Berikutan kes bas ekspress yang kemalangan baru-baru ini, satu negara kecoh.
Memang tak dibafikan, itu kemalangan ngeri. 10 orang yang terkorban, dan dengan bukan kesalahan mereka itu sungguh menyayat hati.
Tapi, yang menyebabkan saya ingin mengutarakan pendapat saya secara serius di sini, ialah bilamana seseorang yang berkuasa(nama terpaksa tidak disiarkan kerana saya tidak ingat. Hanya dengar mealui radio dan tv) menyarankan:
1. " Bas ekspress tidak boleh menggunakan jalan raya pada waktu tengah malam "

Bagi saya, ini kelakar. Saya faham. Bukan senang nak utarakan pendapat secara spontan. Tapi, janganlah sampai tidak fikir baik buruk. Saya sebagai penumpang bas ekspress, saya rasa ini tidak adil. Bukan nya tidak ada kemalangan yang melibatkan kenderaan pada waktu malam. Kebanyakannya juga punca mengantuk. Tetapi, kenapa tak keluarkan statement ini sebelum-sebelum ini lagi? Biar semua jalan raya ditutup pada waktu tengah malam. Biar semua orang berjalan kaki sahaja. Kalau masih ada yang mengantuk, sekurang-sekurangnya dia hanya terjatuh longkang atau berlanggar badan sesama sendiri, bukannya kemalangan berkenderaan.
Cuba fikir balik, kalau bas ekspress tidak dibenarkan beroperasi pada waktu selepas tengah malam, jika perjalanan yang perlu mengambil masa yang lebih 9jam untuk sampai ke destinasi, haruslah mengambil cuti tahunan untuk memudahkan pergerakan. Pengangkutan awam tidak lagi menyenangkan rakyat, malah mungkin menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah.
Mungkin yang 'berkuasa', mempunyai pemandu, jadi tidak susah untuk bekerja di siang hari dan travel di malam hari menggunakan kereta. Tapi, bagi kami yang berpendapatan cukup-cukup makan, hanya layak mendapatkan pemandu kereta api, teksi dan bas sahaja.
Ada lagi satu sebenarnya quote yang saya sangat bangkan, tapi sekarang ini terlupa pula. Bila saya buka-buka rencana akhbar mengenai kes ini, terjumpalah berita ini.
Ada lagi satu sebenarnya quote yang saya sangat bangkan, tapi sekarang ini terlupa pula. Bila saya buka-buka rencana akhbar mengenai kes ini, terjumpalah berita ini.
Sumber : Sini
MasyaAllah! Ikat jamin sahaja dah mencapai angka RM20,000. Saya faham perasaan keluarga mangsa. Kalau berlaku di kalangan anggota terdekat saya, pastinya saya juga marah. Tapi, kita berbalik kepada takdir. Cuba kamu fikirkan, seorang lelaki, pemandu bas. Terpaksa menanggung ibu bapa, isteri dan 3 orang anak. Berapa agak-agak duit simpanan yang dia ada? Ya, dia cuai. Kerana memandu dalam keadaan mengantuk. Tapi, saya masih rasa tidak patut. Sebab, fikiran kompleks saya ni selalu letakkan diri saya di dalam diri si pesalah.
Kalau saya tengok cerita, pasti saya jadikan diri saya watak antagonis. Watak yang ditinggalkan kekasih, walaupun sebenarnya baik. Jarang saya letakkan diri sebagai heroin. Sebab, dah tahu kebanyakan cerita happy ending.
Ok, berbalik pada cerita pemandu bas ekspress itu tadi. Bukan dia berniat untuk cuai. Bukan niat dia untuk menyebabkan kematian. Saya sangat terharu membaca kenyataan ayahnya. Tapi, itulah. Jika saya letakkan diri di keluarga mangsa, mungkin lain pula jadinya. Selepas ini, saya cuma berharap agar pemandu bas lebih memberikan konsentrasi yang padu semasa memandu. Kerana, saya mungkin berada dalam perut bas anda ketika itu. Mungkin.