Monday, January 25, 2010

Saya Malu (-Malu)

Sila klik pada gambar untuk keterangan lanjut.

Erk? Kamu pernah malu? Atau Malu-malu? Hurm.. saya sedang malu-malu kucing ni. Betul! Tak tipu. Sangat-sangat tak tipu. Sebab, buku ni dah keluar. Jadi, saya pun malu. Malu-malu sebenarnya *blushing*

Enough said.


Harap faham. Saya tak boleh nak cakap banyak-banyak. Nak terangkan kenapa say malu pun, saya masih malu lagi.

*blushing in red*

.
.
.



.
.
.

Erm..
Ah, blush lagi.


Ok.
Stop.
Bye.
Oh alhamdulillah =D

Sunday, January 17, 2010

Isu Politik dan Agama?

Politik didefinisikan sebagai; Adapun definisi politik dari sudut pandang Islam adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam negeri maupun luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Pelakunya bisa negara (khalifah) maupun kelompok atau individu rakyat.
Sumber : klik sini

Atau juga boleh didefinisikan sebagai : Politik adalah proses pembentukan dan pembagian kekuasaan dalam masyarakat yang antara lain berwujud proses pembuat keputusan, khususnya dalam negara. Pengertian ini merupakan upaya penggabungan antara berbagai definisi yang berbeda mengenai hakikat politik yang dikenal dalam ilmu politik.
Sumber : klik sini

Saya tidak tahu apa lagi definisi politik yang akan saya jumpai jika google dan bacanya menerusi buku, tetapi cukuplah fahaman saya setakat ini yang saya tidak sukakan politik. Tak dinafikan politik itu membentuk negara. Tapi, bukan politik kotor pilihan saya. Dan tetapi, adakah wujud politik yang tidak kotor? Hurm~ Ahli politik selalu dikaitkan dengan korupsi, rasuah, dan janji palsu. Datang dari mana cerita ini? Ada dua. Sama ada ianya benar, atau pun hanyalah propaganda untuk menjatuhkan satu-satu ahli politik itu sendiri.

Ini bukan entry untuk menjatuhkan parti. Saya tidak favor mana-mana parti. Dan, walaupun sudah layak untuk mengundi, namun saya masih belum membuang walau satu undi. Ibu bapa saya terang-terang menyatakan parti pilihan mereka. Rakan-rakan juga ramai yang mengaku dia berada di dalam parti yang mana. Mana konsep undi itu rahsia? Oh, mungkin juga ahli parti, tapi tak semestinya lagi mengundi untuk parti itu? Wallahu'alam.

Tapi, tak kisah. Itu persoalan peribadi. Tiada kena mengena dengan tajuk. Saya ini pelik. Kali ini, saya pelik dengan manusia. Sungguh, mungkin saya yang pelik sebab saya tidak serupa kamu. Tapi, tak mengapa. Saya memang tidak hairan.

Di dunia, banyak parti wujud. Di Malaysia juga sama. Apabila banyaknya parti, maka ramailah juga ahli politik. Jadi, mungkin banyak konsep politik yang wujud? Oh, maaf. Ini saya tidak maklum.

DAN, agama juga banyak di dunia ini. Ada pelbagai agama. Termasuk agama yang saya anuti. Islam. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kerana saya dilahirkan dalam keluarga Islam.

Apabila saya melihat ke negara saya sendiri, maklumnya saya bahawa negara ini negara Islam. Tapi, sesuai dengan konsep Malaysia yang berbilang bangsa, punya juga banyak agama. Tidak mengapa, Islam itu tidak memaksa dalam beragama. Cuma, apabila kamu telah dilahirkan Islam, WAJIB ke atas kamu untuk mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui makna di sebalik kalimah itu. Jadi, sepatutnya tiada isu mengenai Lina Joy. Noktah.

Kekesalan saya sekarang adalah dengan segelintir pihak yang menggunakan unsur agama ini untuk dipolitikkan. Kenapa? Lagi sekali saya tekankan, tiada fokus kepada mana-mana parti, dan tiada fokus kepada mana-mana agama. Saya tahu dan sedar, dan kamu juga harus sedar. Jika dalam agama saya, Islam itu telah menggariskan bagaiman seorang khalifah itu untuk mengaturkan negaranya. Baik dari segi pendidikan, pertahanan, kewangan, hukuman dan sebagainya. Itu boleh dan harus kita ikuti sebagai negara Islam, kan? Itu juga tiada isu bagi saya. Noktah.

Isu sekarang ialah apabila SESETENGAH pihak yang cuba menggunakan isu agama ini ke dalam isu politik mereka. Kalau kamu juga tidak mengamalkan agama, kenapa harus gunakan agama untuk membenarkan apa yang kamu ingin lakukan? Belum cuba selidik dengan nas-nas Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah, kamu telah lancarkan serangan mulut. Terpekik terlolong, kononnya ini bertentangan dengan agama kamu. Apa bukti? Mana saksi? Biar kita yang punya akal, fikir. Jangan melenting tak tentu pasal bila orang cucuk kamu. Itu budaya mana? Syaitan berpesta sahaja tanpa kamu dapat lihat.

Dan, lagi satu. Kalau kamu boleh fikir, sesetengah isu bukan apa yang kita nampak sahaja. Mungkin ada agendanya yang tidak terjangkau fikiran kita kerana kesannya mungkin 30-100 tahun akan datang. Dan, jika isu agama yang kita ingin telanjangkan dalam isu politik, mungkin bukan ahli politik negara kita yang terbitkan. Mungkin mereka hanya diperalatkan untuk buatkan kamu melenting. Mungkin ianya isu yang mempunyai dengan isu dunia yang boleh menyebabkan perang dunia ketiga. Kerana agama ini tersebar ke seluruh dunia. Agama bukan milik kamu sendiri. Begitu juga politik. Politik negara membawa ke politik dunia. Jadi, hanya satu. Fikir dulu sebelum kamu buat satu-satu keputusan. Kadang-kadang, diam itu lebih baik dari bersuara. Tapi, bersuara yang penuh dengan isi lebih baik untuk manusia sejagat. Fikir.

Tuesday, January 12, 2010

Google suggests : Islam is ...(nothing)

Whoops! Ok, jangan terkejut dulu. Tak nak marah-marah dulu.

Sila baca ini.

Tak tahu lah nak marah ke nak senyum. Tapi saya tersenyum sekarang. Hehehe

Umat Islam ni pandai-pandai,kan? Waah~ Terima kasih kepada yang letak 'serangga' (bug) kat encik google tu. Harap-harap the company (macam cerita prison break pula Hahaha) tak dapat cari penyelesaian untuk buang 'serangga'. Tapi, mungkin tak bukan manusia yang letak serangga itu?

Oh, MasyaAllah. 

Korang, saya dah try. Cuba korang cuba taip 'islam itu' Lagi buat kita tersenyum, kan? =D

Terima kasih jugak pada kawan saya, aalim untuk link =D

And, Thank You Allah.


p/s: Maaf, agak sibuk. Sila datang UIA PJ untuk jumpa saya. Hahaha Dah berkampung kat sana seminggu ni. Seronok tengok budak-budak muda. Rasa macam lupa umur kejap. =P

Thursday, January 7, 2010

Hantu Telefon Saya

Banyak hari jugak la dapat call dari nombor yang sama, tapi selalu je ter-missed panggilan dia. Nombor tu area KL. Ingatkan result temuduga hari tu dah keluar, so tengah-tengah fikir la macam mana nak reject. Tapi, bila call balik, alamak! Tak dapat la pulak. "Network Busy" je sepanjang masa. Dalam hati, fikir baik. Ini mungkin line bos-bos ni. So, nombor biasa-biasa mesti tak boleh tembus punya.


Dah lama jugak. Lebih kurang start seminggu lalu. Ada 2 no yang bersilih ganti telefon nombor maxis saya. Tapi, sampai sudah tak sempat angkat. Lepas tu, senyap untuk beberapa hari.

No dia

0320371333
&
0320371666

Kawasan mana, eh? Memang tak tahu sebab kurang berpengetahuan. huuuu~


Hari ni, saya dapat panggilan lagi.

Dan, seperti yang dijangka, saya terlepas panggilan yang sangatlah penting itu. Kali ini, bukan dari nombor yang sama. dan, mereka bukan menelefon nombor maxis saya, tapi nombor Celcom saya pula. Adush!

Nombor nya 0374941666

Ha, kalau 037... ni biasanya di kawasan PJ. Tak sure la jugak, jadi ingatkan ni nombor urusan penting lagi sekali. Jadi, bila perasan, saya pun cuba untuk call. Lagi sekali, "network busy." Errkkk.. Apakah? Saya jadi hairan. Perasan tak ketiga-tiga nombor tersebut diakhiri dengan 3 nombor yang sama?

1333

atau

1666

Dengan perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak saya terus search nombor-nombor itu di internet. Dan, Masya Allah! Saya terjumpa ini...dan ini dan banyaaakk lagi. Malas nak bagi link dah.

Mereka ni memang lah hantu!!!!!!!!! Argghh Takutnya. Kedua-dua nombor handphone saya dah kena scam. Arghh ! Tension. Macam mana boleh kena ni agaknya? Hurm baca2 orang lain punya penerangan, mungkin sebab hari tu ada bayar saman guna myeg.com.

Ish~ Sekarang, rasa sangatlah tak best. Ni yang rasa nak mansuhkan je handphone. Tak suka la. Dengar cerita yang banyak scam ni, orang-orang niger jugak, kan? Mintak dijauhkan la. Ameen. Btw, korang, lepas ni kalau ada no yang macam ni, tolong jangan angkat. Please. Please. Selamatkan diri kamu, ok.


P/s: Ok, saya selalu missed call panggilan daripada ramai orang sebab saya susah nak pegang cellphone. Biasanya memang tinggalkan je atas meja ke. Simpan dalam beg ke. Jadi, kepada bukan hantu yang telefon saya, harap maaf kalau saya tak jawab call anda dan balas message (SMS). Fitrah saya -_-!

Maaf.


Doa Orang Yang Dikhianati

Pernah dengar tentang doa orang yang dikhianati ni dimakbulkan?

Saya pernah dengar. Hari itu, saya terdengar ceramah usrah dalam TV. Ustazah tu cakap kalau kita berdoa, tapi doa tu masih belum dimakbulkan, tak nak lah kita mengeluh kenapa doa kita tak di dengar Allah lagi?

Contoh: Kalau kamu berdoa semoga dipercepatkan jodoh (isu hangat), tapi masih belum sampai serunya. Usah pula berkata perkataan-perkataan seumpama ini " Penatlah aku berdoa ni. Jodoh tak sampai-sampai jugak." Sambil mengeluh atau marah. Ustazah tu berkata lagi kalau kita bercakap macam ni, jodoh kita dilambatkan lagi 10 tahun pula (lebih kurang).
Ha, takut tak?

Cara-cara berdoa ni bukan sahaja untuk jodoh, tapi tentang semua. Tentang rezeki, kehidupan, permudahkan jalan dan sebagainya. SEMUA!

Nak diceritakan disini, kenapa hari ini cerita tentang doa orang yang dikhianati?

Manusia ada yang dikhianat. Jadi, pasti ada yang mengkhianat. Ia dinamakan pengkhianat.

Banyak jenis pula yang dilabelkan sebagai pengkhianat ini. Pengkhianat negara, nusa, dan bangsa. Tak perlu saya hebahkan. Itu terlalu besar skop saya untuk bercerita. Pengkhianat kawan-kawan pun ramai. Itu saya pantang. Memang pantang. Oh, ini harus buat entry baru sebab cerita dia menawan. Haha Dan, ada juga orang yang khianat duit budak-budak hingusan.

Saya memang tak faham bagaimana pengkhianat dalam berbisnes ini boleh hidup dalam dunia global yang maju. Bagaimana dia nak tenang dalam membeli belah sedangkan itu duit orang lain? Bagaimana dia nak menjadi ibu dan bapa yang baik sedangkan makanan yang disuapkan pada anak-anak hasil duit haram yang dikhianatkan? Bagaimana dia nak nasihatkan anak-anak muda untuk tidak hisap dadah, sedangkan dia hirup udara pun tidak berkat? Yang paling penting, bagaimana dia mahu beribadat jika dalam fikirannya tiada satu rasa bersalah pada orang yang dikhianati. Ah! Pening saya fikir tentang orang serupa ini. Apa yang dalam fikiran mereka, ya?

Kepada kamu-kamu yang terasa, silalah berubah. Bagai kata Raja Farah dalam iklan beras, " Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani." Dan, telah diubah mengikut cerita hari ini, " Setiap satu sen duit yang halal ibarat seribu doa manusia disenangkan hidup di dunia kepada Allah."

Ya, saya telah dikhianati. Serupa konteks yang saya ceritakan di sini. Setakat ini, saya doakan dia dimurahkan rezeki supaya dapat memulangkan apa yang telah saya 'berikan'. Tapi, nampaknya tiada hasil. Apabila berbincang dengan orang yang baik budi pekertinya (kakak bilik saya), dia menyarankan untuk berdoa supaya pengkhianat itu tidak tenang dalam hidupnya. Sentiasa terbayang-bayang diri saya untuk insaf dan pulangkan apa yang seWAJIBnya jadi hak saya. Jangan sampai saya berdoa yang tidak baik-baik pula pada dia. Sesungguhnya Allah sangat mendengar rintihan hambaNYA.

Kamu, kamu, kamu yang membaca ini, sila doakan kemudahan dalam hidup saya, ya. Semoga saya hilang daripada sifat jahat manusia lain. Hidup manusia saya sendiri sudah cukup kompleks. Tak mampu menam[ung kompleks hidup orang yang hatinya jahat.

Dengan setiap doa kamu, saya doakan yang baik-baik untuk kamu semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Ameen....

p/s: doakan, ye. Terima Kasih kamu =D

Saturday, January 2, 2010

Drifting? Karak?

Bayangkan anda adalah seorang perempuan. Memandu seorang diri dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Kelajuan biasa 140km/jam. Kadang-kadang mencecah sehingga ke 160km/jam.

Perjalanan kali ini diselang selikan dengan kehadiran matahari, gerimis, hujan biasa-biasa, dan hujan yang teramat lebat.

Hati berdebar-debar juga memasuki Lebuhraya Karak. Sangatlah bersimpang siur. Tapi, buat-buat biasa. Mengekor sahaja Honda CRV berwarna silver.Kelajuan masih di tahap normal seperti tadi. Tapi, kadang-kadang bila naik bukit, kelajuan menurun mencapai 120km/jam. CRV pula kadang-kadang terlebih perlahan, terlebih laju. Jadi, ingin ambil peluang semasa dia sedang bergerak perlahan untuk memotong.

Tapi...

Tak tersedar yang ketika itu sedang menuruni bukit. Kelajuan: seperti kelajuan biasa.(agaknya).
Dan, tiba-tiba:

Sreeeeeettttttttttttttt.................
Sreeeeeeeettttttttttttt...........................

Kereta itu berpusing. Sekali. Anda sedang melihat ke belakang. Seperti melihat cermin pandang belakang, tapi kali ini menggunakan cermin biasa. Kereta anda berpusing di jalan raya!

OH! Apa yang perlu dilakukan? Pusing stereng ke kiri atau ke kanan? Sumpah! Stereng rasa amat ringan. Gila ringan! Pusing sahaja. Lupa kiri atau kanan. Yang penting harus pusing. Tapi, kereta itu berpusing lagi sekali.

Jadi, kereta sudah berpusing dua kali! Dari lane kiri ke lane tengah! Ah, bagaimana ini? Kaki! Brek! Brek! Tapi, kaki macam tak tekan brek kuat sangat. Sebab takut kereta terpelanting. Redha. Ah, salah aku. Siapa suruh bawak kereta laju2? Sambil itu, buat kali ketiga terpandang ke belakang lagi. Kali ketiga kereta berpusing. Ah, sebenarnya kurang pasti dah berapa kali. Sebab benda ini hanya berlaku dalam beberapa saat.


Gila! Pandang cermin belakang. Lagi sikit nampak divider antara jalan menuju KL dan Karak. Brek tekan sepenuh hati.!!!!!

Sreeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

.

.

.

Kereta berhenti. Tak sempat kena divider. Fuh! Alhamdulillah! Gila! kejadian itu betul-betul gila!

CRV tadi dah perlahankan kenderaan. Pandang ke depan (menghala ke jalan yang salah) Ok, U-Turn. Bawak pelan-pelan. Ambil lane paling kiri. Ada kereta Fair Lady Z dan beberapa lelaki. Pandang tak berkelip pada pemandu perempuan tadi. Pasti mereka hairan. Mungkin risau keadaaan si pemandu. Mungkin mereka kata "Ah, perempuan!" atau " Wah, nasib baik tak ada apa-apa." Perempuan tadi tak pedulikan. Terus bawa kereta perlahan-lahan. Sambil mulut terkumat kamit baca istighfar dan doa.

Singgah di UIA jumpa kawan. Tak dapat makan walau perut lapar. Lepak-lepak, sambil hentikan denyut hati dan jantung yang mengganas. Lepas tu, tersu bertolak ke tempat tujuan. Ah, maghrib sudah. Berhenti. Solat jama'. Langsung sahaja order nasi. Kini, sedang berhibernasi selepas makan nasi seperti mengalami pengalaman kereta berpusing-pusing di lebuhraya karak seorang diri. Alhamdulillah, nyawa masih dibadan. =D

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

(Pembuka 2010) Moga ada hikmah untuk semuanya.