Wednesday, March 17, 2010

syhhh... just listen to me

Pernah tak kamu ditanya soalan, tetapi apabila kita dah berkeringat memikirkan jawapan, jawapan kita dibuat dek sahaja. Apa perasaan kamu ketika itu?



Hampa? Bengang? Atau sedih? Oh, ataupun "lantak kaulah" (mode: tidak ambil kisah)

Kebiasaannya, soalan yang dibuat 'dek' ini, didahulukan dengan penceritaan. Kebanyakannya berunsur cerita sedih. Kebanyakannya, ya. Ada ramai yang seronok bercerita. Namun, kurang pula yang setia menjadi pendengar. Bercerita pula banyak versi. Ada versi meluah perasaan, ada versi gossip, ada versi kutuk-mengutuk, ada versi 'flirting' atau mengurat (bukan mengurut) dan pelbagai lagi.

Biasanya pula, bercerita perlulah mempunyai paling kurang dua pihak iaitu orang dan orang, sama ada menggunakan medium lisan ( bersemuka, bercakap menggunakan telefon, webcam, etc) atau medium tulisan ( email, sms, messenger, etc) atau pun medium udara- paksaan ( terutama kepada yang bercakap kepada angin, pokok, teddy bear, kucing etc)

Jadi, apabila kita bercakap kepada benda yang bukan orang (manusia), samalah kita memaksa dia mendengar. Kita tidak akan mendapat jawapan yang sepatutnya kita mahukan. Jadi, mungkin ramai yang memilih untuk jadikan manusia sebagai pendengarnya. Namun, sebagai pemerhati, sering kali saya lihat apabila berlaku sesi penceritaan ini, tiada komunikasi yang berkesan.

Kenapa?

Kerana apabila si A bercerita tentang masalahnya atau kegembiraanya, seringkali si B, atau si C ingin bercerita benda yang sama iaitu pernah terjadi pada dirinya satu ketika dahulu, ataupun berlaku kepada rakan kepada rakan kepada rakan kepada rakan kepada bla bla bla. Ya, seringkali terjadi perkara seperti ini.

Ya, cuba lihat kembali pada diri kita. Saya tahu kamu semua pandai bercerita. Tapi, tidak semestinya kamu pandai berkomunikasi. Pernahkah kamu benar-benar mendengar masalah atau kegembiraan kawan kamu? Bergembiralah bersama dia. Bukan mengongsi kegembiraan atau kesedihan kamu yang dah terlepas di makan zaman. Biar sama-sama rasa kemuncak sedih mahupun gembira dia. Supaya, tiada lagi rakan kita yang lebih gembira bercerita kepada angin, pokok, kucing, teddy bear berbanding bercerita pada kita.

What goes around, comes around


Saya tahu dulu mungkin saya bukan pendengar dan bukan juga pencerita yang baik. Saya seorang yang sukakan jawapan. Dan, bagi saya setiap soalan yang dilontarkan pada saya, pastilah juga perlukan jawapan daripada saya. Sejak kecil, saya suka bertanya. Dan, soalan saya bukan seperti yang biasa ditanyakan, mungkin...

Dan, oh. Saya masih inginkan jawapannya. Bila saya bertanya, maksudnya saya mencari jawapan, bukannya perlukan diam. Tapi, jika tidak tahu jawapan, tidak mengapa. Cuma, saya hanya perlu kamu tahu yang saya memang bertanya. Itu soalan, dan soalan ada jawapan.

Tapi, kawan saya bukan saya. Saya bukan kamu. Kamu punya identiti tersendiri. Ramai yang ingin apabila dia meluahkan, kita hanya diam dan dengar. Nangis bersama bila dia menangis. Ketawa sampai keluar air mata apabila dia gembira. Walaupun ceritanya banyak soalan, oh. tolong. Hanya dengar. Syhhhh.... Dengar dengan senyap dan hanya setuju. Itu yang kadang-kadang kawan kita perlukan.

Cuma, dulu saya tak mengerti itu. Saya fikir kamu mahu jawapan, dan saya cuba beri jawapan terbaik. Namun, itu bukan yang terbaik. Kamu hanya mahu saya dengar. Itu terbaik untuk kamu. Dan, saya baru perasan itu sekarang. Apalah saya ini?


Tak semua soalan ada kita mampu beri jawapan. Mungkin, soalan dia sudah ada jawapan, tapi bukan kita yang merungkainya.

Tolong...



syyhhhhhhh..........

4 comments:

CAHAYA said...

saya bukan orang yg pandai mendengar. bercerita pun tak pandai. tapi saya yakin solution saya kadang2 menjadi. so kawan2 banyak tanya penyelesaian instead bercerita dgn saya.

Anonymous said...

aku pun bukan pendengar yg baik
jadi aku x galakkan org cerita sama aku

huhu

Anonymous said...

:)

balqissy said...

cahaya: boleh kongsi cerita dgn kamukah selepas ini? *wink*

luffy: nak cerita jugak~ =D

aalim ;)