Friday, December 25, 2009

The Undomestic Goddess

"The Undomestic Goddess" buku cerita karangan Sophie.

Cerita mengenai seorang peguam perempuan yang sangat komited dengan kerjayanya dan berjaya di peringkat hampir tertinggi dalam usia yang sangat-sangat muda. Sudah pasti kejayaan yang besar mempunyai modal yang bukan kecil. Peguam ini melupakan sifat azali wanitanya iaitu mengemas, menjahit, dan memasak. Baginya, itu semua boleh perkara yang kedua. Kerjaya menjadi agenda utama.

Di saat dianugerahkan kenaikan pangkat, dia telah mengesan satu kesilapan besar yang telah dilakukan dalam sejarah kepeguamannya. Dia telah mengakibatkan sebuah bank kerugian bernilai 50 juta pound akibat kecuaian iaitu terlupa dan keadaan meja yang sangat berselerak. Akibat terlampau cemas, dia telah membawa diri ke sebuah kawasan yang dia sendiri tidak tahu dimana dan terjumpa sepasang suami isteri yang tersilap faham mengenai kedatangannya ke situ.

Peguam besar ini telah disalahanggap sebagai orang gaji lima bintang akibat kepetahan dia berbicara tentang ilmu masakan dan pengurusan rumah. Akibat tiada tempat yang harus dituju, jadi peguam itu bersetuju untuk menjadi orang gaji walaupun menggoreng telur pun tidak pernah.

Dalam menjalani kisah hidup sebagai orang gaji, peguam ini telah belajar banyak perkara menganai realiti hidup dan relaks. Berbanding kerjaya sebagai peguam, dia hanya tahu untuk mencapai kemenangan,, dan mengejar impian untuk jadi yang tertinggi sahaja. Dari sini, dia telah menemui satu kehidupan yang diimpikan sedari kecil. Seronok!

Banyak lagi sebenarnya keadaan disebalik cerita ini. Tapi, apa yang saya ingin tekankan bahawa saya merasakan watak peguam itu ada sedikit kena mengena dengan saya. Saya peguam? Bukanlah~ jauh panggang dari api. Hehe Saya pun bukan nya seorang yang sangat berjaya. Cuma, saya pernah jatuh. Saya pernah merasa ingin mendapatkan tittle tertinggi di dunia. (konon-konon) Tapi, sampai satu saat kita sedar yang bukan itu yang kita cari.

Semua manusia mahukan kebebasan. Untuk itu, mereka bekerja keras. Sehingga terlupa tujuan asal. Bekerja. Bekerja. Mengejar sesuatu untuk masa hadapan. Oh, bukan kamu salah. Itu betul.Itu memang telah ditakdirkan dalam hidup manusia, mungkin. Tapi, untuk apa? Sampai bila kamu mahu berhenti? DAn adakah jika sudah berjaya mencapainya, kamu akan berhenti dan merasa nikmat kejayaan atau masih menggila mengejar lagi 1001 tangga kejayaan.

Adik-adik, maaf. Ini bukan entry untuk buat kamu tidak bercita-cita tinggi. Tapi, ini entry untuk mengajar kamu sifat insan dan hamba. Hamba pada Sang Ilahi. Walau setinggi mana kamu, tunduklah. Sujudlah. DIA Maha Tinggi. Dia yang mengatur kamu. Jadi, jangan mengalah apabila ditimpa ujian. Bersabarlah, akan ada hikmahnya. Cuma, kamu mungkin tidak faham sekarang. Ianya seperti bila kamu pergi ke shopping mall yang besar. Parking kereta, tapi tidak ambil tahu kawasan parking kereta itu. Berjalan-jalan dengan senang hati, dan gembira sekali. Apabila hendak pulang, barulah bersenam selama sejam untuk mencari kereta. Nasib baik terjumpa. Hikmah disini, sila ambil gambar Lot parking kereta.
Sekian.

-balqissy-

4 comments:

snh said...

mid valley sgt pening parkinnyer

mr cekodok said...

suke juge bc buku psl peguam
menarik!

Sharif John said...

Sentengah org lupa n takbur ngan kejayaan masing2

balqissy said...

snh: mane ko tau aku sesat kat mid valley? *confused*

mr cekodok: hehe.. tp buku ni xde citer sgt pasal peguam die. cite pasal housekeeper lagi banyak =D

sharif john: betul2, sbb tu kite kena sentiasa bersyukur =D