Showing posts with label cerita mereka. Show all posts
Showing posts with label cerita mereka. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

syhhh... just listen to me

Pernah tak kamu ditanya soalan, tetapi apabila kita dah berkeringat memikirkan jawapan, jawapan kita dibuat dek sahaja. Apa perasaan kamu ketika itu?



Hampa? Bengang? Atau sedih? Oh, ataupun "lantak kaulah" (mode: tidak ambil kisah)

Kebiasaannya, soalan yang dibuat 'dek' ini, didahulukan dengan penceritaan. Kebanyakannya berunsur cerita sedih. Kebanyakannya, ya. Ada ramai yang seronok bercerita. Namun, kurang pula yang setia menjadi pendengar. Bercerita pula banyak versi. Ada versi meluah perasaan, ada versi gossip, ada versi kutuk-mengutuk, ada versi 'flirting' atau mengurat (bukan mengurut) dan pelbagai lagi.

Biasanya pula, bercerita perlulah mempunyai paling kurang dua pihak iaitu orang dan orang, sama ada menggunakan medium lisan ( bersemuka, bercakap menggunakan telefon, webcam, etc) atau medium tulisan ( email, sms, messenger, etc) atau pun medium udara- paksaan ( terutama kepada yang bercakap kepada angin, pokok, teddy bear, kucing etc)

Jadi, apabila kita bercakap kepada benda yang bukan orang (manusia), samalah kita memaksa dia mendengar. Kita tidak akan mendapat jawapan yang sepatutnya kita mahukan. Jadi, mungkin ramai yang memilih untuk jadikan manusia sebagai pendengarnya. Namun, sebagai pemerhati, sering kali saya lihat apabila berlaku sesi penceritaan ini, tiada komunikasi yang berkesan.

Kenapa?

Kerana apabila si A bercerita tentang masalahnya atau kegembiraanya, seringkali si B, atau si C ingin bercerita benda yang sama iaitu pernah terjadi pada dirinya satu ketika dahulu, ataupun berlaku kepada rakan kepada rakan kepada rakan kepada rakan kepada bla bla bla. Ya, seringkali terjadi perkara seperti ini.

Ya, cuba lihat kembali pada diri kita. Saya tahu kamu semua pandai bercerita. Tapi, tidak semestinya kamu pandai berkomunikasi. Pernahkah kamu benar-benar mendengar masalah atau kegembiraan kawan kamu? Bergembiralah bersama dia. Bukan mengongsi kegembiraan atau kesedihan kamu yang dah terlepas di makan zaman. Biar sama-sama rasa kemuncak sedih mahupun gembira dia. Supaya, tiada lagi rakan kita yang lebih gembira bercerita kepada angin, pokok, kucing, teddy bear berbanding bercerita pada kita.

What goes around, comes around


Saya tahu dulu mungkin saya bukan pendengar dan bukan juga pencerita yang baik. Saya seorang yang sukakan jawapan. Dan, bagi saya setiap soalan yang dilontarkan pada saya, pastilah juga perlukan jawapan daripada saya. Sejak kecil, saya suka bertanya. Dan, soalan saya bukan seperti yang biasa ditanyakan, mungkin...

Dan, oh. Saya masih inginkan jawapannya. Bila saya bertanya, maksudnya saya mencari jawapan, bukannya perlukan diam. Tapi, jika tidak tahu jawapan, tidak mengapa. Cuma, saya hanya perlu kamu tahu yang saya memang bertanya. Itu soalan, dan soalan ada jawapan.

Tapi, kawan saya bukan saya. Saya bukan kamu. Kamu punya identiti tersendiri. Ramai yang ingin apabila dia meluahkan, kita hanya diam dan dengar. Nangis bersama bila dia menangis. Ketawa sampai keluar air mata apabila dia gembira. Walaupun ceritanya banyak soalan, oh. tolong. Hanya dengar. Syhhhh.... Dengar dengan senyap dan hanya setuju. Itu yang kadang-kadang kawan kita perlukan.

Cuma, dulu saya tak mengerti itu. Saya fikir kamu mahu jawapan, dan saya cuba beri jawapan terbaik. Namun, itu bukan yang terbaik. Kamu hanya mahu saya dengar. Itu terbaik untuk kamu. Dan, saya baru perasan itu sekarang. Apalah saya ini?


Tak semua soalan ada kita mampu beri jawapan. Mungkin, soalan dia sudah ada jawapan, tapi bukan kita yang merungkainya.

Tolong...



syyhhhhhhh..........

Friday, December 11, 2009

Cheritera cinta

Ini cheritera cinta
antara adam dan hawa

aku cinta kamu, sumpah!
aku senyum
kau senyum
aku ketawa dalam mimpi

Tapi, Oh!
cinta itu kau ludah
Tersentap!
mana pergi ketawa tadi?
Pedulikan!
tinggal saja ia dalam mimpi

Cinta itu aku kutip
Murah dan busuk
kerana
itu cinta aku pada kamu
Buang saja dalam timbunan sampah

Tunggu
Parah jiwaku
Bukan lama
Akan muncul cheritera cinta
antara adam dan hawa
Lebih mahal
lebih berharga
sehingga kau sendiri ingin sanjung
ketawa hingga ke syurga

didekasi untuk yang jiwanya parah akibat putus cinta, terutama kawan saya yang saya sangat sayang. Mungkin dia bukan untuk kamu, akan ada yang terbaik kan datang. Hurm, saya rasa dia memang tidak layak untu kamu. Chill! Enjoy, kawan ^.^ Ini cheritera bukan diskriminasi kaum. Adam dan Hawa; Ah, sama sahaja. =)


-balqissy-

Friday, August 21, 2009

HIlang.

Hilang.


Hari baru kini bermula. Matahari terik tegak di atas kepala. Tar terus membahang. Bayang-bayang membesar berskala 5:1.


Mata terus melilau. Menanti andai ada yang muncul. Menanti dengan penuh harapan. Berharap dan berharap. Mulut terkumat-kamit membaca doa dan surah yang terlintas. Sesekali mata dipejam rapat. Tak sanggup rasanya berada di ruang kecil ini melihat harapan orang lain. Sungguh, menangis pun tak mampu lagi.


Kuat! Aku harus kuat. Pandangan di alih pada wanita tua yang terperosok di dinding. Wajahnya gusar buat hati ini pedih. Lalu, langkah diayun perlahan mendekati dia. Mata kuyu itu sembab. Aku tahu, dia juga ingin kuat. Tak ingin menangis di saat ini. Perlu beri kekuatan kepada kami. Tapi, aku juga tau aliran air mata dia tak dapat di tahan-tahan. Rasa risau ini bukan di buat-buat. Bukan juga dipaksa.


Ku peluk dia erat. Biar dia lepaskan semuanya di bahu aku. Biar habis basah bahu aku. Lencun kemeja ini pun tidak mengapa. Cuma, tolong. Tolong hilangkan lelah dia untuk sekejap ini. Biar hati kami tenang. Oh, Tuhan. Oh Ya Allah. Harapan menggunung. Tidak, harapanku melampaui tinggi langit kali ini. 


Sihatkanlah! Selamatkanlah! Sembuhkanlah! Biar dia bernafas. Kau ambil semua kebajikanku, dan kau gantikan ia dengan segala keajaiban. Sihatkan dia, Ya Allah. Biar wanita tua ini tenang. Biar dia di dalam sana bersama-sama kami kembali.


Pelukan aku dieratkan. Sengaja beri kekuatan kepada kami berdua. Menggeletar setiap otot jari jemari. Sungguh, air mata ini sudah tak mampu aku titiskan lagi. Hati ini ku mohon kamu cekal. Sangat!


“Pap! Tup Tap Tup Tap”

Berlari kami menghala ke pintu bilik bedah. Tersembul wajah suram doktor.

“Maaf” Terus aku peluk ibu. Beban badan ibu aku tampung dengan badanku. Aku tahu dia tak mampu nak berdiri saat ini. Aku juga sebenarnya. Terima kasih Ya Allah kau pinjamkan aku kekuatan yang datang entah dari mana.


"Inna liLlahi wa-inna ilayhi raaji'un"


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah, 2:155-157)


Al-Fatihah buat ayah saudara saya yang amat saya kasihi. Kawan yang saya sudah anggap seperti kakak sendiri. Seorang rakan yang bersama-sama terutama di waktu saya sedang susah. Maaf tak dapat bersama-sama kamu ketika ini. Sangat terkilan. Namun, ada sesuatu yang tak dapat dijelaskan. Cuma, kamu harus ingat. Doa kami sekeluarga bersama-sama kamu sekeluarga juga.


Rakan-rakan, tolong luangkan masa kamu 5 minit untuk sedekahkan Al-FATIHAH untuk arwah: Alaf Din Md Din. Jika berkesempatan, sila sedekahkan surah Yasin dan tahlil kepada beliau juga. Harap  pertolongan kamu di rahmatiNYA.


p/s: cerita di atas hanya rekaan. Tapi, itu yang saya dapat bayangkan perasaan kamu ketika itu. My dear sis, both of us know that you are stronger than me. I’ll be around for you. Please don’t worry. U’ll be allright. Aja!!! I love you.