Friday, December 4, 2009

Housewife

" Berumur 30 tahun, mempunyai Phd atau pun Master sekurang-kurangnya. Fizikal biasa. Wanita. Mempunyai 2 orang anak dan seorang suami. Pekerjaan : Surirumah sepenuh masa. Harmoni "

Itu yang saya selalu gambarkan diri saya beberapa tahun akan datang. Hahaha Tak salahkan kalau berangan? Well~ memang saya gemar berangan. Weeee~

Tapi, kawan-kawan saya selalu pelik. Kenapa kau nak sambung belajar tinggi-tinggi, tapi lepas tu end up jadi full time housewife? Saya tak tahu apa nak jawab kat diorang. Bukannya tak boleh nak jawab, cuma saya rasa soalan tu tiada logika-nya. Mana logiknya kita perlu jadi seorang yang bekerjaya jika kita sudah mencapai tahap pendidikan sehingga Phd? Hurm~ Ok, i got what you mean. But, tak salah kalau kita nak twist sedikit logik hidup manusia, kan? Sekurang-kurangnya berangan untuk tidak menjadi seperti manusia kebanyakan. Hahaha


Kerja.

Saya tak suka makan gaji. Sebab tu saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya ada goal saya sendiri, iaitu menjadi suri rumah tangga pada usia 30 tahun. So, saya ambil keputusan untuk berbisnes. Alhamdulillah, membuahkan hasil.


Ramai pula bertanyakan, kenapa gigih sangat mencari dunia? Saya cakap saya ada goal. jadi suri rumah. So, what's the point? Mereka masih bertanya tanda tidak faham. Tidak mungkinlah di zaman maju ini saya ingin menjadi surirumah, jika kewangan masih belum stabil, kan? jadi, itu goal saya yang sebenar. Stabilkan kewangan supaya keluarga saya nanti dapat hidup secara biasa-biasa sahaja. Plain and simple.

Mungkin kerana kami adik beradik dibesarkan dengan keadaan ibu bapa berkerjaya. Terasa sangat ingin melihat kelainan keluarga yang bakal dibina. Ramai anak-anak zaman sekarang mempersalahkan ibu bapa yang sibuk atas kerosakan akhlak mereka. Oh, saya tak mahu begitu. Tapi, sebilangan yang lain juga menyalahkan ibu bapa yang tidak berkemampuan sehingga mereka menjadi liar dan tinggal bersama 'teman'. MasyaAllah, ini lagi saya mahu elakkan. Sebab tu, saya rasa bisnes pada waktu muda adalah keputusan yang paling tepat. Bila dah dewasa sikit, sila jaga anak-anak dengan menjadi sahabat, dan sporting dan be a cool mom n wife (Islamic's way i mean, perhaps huhu). So, time ni jadi suri rumah moden. Tak perlu terkejar-kejar dengan kerja dan menguruskan rumah tangga. Waaah! Sangat suka~~~ Weee!!!


Tapi, iyalah. Panas bukan ke petang. Setiap perkara ada dugaannya. Sedikit ketamakan membuat saya jatuh terduduk. Hendak bersemuka dengan orang pun tidak terdaya. Lama. Lama untuk saya bangkit semula. Mungkin balasan akibat tidak mendengar nasehat orang tua.

Kini, saya cuba membuat pertimbangan rasional. Cuba mendengar nasihat si ibu. Walau hati meronta-ronta, ini bukan kehendak sebenar. Cuba mengikut aliran manusia biasa yang lainnya. Dan, nampaknya angan-angan hanya akan tinggal kenangan. Tapi, masih tak salah jika ingin berangan, kan? Walau pokok berangan pun saya macam lupa sahaja bagaimana bentuknya.

16 comments:

faiq said...

agak2 ko nk buat bisnes pe?

CAHAYA said...

tak salah berangan awak. ;) harap tercapai!

Faisal Admar said...

still for me, kalau dah sampai phd, why not jadi pensyarah ke? :) at least dapat berbakti pada nusa bangsa?

oranglidi said...

wa sokong lu! hehe.

ni rase nk jadi househusband ni. hahaha

maap lame x singgah sini.

meo peminat setia balqiss said...

ape2 pun... itulah impian.

jadi, sbg member... sy nk impian anda tercapai.

Teruskan mencapai impian anda :)

Nadiene said...

pe kate ko amek phd dalam wat cup cake, t ko leh bisnes kat uma jew,, orait x?

Firol said...

memang espada betul..hang nak bisnes apa

Precious said...

Suka makan buah berangan!!
Err ... apa kata join kontes Hidup Berani Untuk Gagal. RM5 sudah pasti. Mungkin menang banyak lagi ... Jom!

amu mejie said...

yeah~ awk buktikan pasni yg untuk mnjadi surirumah bukan suatau menda yg mudah...ia memerlukan master or PHD....he~

~lebih baik berangan daripada tak memikirkan apa2~

Encik Ariff said...

brangan mmg best.
;)

Sitie BUm BUm said...

jd wanita berkerjaya

balqissy said...

faiq: bisnes utk org single haha

cahay: terima kaseh. mari berangan-angan bersama-sama ;)

faisal admar: anagn-angan utk berbakti pd hubby n family to be je dulu haha (sgt kecik skop =P)

oranglidi: haha tu kena jadi mr mama ;P

meo: haha nama ni buat saya tersenyum ;) thanks ^.^

fid: ops, xnak bisnes kalau dah jadi housewife. sekian. =)

firol: bisnes ni dulu punye citer. skang stop kejap. hu~

precious: thanx for the invitation =)

balqissy said...

amu meiji: hehe~ tau xpe. tp, xde sijil pon leh jadi surirumah. cuma, kne pandai jadi seorang perempuan hahaha

encik ariff: sangat! buat kita melayang-layang hahaha

sitie: ops, not my choice. for now at least heheh

aiMi`s said...

boleh lak last2 tuh wat lawak dah lupe pokok berangan nyer rupe.. hehe

balqissy said...

tapi, aku memang dah lupe rupa pokok berangan -_-!

Anonymous said...

nurul~~...
best kn brangan....semoga impian ko tercapai...
kwin jgn lupe jmput ak..huhu
~~ak ler pa'ya~~