Friday, August 15, 2014

Empty

Assalamualaikum...

Terlalu lama blog ini terbiar. Hari ini, hari penuh emosi. I cried a bucket... or more!

Perut terasa sebu semacam.
Mata bengkak.
Tangan menggeletar.
Kaki sejuk.
Air mata terus mengalir ... tanpa paksa.

Tapi, hairan.
Perasaan saya lepas menangis macam .. lega?
Padahal bukan sebab apa pun.
Hanya kerana dengar lagu sedih.


Ya, mungkin pernah saya bagitahu. Saya memang sukaaaaa sangat menangis bila dengar lagu sedih. Tapi, kali ini lain macam. Hati macam dicarik-carik. Macam betul baru putus cinta, lagaknya.


Dan, ya juga. Banyak kali saya cuba menangis bila tengok cerita sedih. Aah, cuba, ye... sebab saya rasa berkemampuan untuk berlakon adegan menangis pada bila-bila masa sangat hebat. tapi, saya tak pernah puas hati.

Dan, hari ini... saya tak perlu cuba. Saya tahu itu memang dari hati.

Dan juga, saya tak mahu tahan. Saya nak biar air mata itu mengalir. Saya nak biar hati saya rasa sedih. Saya nak ada perasaan. Mungkin dah cukup masanya saya tahan perasaan. Mungkin ...


P/s: Ini lagu yang buat saya nangis ikhlas tu



p/s/s: Ye... ye...., saya suka tengok korea. Fine!