Badan saya normal. Walaupun sedikit rendah, tapi dari jauh ia kelihatan cute. Ok, saya tipu. Saya seorang yang tinggi sebenarnya (ini angan-angan daripada kecil).
Ya, memang hidup saya kompleks. Tapi, memang manusia itu diciptakan kompleks. Tapi, badan saya masih normal. Fikiran saya kadang-kadang tidak berfikir secara norma kebanyakan masyarakat, tapi masih normal pada pemikiran sendiri.
Tapi, hari ni badan saya pelik. Bangun-bangun tidur sahaja dia sudah rasa pelik. Seperti tidak berpijak di bumi. Oh, saya lupa. Saya tidur di bahagian atas katil dua tingkat. Lagipun, bilik saya di tingkat empat. Patutlah tidak merasa sebarang tanah. Tetapi, bukan itu yang jadi persoalan.
Badan saya seperti terpisah daripada minda sekejap. Minda cakap bangun, badan saya tak nak dengar kata. Tapi, tak lama. Walaupun badan ketika itu sudah menunjukkan ciri-ciri hendak bermanja, dia masih menurut arahan Ilahi. Jadi, dia bangun juga.
Biasanya, saya memandu kereta dengan kedudukan kerusi hampir 90 darjah. Hari ini, kedudukan kerusi saya sangat condong. Antara nampak atau tidak sahaja jalan itu sebab badan saya betul-betul ingin bermanja. Kalau boleh, dia hanya mahu baring sahaja. Pelik sungguh!
Jarang badan saya bertindak begini. Kalau semasa kerja dulu, hampir sekali setiap bulan. Doktor cakap itu tidak pelik sebab mungkin keadaan kerja yang stress. Tapi, kali ini saya stress apa? Kenapa badan saya tiba-tiba nak bermanja secara tiba-tiba? Mana boleh. Hujung minggu ini ada aktiviti yang sangat seronok akan dilakukan. Kalau badan saya masih nak bermanja, nanti bahaya. Nak berseronok-seronok pun dalam keadaan baring. Takkan nak tengok imax sambil baring-baring. Takkan nak main ice skating sambil baring? Boleh ke nak melawat KL Tower sambil baring? Ah, boleh masuk Malaysia's Book Of Record ni. Tapi, saya tak nak. Nanti jadi terkenal. Saya bukannya suka. Saya nak jadi misteri je.
Jadi, sebentar lagi saya akan makan panadol! Dan juga air soya. Oh, saya tidak suka hidup bergantung sangat pada ubat. Tapi, disebabkan tak nak ingin jadi terkenal, saya cuba. Ya, saya akan cuba bersungguh-sungguh untuk gagahkan kamu, wahai badan cute. Cukup-cukuplah bermanja sehari ini.
9 comments:
salam ziarah...terima kasih ziarah blog akak.
nice blog!:)
ada masa badan kita mcmtu.....dia nak rilek2 tenang2...
bleh plk lupa tid0 katil 2 tingkat...nadeb baek xjat0h..hu3
manjakan sahaja badan itu. lepak di rumah
nak panadol lg tak?? mari sy beri sepapan. :D
woi bile nk on9 ni
kak suzi: sama-sama;) suka lepak2 kat sane =D
firol: tp, kali ni x kena mase =(
sharamli: bila badan bermanja mmg mcm tu. terlupa perkara biasa. haish! -_-!
farwalis: haha, xmungkin. minggu ni minggu plg bz macam dj. erk?
hari.kecil.ini: boleh2, kang boleh buat bekal =D
faiq: ko tegur je aku. kadang2 aku ade, saje 'tiada'kan diri =D
ni simpton badan cute mahukan kerusi ogawa.
fndrocka: entry ini pula simptom minta dibelanjakan kerusi ogawa? haha
Post a Comment