Monday, February 8, 2010

Check!

tidur 5 jam? - Done!


Sarapan pagi? - Done!


Sihat anggota badan? - Done!


Berat cukup 45kg? - *erk?*


Ok, ni first time nak pergi menderma darah. Seriously, sangat takut. Harap-harap saya sihat lepas ni. And, darah yang dikeluarkan darah yang berkualiti supaya pengorbanan saya nak membantu tak sia-sia. Ameen

Kawan-kawan, jom datang UM. Ada menderma darah peringkat kebangsaan.




p/S: Uuuuu~ saya risaulah. (+_+)

Friday, February 5, 2010

24 jam kering

Macam iklan tuala wanita pula: "perlindungan dan dijamin kering melebihi 24 jam."

Kali ini, bukan pasal tuala wanita. Kali ini, pasal





















air di UM!!!!!!!!!!












saya cukup marah sekarang. Bengang pun ada. SYABAS cakap semalam semua kerja dah selesai. So, Im expecting by early in the morning, akan keluarlah air mengalir keluar daripada pili-pili paip di sekitar UM ni. Tapi, hampa!


Kejadian berlaku melebihi 24 jam sekarang. Kalau lepas ni, pergi ke kelas ada bau-bau kambing, tapi tak ada kambing melintas, confirm lah itu bukan saya. Sebab, saya nak pergi mandi kat Gardens ni.


Ah, bengang lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jugak-jugak nak bengang!

(T.T)

UM: Hujan yang Gersang

Mia berlari-lari anak. Dia keluar daripada perpustakaan tadi masih berpanas. Sehingga iris matanya yang tidak tahan silau matahari itu terpaksa di tapis menggunakan kaca mata hitam ala Paris Hilton. Parking di UM yang agak terhad menyebabkan keretanya diparkir agak jauh. Selang tiga minit berjalan, gerimis mula bermanja-manja dengan Mia.

" Ah, harus cepat!" gesa hati Mia sambil mula mengorak langkah dengan lebih laju. Kaca mata hitam itu ditanggalkan. Silau matahari bertukar gelap gelita. Gaya masuk longkang kalau Mia masih meneruskan style Paris Hilton di hari hujan.

. . .

Sambil Mia memandu untuk pulang ke kolej, hujan makin lebat mencurah bumi. Kelajuan wiper di tahap ketiga.
" Damn." Sebut Mia perlahan. Teringatkan yang dia sehingga ke hari ini masih belum mempunyai kad akses pintu pagar kolej. Nampaknya terpaksa menapak jauh dari parkir ke kolej. Payung? Itu pilihan terakhir Mia kerana sememangnya Mia jarang amat membawa payung. Dan, hari ini memang Mia tak punya payung. Jadi, payung nampaknya memang sudah tiada dalam list.

SAmpai di parkir yang jauhnya 400 meter daripada pintu pagar kolej, Mia memerhati hujan sambil berdoa agar berhenti seketika. Oh, doa Mia mustajab. Hujan bertukar gerimis kembali. Apalagi, Mia pecut. Tak sampai 50 meter Mia berjalan, hujan sekali lagi mencurah-curah turun. Oh, sangat seketika. Fikir Mia. *Sedih* T.T

Tap, Mia teruskan juga perjalanan dengan lari-lari anak ke pagar kolej. Habis lencun Mia disimbah hujan. Risau. Guruh berdentum di langit. Kilat sabung menyabung. Hujan lebat yang amat. Terasa seperti mahu ribut. Mia fikir, dia harus mandi. Pesan emak, kalau kena hujan, harus segera mandi supaya dapat elakkan demam. Mia berjalan laju-laju ke kamar. Segera capai tuala dan menuju ke bilik air. Pelik. Senyap. Lantai kering. Sunyi. Gersang.

Mia hairan. Berdebar-debar pun ada juga. Biarlah, mandi dulu. Lepas tu, baru sambung berdebar-debar.

Mia menggigil-gigil. Sejuk bermandi hujan umpama sejuk bermandi salji kah? Oh, mungkin sejuk hujan perlu bahagi seribu kali sejuk salji. Mungkin. Mia bukan pernah mandi salji pun. Mia buka pili air. Tiada satu titis air pun yang keluar. Mia mencuba dengan lebih kuat. Masih tiada. Mia cuba pili kamar mandi sebelah. Sama. Mia ke tandas pula.

Aaargghhhh! Mia terus lari keluar!

. . .

Mia gigit jari.
Lompat naik katil.

Ah, ngantuk.

Berselimut.

Hujan masih lebat diluar. Dum Dam Dum Dam. Bunyi atap bagai bunyi papan mercun di bakar, tapi bilik air masih gersang!

UM kena catu air pasal tak bayar bil**! Geramnya saya!!!!!!!!

**Ok, tipu. Syabas buat hal. Ada paip bocor atau apa entah. Tapi UM satu hari tak ada air and budak international yang tinggal kat kolej ni sepatutnya dah biasa dengan toilet kering pun buat gaya jakun guna toilet time tak de air. B****k!

Tuesday, February 2, 2010

Drama Queen : #0 : Intro

2 hari bersama rakan-rakan lama membuatkan saya sangat seronok. Sungguh, senyuman dan ketawa kami berselang seli. Tiada rasa nak menangis. Walaupun tatkala berjumpa, asyik-asyik perkara yang sama dibangkitkan, masih lagi kami ketawa bagai nak pecah perut.

Apabila mereka hilang darpada pandangan, dan tinggallah saya terkontang-kanting membuat kerja sekolah disini, (tak sentuh pun lagi sebenarnya), berfikir saya dengan kejadian-kejadian yang menimpa saya pada zaman dahulu. Sungguh berlainan.

Kalau dulu, hidup penuh dengan drama. Ya, saya pernah mewakili UTM untuk persembahan teater antara universiti. Tapi, drama ini bukan drama pementasan yang kecil sebegitu. drama ini drama hidup. Hidup saya dan rakan-rakan. Tapi, sungguh dramatik seperti menonton drama terbitan grand brilliance atau Suhan Movie Industries. Tiada Khabir Bhatia sebagai pengarah, namun banyak cerita. Lain daripada yang lain. Banyak berkisar tentang dating, bukan dating biasa. Ada yang dating dengan African, dengan sebaya ayah saya, dan adik-adik juga ada. Whoops~ Heh~

Cerita lain banyak kepada cat-fight. (Cerita ini biasanya sangat diminati kaum lelaki) =P Drama tentang tangisan, 'healing' process, sehinggalah ugutan bunuh yang rakan-rakan saya mahupun saya sendiri pernah terimanya. Belum lagi termasuk scandal, business problems, etc.

Banyak sangat. Saya rasa hidup saya ini dikelilingi drama ini semenjak berumur 12 tahun yang ketika itu berada di Tingkatan 1. Macam biasa, kecil-kecil - drama pun kecil. Menginjak dewasa, drama lakonan pasti sudah mantap. Pengalaman mengajar erti hidup. Tiada salah, tiada yang betulnya.

Walaupun sekarang, hidup saya lebih kepada rutin (agak bosan) sebenarnya, tapi rindu pada tittle drama queen itu masih terasa. Hidup yang penuh misteri. Dugaan yang tiba-tiba datang. InsyaAllah, akan saya paparkan di sini untuk ingatan saya bersama. Mungkin, satu hari nanti selepas hilang kesibukan saya dengan rutin, hidup saya akan dipenuhi lebih drama, kan? ;)

Untuk introdusi, sila baca catatan hidup saya sendiri : Kisah blind date dengan african seri :1,

sambungannya blind date dengan african : siri 2. disini dan juga eksklusif pengalaman saya drift buat pertama kali di Karak. Mungkin sudah ada yang membacanya, tapi percayalah itu kisah benar yang telah berlaku dalam hidup saya satu ketika dulu. Bukan niat untuk berbangga dengan silap yang pernah dilakukan, tapi sebagai nasihat supaya kamu tidak lakukannya lagi dalam drama hidup kamu. =D


Selepas ini, nantikan pelbagai plot drama lain. . .

*Peace*

Ex-Drama Queen a.k.a balqissy
^.^

Monday, February 1, 2010

Which one?

Saya tak tahu kamu ada pengalaman sebegini atau tidak. Jika tiada, sila bayangkan mengikut klu-klu yang diberi. Jika pernah mengalaminya, sila drop komen apa rasa kamu ketika itu.

Ada 2 orang rakan. Rakan A ini telah meminjam duit daripada rakannya itu, si B. Setelah berbulan-bulan lamanya, tidaklah si A ini ada rasa ingin membayar duit pinjaman. Dan, si B juga tidaklah bertujuan untuk meminta. Cuba memahami keadaan si A. Namun, setelah beberapa lama, si B juga sedang mengalami masalah kewangan. Dia tidak ingin meminjam daripada mana-mana sumber kewangan yang terdekat kerana dia tahu duitnya masih ada, tetapi di tangan rakannya, A dan etc. Sebelum dia menghadapi hari-hari yang sukar, dia telah memberitahu A supaya dia memerlukan duit pada ketika ini. Dan, si A berkata ya, dia akan berikan nanti. si B menunggu dengan sabar. Sambil itu, dia berjimat cermat. Makanan ruji bertukar daripada nasi kepada maggi. Minuman yang sihat iaitu air tanpa warna jadi pilihan utama. Berjalan kaki menjadi kebiasaan daripada menaiki pengangkutan awam, apatah lagi menggunakan kenderaan sendiri. B masih menunggu dengan sabar. Dia tidak kisah jika A sekarang boleh makan KFC sambil senang-lenang dengan keluarga dan rakan-rakan. B juga tidak kisah jika A boleh bercuti ke sana kemari. Kerana, B masih boleh hidup dengan kewangan yang sedikit itu.

Sehingga satu hari, B terdesak. Sangat-sangat terdesak. Dia harus membayar sesuatu dengan kadar segera. Terlebih segera kerana ini cerita antara hidup dan matinya. Sekali lagi, bantuan A untuk membayar kembali duit yang dipinjamnya dulu sangat diperlukan. B menghubungi A, dan kata si A, ya. Dia akan beri secepatnya. B masih menunggu. Tidur tidak lena memikirkan sempatkah dia untuk membayar sesuatu antara hidup matinya itu. Hanya pada A dia berharap. disamping berdoa pada Allah agar diberi kemudahan pada mereka. Pada esoknya, masih tiada bayang. B risau. Dia mengumpul segala kekuatan untuk meminjam duit pada sesiapa yang terdekat dahulu. Ya, dia malu, Namun, apa daya. Itu pilihan terakhir. A masih menyepi. B mendesak A juga, kerana dia tidak mahu berhutang dengan seseorang terlalu lama. Itu hak dia. Dia mahukannya. Akhirnya, A pulangkan di lewat petang.

TIada kata maaf daripada A. B ragu-ragu untuk berkata terima kasih atau tidak. Akhirnya, B hanya sms 'TQ'. Tiada ruginya dia taip 2 huruf itu, walaupun B rasa maruahnya bagai tercarik-carik. Walaupun B yang meminjamkan duit, dia terpaksa merayu untuk dipulangkan duitnya sendiri. Tiada maaf yang dituturkan selepas bayaran di buat selepas rayuan, namun si peminjam pula berkata terima kasih kerana memulangkan duit dari dirinya.

Apa ini? tapi, ini rasanya fenomena biasa di Malaysia. Masalah dunia mungkin juga. Mungkin. Jadi, kamu. Tolong ingat jika ada pinjam duit sesiapa. Bayangkan kamu di tempat B. Apa rasa kamu? Walaupun nilainya hanya RM1, tapi kadang-kadang nilai itu sangat dihargai oleh sesetengah orang, terutama jika kamu peminjamnya, kan? Fikir untuk kedua belah pihak. Jangan biar kamu dilindungi topeng manusia, tapi berhati *** (entah).

Haih~ manusia.

Monday, January 25, 2010

Saya Malu (-Malu)

Sila klik pada gambar untuk keterangan lanjut.

Erk? Kamu pernah malu? Atau Malu-malu? Hurm.. saya sedang malu-malu kucing ni. Betul! Tak tipu. Sangat-sangat tak tipu. Sebab, buku ni dah keluar. Jadi, saya pun malu. Malu-malu sebenarnya *blushing*

Enough said.


Harap faham. Saya tak boleh nak cakap banyak-banyak. Nak terangkan kenapa say malu pun, saya masih malu lagi.

*blushing in red*

.
.
.



.
.
.

Erm..
Ah, blush lagi.


Ok.
Stop.
Bye.
Oh alhamdulillah =D

Sunday, January 17, 2010

Isu Politik dan Agama?

Politik didefinisikan sebagai; Adapun definisi politik dari sudut pandang Islam adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam negeri maupun luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Pelakunya bisa negara (khalifah) maupun kelompok atau individu rakyat.
Sumber : klik sini

Atau juga boleh didefinisikan sebagai : Politik adalah proses pembentukan dan pembagian kekuasaan dalam masyarakat yang antara lain berwujud proses pembuat keputusan, khususnya dalam negara. Pengertian ini merupakan upaya penggabungan antara berbagai definisi yang berbeda mengenai hakikat politik yang dikenal dalam ilmu politik.
Sumber : klik sini

Saya tidak tahu apa lagi definisi politik yang akan saya jumpai jika google dan bacanya menerusi buku, tetapi cukuplah fahaman saya setakat ini yang saya tidak sukakan politik. Tak dinafikan politik itu membentuk negara. Tapi, bukan politik kotor pilihan saya. Dan tetapi, adakah wujud politik yang tidak kotor? Hurm~ Ahli politik selalu dikaitkan dengan korupsi, rasuah, dan janji palsu. Datang dari mana cerita ini? Ada dua. Sama ada ianya benar, atau pun hanyalah propaganda untuk menjatuhkan satu-satu ahli politik itu sendiri.

Ini bukan entry untuk menjatuhkan parti. Saya tidak favor mana-mana parti. Dan, walaupun sudah layak untuk mengundi, namun saya masih belum membuang walau satu undi. Ibu bapa saya terang-terang menyatakan parti pilihan mereka. Rakan-rakan juga ramai yang mengaku dia berada di dalam parti yang mana. Mana konsep undi itu rahsia? Oh, mungkin juga ahli parti, tapi tak semestinya lagi mengundi untuk parti itu? Wallahu'alam.

Tapi, tak kisah. Itu persoalan peribadi. Tiada kena mengena dengan tajuk. Saya ini pelik. Kali ini, saya pelik dengan manusia. Sungguh, mungkin saya yang pelik sebab saya tidak serupa kamu. Tapi, tak mengapa. Saya memang tidak hairan.

Di dunia, banyak parti wujud. Di Malaysia juga sama. Apabila banyaknya parti, maka ramailah juga ahli politik. Jadi, mungkin banyak konsep politik yang wujud? Oh, maaf. Ini saya tidak maklum.

DAN, agama juga banyak di dunia ini. Ada pelbagai agama. Termasuk agama yang saya anuti. Islam. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kerana saya dilahirkan dalam keluarga Islam.

Apabila saya melihat ke negara saya sendiri, maklumnya saya bahawa negara ini negara Islam. Tapi, sesuai dengan konsep Malaysia yang berbilang bangsa, punya juga banyak agama. Tidak mengapa, Islam itu tidak memaksa dalam beragama. Cuma, apabila kamu telah dilahirkan Islam, WAJIB ke atas kamu untuk mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui makna di sebalik kalimah itu. Jadi, sepatutnya tiada isu mengenai Lina Joy. Noktah.

Kekesalan saya sekarang adalah dengan segelintir pihak yang menggunakan unsur agama ini untuk dipolitikkan. Kenapa? Lagi sekali saya tekankan, tiada fokus kepada mana-mana parti, dan tiada fokus kepada mana-mana agama. Saya tahu dan sedar, dan kamu juga harus sedar. Jika dalam agama saya, Islam itu telah menggariskan bagaiman seorang khalifah itu untuk mengaturkan negaranya. Baik dari segi pendidikan, pertahanan, kewangan, hukuman dan sebagainya. Itu boleh dan harus kita ikuti sebagai negara Islam, kan? Itu juga tiada isu bagi saya. Noktah.

Isu sekarang ialah apabila SESETENGAH pihak yang cuba menggunakan isu agama ini ke dalam isu politik mereka. Kalau kamu juga tidak mengamalkan agama, kenapa harus gunakan agama untuk membenarkan apa yang kamu ingin lakukan? Belum cuba selidik dengan nas-nas Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah, kamu telah lancarkan serangan mulut. Terpekik terlolong, kononnya ini bertentangan dengan agama kamu. Apa bukti? Mana saksi? Biar kita yang punya akal, fikir. Jangan melenting tak tentu pasal bila orang cucuk kamu. Itu budaya mana? Syaitan berpesta sahaja tanpa kamu dapat lihat.

Dan, lagi satu. Kalau kamu boleh fikir, sesetengah isu bukan apa yang kita nampak sahaja. Mungkin ada agendanya yang tidak terjangkau fikiran kita kerana kesannya mungkin 30-100 tahun akan datang. Dan, jika isu agama yang kita ingin telanjangkan dalam isu politik, mungkin bukan ahli politik negara kita yang terbitkan. Mungkin mereka hanya diperalatkan untuk buatkan kamu melenting. Mungkin ianya isu yang mempunyai dengan isu dunia yang boleh menyebabkan perang dunia ketiga. Kerana agama ini tersebar ke seluruh dunia. Agama bukan milik kamu sendiri. Begitu juga politik. Politik negara membawa ke politik dunia. Jadi, hanya satu. Fikir dulu sebelum kamu buat satu-satu keputusan. Kadang-kadang, diam itu lebih baik dari bersuara. Tapi, bersuara yang penuh dengan isi lebih baik untuk manusia sejagat. Fikir.