir Mia. *Sedih* T.T

Tap, Mia teruskan juga perjalanan dengan lari-lari anak ke pagar kolej. Habis lencun Mia disimbah hujan. Risau. Guruh berdentum di langit. Kilat sabung menyabung. Hujan lebat yang amat. Terasa seperti mahu ribut. Mia fikir, dia harus mandi. Pesan emak, kalau kena hujan, harus segera mandi supaya dapat elakkan demam. Mia berjalan laju-laju ke kamar. Segera capai tuala dan menuju ke bilik air. Pelik. Senyap. Lantai kering. Sunyi. Gersang.

Mia hairan. Berdebar-debar pun ada juga. Biarlah, mandi dulu. Lepas tu, baru sambung berdebar-debar.

Mia menggigil-gigil. Sejuk bermandi hujan umpama sejuk bermandi salji kah? Oh, mungkin sejuk hujan perlu bahagi seribu kali sejuk salji. Mungkin. Mia bukan pernah mandi salji pun. Mia buka pili air. Tiada satu titis air pun yang keluar. Mia mencuba dengan lebih kuat. Masih tiada. Mia cuba pili kamar mandi sebelah. Sama. Mia ke tandas pula.

Aaargghhhh! Mia terus lari keluar!

. . .

Mia gigit jari.
Lompat naik katil.

Ah, ngantuk.

Berselimut.

Hujan masih lebat diluar. Dum Dam Dum Dam. Bunyi atap bagai bunyi papan mercun di bakar, tapi bilik air masih gersang!

UM kena catu air pasal tak bayar bil**! Geramnya saya!!!!!!!!

**Ok, tipu. Syabas buat hal. Ada paip bocor atau apa entah. Tapi UM satu hari tak ada air and budak international yang tinggal kat kolej ni sepatutnya dah biasa dengan toilet kering pun buat gaya jakun guna toilet time tak de air. B****k!

Monday, January 25, 2010

Saya Malu (-Malu)

Sila klik pada gambar untuk keterangan lanjut.

Erk? Kamu pernah malu? Atau Malu-malu? Hurm.. saya sedang malu-malu kucing ni. Betul! Tak tipu. Sangat-sangat tak tipu. Sebab, buku ni dah keluar. Jadi, saya pun malu. Malu-malu sebenarnya *blushing*

Enough said.


Harap faham. Saya tak boleh nak cakap banyak-banyak. Nak terangkan kenapa say malu pun, saya masih malu lagi.

*blushing in red*

.
.
.



.
.
.

Erm..
Ah, blush lagi.


Ok.
Stop.
Bye.
Oh alhamdulillah =D

Sunday, January 17, 2010

Isu Politik dan Agama?

Politik didefinisikan sebagai; Adapun definisi politik dari sudut pandang Islam adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam negeri maupun luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Pelakunya bisa negara (khalifah) maupun kelompok atau individu rakyat.
Sumber : klik sini

Atau juga boleh didefinisikan sebagai : Politik adalah proses pembentukan dan pembagian kekuasaan dalam masyarakat yang antara lain berwujud proses pembuat keputusan, khususnya dalam negara. Pengertian ini merupakan upaya penggabungan antara berbagai definisi yang berbeda mengenai hakikat politik yang dikenal dalam ilmu politik.
Sumber : klik sini

Saya tidak tahu apa lagi definisi politik yang akan saya jumpai jika google dan bacanya menerusi buku, tetapi cukuplah fahaman saya setakat ini yang saya tidak sukakan politik. Tak dinafikan politik itu membentuk negara. Tapi, bukan politik kotor pilihan saya. Dan tetapi, adakah wujud politik yang tidak kotor? Hurm~ Ahli politik selalu dikaitkan dengan korupsi, rasuah, dan janji palsu. Datang dari mana cerita ini? Ada dua. Sama ada ianya benar, atau pun hanyalah propaganda untuk menjatuhkan satu-satu ahli politik itu sendiri.

Ini bukan entry untuk menjatuhkan parti. Saya tidak favor mana-mana parti. Dan, walaupun sudah layak untuk mengundi, namun saya masih belum membuang walau satu undi. Ibu bapa saya terang-terang menyatakan parti pilihan mereka. Rakan-rakan juga ramai yang mengaku dia berada di dalam parti yang mana. Mana konsep undi itu rahsia? Oh, mungkin juga ahli parti, tapi tak semestinya lagi mengundi untuk parti itu? Wallahu'alam.

Tapi, tak kisah. Itu persoalan peribadi. Tiada kena mengena dengan tajuk. Saya ini pelik. Kali ini, saya pelik dengan manusia. Sungguh, mungkin saya yang pelik sebab saya tidak serupa kamu. Tapi, tak mengapa. Saya memang tidak hairan.

Di dunia, banyak parti wujud. Di Malaysia juga sama. Apabila banyaknya parti, maka ramailah juga ahli politik. Jadi, mungkin banyak konsep politik yang wujud? Oh, maaf. Ini saya tidak maklum.

DAN, agama juga banyak di dunia ini. Ada pelbagai agama. Termasuk agama yang saya anuti. Islam. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kerana saya dilahirkan dalam keluarga Islam.

Apabila saya melihat ke negara saya sendiri, maklumnya saya bahawa negara ini negara Islam. Tapi, sesuai dengan konsep Malaysia yang berbilang bangsa, punya juga banyak agama. Tidak mengapa, Islam itu tidak memaksa dalam beragama. Cuma, apabila kamu telah dilahirkan Islam, WAJIB ke atas kamu untuk mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui makna di sebalik kalimah itu. Jadi, sepatutnya tiada isu mengenai Lina Joy. Noktah.

Kekesalan saya sekarang adalah dengan segelintir pihak yang menggunakan unsur agama ini untuk dipolitikkan. Kenapa? Lagi sekali saya tekankan, tiada fokus kepada mana-mana parti, dan tiada fokus kepada mana-mana agama. Saya tahu dan sedar, dan kamu juga harus sedar. Jika dalam agama saya, Islam itu telah menggariskan bagaiman seorang khalifah itu untuk mengaturkan negaranya. Baik dari segi pendidikan, pertahanan, kewangan, hukuman dan sebagainya. Itu boleh dan harus kita ikuti sebagai negara Islam, kan? Itu juga tiada isu bagi saya. Noktah.

Isu sekarang ialah apabila SESETENGAH pihak yang cuba menggunakan isu agama ini ke dalam isu politik mereka. Kalau kamu juga tidak mengamalkan agama, kenapa harus gunakan agama untuk membenarkan apa yang kamu ingin lakukan? Belum cuba selidik dengan nas-nas Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah, kamu telah lancarkan serangan mulut. Terpekik terlolong, kononnya ini bertentangan dengan agama kamu. Apa bukti? Mana saksi? Biar kita yang punya akal, fikir. Jangan melenting tak tentu pasal bila orang cucuk kamu. Itu budaya mana? Syaitan berpesta sahaja tanpa kamu dapat lihat.

Dan, lagi satu. Kalau kamu boleh fikir, sesetengah isu bukan apa yang kita nampak sahaja. Mungkin ada agendanya yang tidak terjangkau fikiran kita kerana kesannya mungkin 30-100 tahun akan datang. Dan, jika isu agama yang kita ingin telanjangkan dalam isu politik, mungkin bukan ahli politik negara kita yang terbitkan. Mungkin mereka hanya diperalatkan untuk buatkan kamu melenting. Mungkin ianya isu yang mempunyai dengan isu dunia yang boleh menyebabkan perang dunia ketiga. Kerana agama ini tersebar ke seluruh dunia. Agama bukan milik kamu sendiri. Begitu juga politik. Politik negara membawa ke politik dunia. Jadi, hanya satu. Fikir dulu sebelum kamu buat satu-satu keputusan. Kadang-kadang, diam itu lebih baik dari bersuara. Tapi, bersuara yang penuh dengan isi lebih baik untuk manusia sejagat. Fikir.

Tuesday, January 12, 2010

Google suggests : Islam is ...(nothing)

Whoops! Ok, jangan terkejut dulu. Tak nak marah-marah dulu.

Sila baca ini.

Tak tahu lah nak marah ke nak senyum. Tapi saya tersenyum sekarang. Hehehe

Umat Islam ni pandai-pandai,kan? Waah~ Terima kasih kepada yang letak 'serangga' (bug) kat encik google tu. Harap-harap the company (macam cerita prison break pula Hahaha) tak dapat cari penyelesaian untuk buang 'serangga'. Tapi, mungkin tak bukan manusia yang letak serangga itu?

Oh, MasyaAllah. 

Korang, saya dah try. Cuba korang cuba taip 'islam itu' Lagi buat kita tersenyum, kan? =D

Terima kasih jugak pada kawan saya, aalim untuk link =D

And, Thank You Allah.


p/s: Maaf, agak sibuk. Sila datang UIA PJ untuk jumpa saya. Hahaha Dah berkampung kat sana seminggu ni. Seronok tengok budak-budak muda. Rasa macam lupa umur kejap. =P

Thursday, January 7, 2010

Hantu Telefon Saya

Banyak hari jugak la dapat call dari nombor yang sama, tapi selalu je ter-missed panggilan dia. Nombor tu area KL. Ingatkan result temuduga hari tu dah keluar, so tengah-tengah fikir la macam mana nak reject. Tapi, bila call balik, alamak! Tak dapat la pulak. "Network Busy" je sepanjang masa. Dalam hati, fikir baik. Ini mungkin line bos-bos ni. So, nombor biasa-biasa mesti tak boleh tembus punya.


Dah lama jugak. Lebih kurang start seminggu lalu. Ada 2 no yang bersilih ganti telefon nombor maxis saya. Tapi, sampai sudah tak sempat angkat. Lepas tu, senyap untuk beberapa hari.

No dia

0320371333
&
0320371666

Kawasan mana, eh? Memang tak tahu sebab kurang berpengetahuan. huuuu~


Hari ni, saya dapat panggilan lagi.

Dan, seperti yang dijangka, saya terlepas panggilan yang sangatlah penting itu. Kali ini, bukan dari nombor yang sama. dan, mereka bukan menelefon nombor maxis saya, tapi nombor Celcom saya pula. Adush!

Nombor nya 0374941666

Ha, kalau 037... ni biasanya di kawasan PJ. Tak sure la jugak, jadi ingatkan ni nombor urusan penting lagi sekali. Jadi, bila perasan, saya pun cuba untuk call. Lagi sekali, "network busy." Errkkk.. Apakah? Saya jadi hairan. Perasan tak ketiga-tiga nombor tersebut diakhiri dengan 3 nombor yang sama?

1333

atau

1666

Dengan perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak saya terus search nombor-nombor itu di internet. Dan, Masya Allah! Saya terjumpa ini...dan ini dan banyaaakk lagi. Malas nak bagi link dah.

Mereka ni memang lah hantu!!!!!!!!! Argghh Takutnya. Kedua-dua nombor handphone saya dah kena scam. Arghh ! Tension. Macam mana boleh kena ni agaknya? Hurm baca2 orang lain punya penerangan, mungkin sebab hari tu ada bayar saman guna myeg.com.

Ish~ Sekarang, rasa sangatlah tak best. Ni yang rasa nak mansuhkan je handphone. Tak suka la. Dengar cerita yang banyak scam ni, orang-orang niger jugak, kan? Mintak dijauhkan la. Ameen. Btw, korang, lepas ni kalau ada no yang macam ni, tolong jangan angkat. Please. Please. Selamatkan diri kamu, ok.


P/s: Ok, saya selalu missed call panggilan daripada ramai orang sebab saya susah nak pegang cellphone. Biasanya memang tinggalkan je atas meja ke. Simpan dalam beg ke. Jadi, kepada bukan hantu yang telefon saya, harap maaf kalau saya tak jawab call anda dan balas message (SMS). Fitrah saya -_-!

Maaf.


Doa Orang Yang Dikhianati

Pernah dengar tentang doa orang yang dikhianati ni dimakbulkan?

Saya pernah dengar. Hari itu, saya terdengar ceramah usrah dalam TV. Ustazah tu cakap kalau kita berdoa, tapi doa tu masih belum dimakbulkan, tak nak lah kita mengeluh kenapa doa kita tak di dengar Allah lagi?

Contoh: Kalau kamu berdoa semoga dipercepatkan jodoh (isu hangat), tapi masih belum sampai serunya. Usah pula berkata perkataan-perkataan seumpama ini " Penatlah aku berdoa ni. Jodoh tak sampai-sampai jugak." Sambil mengeluh atau marah. Ustazah tu berkata lagi kalau kita bercakap macam ni, jodoh kita dilambatkan lagi 10 tahun pula (lebih kurang).
Ha, takut tak?

Cara-cara berdoa ni bukan sahaja untuk jodoh, tapi tentang semua. Tentang rezeki, kehidupan, permudahkan jalan dan sebagainya. SEMUA!

Nak diceritakan disini, kenapa hari ini cerita tentang doa orang yang dikhianati?

Manusia ada yang dikhianat. Jadi, pasti ada yang mengkhianat. Ia dinamakan pengkhianat.

Banyak jenis pula yang dilabelkan sebagai pengkhianat ini. Pengkhianat negara, nusa, dan bangsa. Tak perlu saya hebahkan. Itu terlalu besar skop saya untuk bercerita. Pengkhianat kawan-kawan pun ramai. Itu saya pantang. Memang pantang. Oh, ini harus buat entry baru sebab cerita dia menawan. Haha Dan, ada juga orang yang khianat duit budak-budak hingusan.

Saya memang tak faham bagaimana pengkhianat dalam berbisnes ini boleh hidup dalam dunia global yang maju. Bagaimana dia nak tenang dalam membeli belah sedangkan itu duit orang lain? Bagaimana dia nak menjadi ibu dan bapa yang baik sedangkan makanan yang disuapkan pada anak-anak hasil duit haram yang dikhianatkan? Bagaimana dia nak nasihatkan anak-anak muda untuk tidak hisap dadah, sedangkan dia hirup udara pun tidak berkat? Yang paling penting, bagaimana dia mahu beribadat jika dalam fikirannya tiada satu rasa bersalah pada orang yang dikhianati. Ah! Pening saya fikir tentang orang serupa ini. Apa yang dalam fikiran mereka, ya?

Kepada kamu-kamu yang terasa, silalah berubah. Bagai kata Raja Farah dalam iklan beras, " Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani." Dan, telah diubah mengikut cerita hari ini, " Setiap satu sen duit yang halal ibarat seribu doa manusia disenangkan hidup di dunia kepada Allah."

Ya, saya telah dikhianati. Serupa konteks yang saya ceritakan di sini. Setakat ini, saya doakan dia dimurahkan rezeki supaya dapat memulangkan apa yang telah saya 'berikan'. Tapi, nampaknya tiada hasil. Apabila berbincang dengan orang yang baik budi pekertinya (kakak bilik saya), dia menyarankan untuk berdoa supaya pengkhianat itu tidak tenang dalam hidupnya. Sentiasa terbayang-bayang diri saya untuk insaf dan pulangkan apa yang seWAJIBnya jadi hak saya. Jangan sampai saya berdoa yang tidak baik-baik pula pada dia. Sesungguhnya Allah sangat mendengar rintihan hambaNYA.

Kamu, kamu, kamu yang membaca ini, sila doakan kemudahan dalam hidup saya, ya. Semoga saya hilang daripada sifat jahat manusia lain. Hidup manusia saya sendiri sudah cukup kompleks. Tak mampu menam[ung kompleks hidup orang yang hatinya jahat.

Dengan setiap doa kamu, saya doakan yang baik-baik untuk kamu semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Ameen....

p/s: doakan, ye. Terima Kasih kamu =D

Saturday, January 2, 2010

Drifting? Karak?

Bayangkan anda adalah seorang perempuan. Memandu seorang diri dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Kelajuan biasa 140km/jam. Kadang-kadang mencecah sehingga ke 160km/jam.

Perjalanan kali ini diselang selikan dengan kehadiran matahari, gerimis, hujan biasa-biasa, dan hujan yang teramat lebat.

Hati berdebar-debar juga memasuki Lebuhraya Karak. Sangatlah bersimpang siur. Tapi, buat-buat biasa. Mengekor sahaja Honda CRV berwarna silver.Kelajuan masih di tahap normal seperti tadi. Tapi, kadang-kadang bila naik bukit, kelajuan menurun mencapai 120km/jam. CRV pula kadang-kadang terlebih perlahan, terlebih laju. Jadi, ingin ambil peluang semasa dia sedang bergerak perlahan untuk memotong.

Tapi...

Tak tersedar yang ketika itu sedang menuruni bukit. Kelajuan: seperti kelajuan biasa.(agaknya).
Dan, tiba-tiba:

Sreeeeeettttttttttttttt.................
Sreeeeeeeettttttttttttt...........................

Kereta itu berpusing. Sekali. Anda sedang melihat ke belakang. Seperti melihat cermin pandang belakang, tapi kali ini menggunakan cermin biasa. Kereta anda berpusing di jalan raya!

OH! Apa yang perlu dilakukan? Pusing stereng ke kiri atau ke kanan? Sumpah! Stereng rasa amat ringan. Gila ringan! Pusing sahaja. Lupa kiri atau kanan. Yang penting harus pusing. Tapi, kereta itu berpusing lagi sekali.

Jadi, kereta sudah berpusing dua kali! Dari lane kiri ke lane tengah! Ah, bagaimana ini? Kaki! Brek! Brek! Tapi, kaki macam tak tekan brek kuat sangat. Sebab takut kereta terpelanting. Redha. Ah, salah aku. Siapa suruh bawak kereta laju2? Sambil itu, buat kali ketiga terpandang ke belakang lagi. Kali ketiga kereta berpusing. Ah, sebenarnya kurang pasti dah berapa kali. Sebab benda ini hanya berlaku dalam beberapa saat.


Gila! Pandang cermin belakang. Lagi sikit nampak divider antara jalan menuju KL dan Karak. Brek tekan sepenuh hati.!!!!!

Sreeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

.

.

.

Kereta berhenti. Tak sempat kena divider. Fuh! Alhamdulillah! Gila! kejadian itu betul-betul gila!

CRV tadi dah perlahankan kenderaan. Pandang ke depan (menghala ke jalan yang salah) Ok, U-Turn. Bawak pelan-pelan. Ambil lane paling kiri. Ada kereta Fair Lady Z dan beberapa lelaki. Pandang tak berkelip pada pemandu perempuan tadi. Pasti mereka hairan. Mungkin risau keadaaan si pemandu. Mungkin mereka kata "Ah, perempuan!" atau " Wah, nasib baik tak ada apa-apa." Perempuan tadi tak pedulikan. Terus bawa kereta perlahan-lahan. Sambil mulut terkumat kamit baca istighfar dan doa.

Singgah di UIA jumpa kawan. Tak dapat makan walau perut lapar. Lepak-lepak, sambil hentikan denyut hati dan jantung yang mengganas. Lepas tu, tersu bertolak ke tempat tujuan. Ah, maghrib sudah. Berhenti. Solat jama'. Langsung sahaja order nasi. Kini, sedang berhibernasi selepas makan nasi seperti mengalami pengalaman kereta berpusing-pusing di lebuhraya karak seorang diri. Alhamdulillah, nyawa masih dibadan. =D

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

(Pembuka 2010) Moga ada hikmah untuk semuanya.