Showing posts with label diam. Show all posts
Showing posts with label diam. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

syhhh... just listen to me

Pernah tak kamu ditanya soalan, tetapi apabila kita dah berkeringat memikirkan jawapan, jawapan kita dibuat dek sahaja. Apa perasaan kamu ketika itu?



Hampa? Bengang? Atau sedih? Oh, ataupun "lantak kaulah" (mode: tidak ambil kisah)

Kebiasaannya, soalan yang dibuat 'dek' ini, didahulukan dengan penceritaan. Kebanyakannya berunsur cerita sedih. Kebanyakannya, ya. Ada ramai yang seronok bercerita. Namun, kurang pula yang setia menjadi pendengar. Bercerita pula banyak versi. Ada versi meluah perasaan, ada versi gossip, ada versi kutuk-mengutuk, ada versi 'flirting' atau mengurat (bukan mengurut) dan pelbagai lagi.

Biasanya pula, bercerita perlulah mempunyai paling kurang dua pihak iaitu orang dan orang, sama ada menggunakan medium lisan ( bersemuka, bercakap menggunakan telefon, webcam, etc) atau medium tulisan ( email, sms, messenger, etc) atau pun medium udara- paksaan ( terutama kepada yang bercakap kepada angin, pokok, teddy bear, kucing etc)

Jadi, apabila kita bercakap kepada benda yang bukan orang (manusia), samalah kita memaksa dia mendengar. Kita tidak akan mendapat jawapan yang sepatutnya kita mahukan. Jadi, mungkin ramai yang memilih untuk jadikan manusia sebagai pendengarnya. Namun, sebagai pemerhati, sering kali saya lihat apabila berlaku sesi penceritaan ini, tiada komunikasi yang berkesan.

Kenapa?

Kerana apabila si A bercerita tentang masalahnya atau kegembiraanya, seringkali si B, atau si C ingin bercerita benda yang sama iaitu pernah terjadi pada dirinya satu ketika dahulu, ataupun berlaku kepada rakan kepada rakan kepada rakan kepada rakan kepada bla bla bla. Ya, seringkali terjadi perkara seperti ini.

Ya, cuba lihat kembali pada diri kita. Saya tahu kamu semua pandai bercerita. Tapi, tidak semestinya kamu pandai berkomunikasi. Pernahkah kamu benar-benar mendengar masalah atau kegembiraan kawan kamu? Bergembiralah bersama dia. Bukan mengongsi kegembiraan atau kesedihan kamu yang dah terlepas di makan zaman. Biar sama-sama rasa kemuncak sedih mahupun gembira dia. Supaya, tiada lagi rakan kita yang lebih gembira bercerita kepada angin, pokok, kucing, teddy bear berbanding bercerita pada kita.

What goes around, comes around


Saya tahu dulu mungkin saya bukan pendengar dan bukan juga pencerita yang baik. Saya seorang yang sukakan jawapan. Dan, bagi saya setiap soalan yang dilontarkan pada saya, pastilah juga perlukan jawapan daripada saya. Sejak kecil, saya suka bertanya. Dan, soalan saya bukan seperti yang biasa ditanyakan, mungkin...

Dan, oh. Saya masih inginkan jawapannya. Bila saya bertanya, maksudnya saya mencari jawapan, bukannya perlukan diam. Tapi, jika tidak tahu jawapan, tidak mengapa. Cuma, saya hanya perlu kamu tahu yang saya memang bertanya. Itu soalan, dan soalan ada jawapan.

Tapi, kawan saya bukan saya. Saya bukan kamu. Kamu punya identiti tersendiri. Ramai yang ingin apabila dia meluahkan, kita hanya diam dan dengar. Nangis bersama bila dia menangis. Ketawa sampai keluar air mata apabila dia gembira. Walaupun ceritanya banyak soalan, oh. tolong. Hanya dengar. Syhhhh.... Dengar dengan senyap dan hanya setuju. Itu yang kadang-kadang kawan kita perlukan.

Cuma, dulu saya tak mengerti itu. Saya fikir kamu mahu jawapan, dan saya cuba beri jawapan terbaik. Namun, itu bukan yang terbaik. Kamu hanya mahu saya dengar. Itu terbaik untuk kamu. Dan, saya baru perasan itu sekarang. Apalah saya ini?


Tak semua soalan ada kita mampu beri jawapan. Mungkin, soalan dia sudah ada jawapan, tapi bukan kita yang merungkainya.

Tolong...



syyhhhhhhh..........

Saturday, March 13, 2010

Diam Lebih Baik?

Selau saya dengar perkataan ini disebutkan, dan oh. Ada hadis yang mengatakan tentang ini juga, tapi maaf. saya terlupa kerana apa, dan di mana keadaan ini diperlukan. Sila tanya cik google. Sekarang, saya sedikit tidak rajin.


Anak sulung manja? Entah. Saya tidak tahu saya manja atau tidak. Tapi, saya tahu saya perlukan perhatian. Walaupun saya dilahirkan sebagai anak sulung, semenjak di sekolah, saya selalu diberi perhatian oleh orang yang lebih besar daripada saya. Saya ada mak cik -mak cik (adik mak saya), dan sepupu-sepupu yang lebih besar untuk menjaga saya. Saya juga selalu di beri perhatian oleh guru-guru semasa di sekolah. Dan, apabila di sekolah menengah, saya ada kawan-kawan yang bertindak sebagai kakak dan abang saya. Betul-betul menjaga saya daripada terjerumus ke tempat yang tidak elok. Jaga maruah saya. Jaga dengan siapa saya berkawan. Ada di samping saya bila saya tak keruan. Marah dan tengking saya bila saya buat salah sampai saya sedar. Sehingga lah saya menghabiskan degree saya di Skudai. Saya masih di kelilingi rakan-rakan yang sangat mengambil berat. Yang akan anggap saya adik mereka, ataupun yang boleh saya anggap diri saya sebagai adik.

Semenjak saya bekerja, saya sendiri. Ibu bapa jauh. Saya tidak kisah sangat, kerana dari kecil, saya memang sudah merantau. Tapi, apabila menjadi pekerja paling muda, dan tiada yang sekepala menyukarkan kita hendak berkawan. Tiada lagi tempat bermanja. Tiada lagi teman suap-menyuap, bertepuk tampar, tidur berbantalkan lengan dan perut masing-masing, bercerita itu ini, tiada gossip, tiada reka-reka cerita bila tengok sesuatu yang pelik di depan mata. Oh, tiada . . . Masalah? Pendam sendiri. Ditegur lelaki handsome bak putera pun senyum sendiri, main lumba-lumba dengan mamat superbike yang gentleman (saya peminat superbike) pun gelak sendiri. Ah, kesian. Akhirnya, sibukkan diri dengan kerja. -_____-

Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya bosan. Saya bosan menjadi orang yang bosan. Saya rasa saya sudah tua bukan pada waktunya. Dan, oh. Saya sangat tidak ingin jadi orang tua yang bosan. Pernah saya katakan pada kawan saya,

" Aku tak nak berubah. Aku nak jadi happy-go-lucky macam ni je. Seronok, kan? Kalau tua pun, happy je. Ada anak pun, happy depan anak-anak. Haha" Sengih memanjang.

Rakan saya berpandangan. " Pertama kali aku dengar ada orang berazam tak nak berubah." Mereka gelak. Saya termenung.

" Aah, kan? Azam la tu, ek?" Saya turut gelak.

" Tapi, tak pe. Nak jadi happy jugak." Sengih dengan lebih lebar. ^_________^

Dan, Alhamdulillah, baru-baru ini saya berjumpa rakan sekolah rendah yang sudah lama tak ketemu. Mereka berkata saya tak berubah. " Yes!" Masih mengekalkan azam nampaknya. Hahaha

Tapi, sampai bila? Masih ingat saya pernah tulis tentang sedih saya pada malam itu? Tentang siuman? Ya, apabila kita menginjak dewasa, banyak komitmen yang perlu difikirkan. Betul, sungguh-sungguh saya minta maaf pada kamu kawan-kawan. Bukan saya sengaja buat cerita di sini. Saya yang tidak berubah. Kamu hanya mengikut arus. Apabila dewasa, ada banyak komitmen yang harus dipertaruhkan. Bagi yang berkeluarga, ada tiga keluarga yang kamu harus jaga. Bagi yang berhubungan, pasti kamu harus kekalkan hubungan menjadi halal dan berkekalan ke syurga. Bagi yang punya keluarga di samping kamu, tugas sebagai anak bukan mudah. Bagi yang bekerja, pasti penat dan inginkan rehat mengatasi keinginan bergembira. Jadi, itu tanggungjawab kamu. Laksanakanlah. Saya harus bersyukur punya sahabat yang bertanggungjawab. Semoga kamu dirahmati DIA.

Ya, saya banyak cakap, mungkin? Jadi, bagaimana mahu jadi lebih baik dengan berdiam diri? Saya rasa sekarang saya sangat perlukan perhatian. 'Abang' dan 'kakak' saya sedang sibuk membina diri mereka. Kerjaya, hubungan, etc. Guru-guru bukan lagi di samping saya. Mak ayah? Alhamdulillah, mereka tak pernah kecewakan saya. Selalu disamping saya. Sungguh, sangat selalu bila saya memerlukan. Tapi, lidah ini tak mungkin biar mereka rasa risau.. Lidah ini sanggup berbohong asalkan mereka rasa aman membiarkan anak di rantauan.

Jadi, apa?

Diam itu lebih baik, kan? ;) Masih boleh happy, kan? =D Mari, jadi dewasa yang seronok. Walaupun diam lebih baik? (Whatever)