Tuesday, September 1, 2009

Jika Hari Ini

Jika Hari Ini
Badan terpisah dengan nyawa
Ku mohon KAU gugurkanlah segala dosa
Yang lalu mahupun yang terkemudian hendaknya
Selimutkanlah aku dengan Al-Fatihah dan doa
Hadiah ikhlas dari rakan serta keluarga

Dunia ini tak mampu lagi ku hirau
Biar kesayanganku redha dalam titisan sayu
Bakti belum sempat ku hulur walau satu
Kini, hanya Engkau yang mampu
Anugerahkan mereka kemudahan yang ditunggu

Adakah cukup amalan?
Tapi, tak penting untuk kurisau, kan?
Kerana, jasad barangkali sedang dikafan?
Amalan semalam yang mungkin kini dalam sesalan?

Maaf
Moga pergiku buat semua insaf


Jika Hari ini
Nyawa dan badan masih melekat
Usahalah dengan kuat-kuat
Cukupkan diri dengan bekal akhirat
Tabur segala bakti dengan kudrat
Ilmu agama dan dunia di junjung tulang belikat

Moga jalanku sentiasa dipermudahkanNYA
Jalan lurus menuju ke syurga
Gerbang ilmu yang ada aku di dalamnya
Rezeki halal yang Kau bentang sentiasa
RedhaMU yang Kupinta
Dan rasa cinta keranaMu oleh dua hati manusia

.

bekerjalah untuk dunia seolah-olah kau akan hidup selamanya, beramal lah untuk akhiratmu seolah ajalmu kan tiba❞

- balqissy

34 comments:

sharamli said...

sem0ga di bulan baru ni..kita jadik hambaNyas yg lebih baik..insyaallah..

DrSam said...

Semoga segala doa itu diperkenankanNYA.

Jard The Great said...

=)bekeja itu jadikan la sbg ibadah.. ehehe

balqissy said...

sharamli: insyaAllah ^.^

DrSam: ameen... thanks doc.

jard: niat itu penting. heh~ ^.^

encik ariff said...

hebat2.
puisi(?) yg mnarik.

babYpose said...

jika hari ini kita berpeluang berebut bonus bulan Ramadhan, jangan lengahkan, terima kasih atas peringatan.

PengemisRedha(N.A.Y) said...

nice blog tooo..:)
best bc sajak ni..
menyentuh perasaan..
harus kita akui..kematian itu pasti akn dtg tanpa diduga..

maaf jg:)

Faisal Admar said...

begitu melancholic :)
insyaallah...

@LiYaNNuaR said...

tacing ler... uhukuhuk...

Budak Pensel said...

hmmm.. bagus bagus..

adakalanya hidup adalah pertaruhan..

life is gamble..

mati selalu datang, cubalah berusaha untuk lebih berjaya..

insyaAllah

Thumbnail said...

hye:)

Syahrul Helmi Mohd said...

jalan ke syurga yg lagi lurus dari rel keretapi? ;)

John Iverson said...

Amin...

Basuh Baju said...

hye balqisyy: student lg ke?

ps: baca blog ni buat insaf kejap ar.. :p

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamm ramadhan cek balqissy ittewww

rAtu saLju™ said...

jln2 sni smbil klik nuff..slm kenal balqissy

StingRay said...

aminnnnnn..... =)

DaliaLiyana said...

kerja pun ibadah..semoaga ramadhan kali ini lebih bermakna

Schalfyzcha said...

beautiful words.. subhanallah.. sure they come from ur heart kan? i feel you sis.. :)

anaklaut said...

salam...

terima kasih singgah anaklaut.:)

balqissy said...

encik ariff: haha ntah tak tau kategori puisi atau isi karangan. heh~

babypose: InsyaAllah tidak... lengah itu kerja mak limah kampung sebelah.

pengemis redha:iye2.sangat takut mati -_-"

faisal: kalau melancholic serupa chocolate, lebih sedap, kan? kan?

aliyannur: tacing seperti mengancing butang baju melayu? Oh. raya sudah dekat =(

budak pensel: life is gamble? tapi, judi itu haram? *peace bro* =)

balqissy said...

thumbnail: hye jugak =)
eh? assalamualaikum ^.^

syahrul helmi: erk?jarang naik kereta api. ada monorail. hoho

john: amin.. john panggil. sila pulang.
p/s: sama2 doa, ye... =P

basuhbaju: uiks? kejap je insaf? =p
p/s: -_-! itulah, belajar tak abes2. adesh!

en_me: bagus2. ingt kelemahan buat kita tgk kelebihan org. salam ramadhan jugewww.. =P

ratu salju: salam ratu.. =) suka nama itu =)

stingray: aminnn... balik la cepat. stingray plak panggil ni. glemer benar amin. -_-! *jeles*

balqissy said...

daliaLiyana: insyaAllah.. jadi, mari bekerja =) Oh, down! -_-! huuhu

schalfyzcha: kata hati yang diterjemahkan jadi kata blog. hehe~ untuk ingatan bersama, sis... ^.^

anaklaut: sama-sama. saya memang suka ke laut, eh pantai... =)

meo188 said...

wah... bestlah nukilan nie... :)

balqissy said...

meo: terima kasih daun keladi... ^.^

Faisal Admar said...

terfikir juga, kenapa ya ramai yang jadi sensitif dan melancholic pada bulan ramadhan.

kadang-kadang terfikir juga ramadhan sepatutnya menjadi bulan yang menggembirakan... bukan hanya pada sambutan hari raya :)

mungkin bulan ramadhan mudah untuk mendapat ganjaran yang berlipat ganda kot? :)

selamat berpuasa ye.

balqissy said...

aisal: melancholic tak semestinya bersedih, kan? sujud lebih menggembirakan hati buat ketika ini? melancholic lagi tak? hahaha

mynameisfahmi said...

touching r blog nii hehehee

khaLifah feDi said...

MAKASEH akan nasihat ini..
=p

white rabbit said...

best ayat2 puisi ni

faiq said...

jika suatu hari kau bgun dri tidur tanpa kepala..
tetapi masih bernyawa..
bagaimanakah?

balqissy said...

mynameisfahmi: blog boleh disentuh-sentuh? wow~

khalifah fedi: sama-sama kasih ^.^

white rabbit: puisi yang ditangisi. Erk?

faiq: jangan bangun dulu. teruskan bermimpi...

Dhamah Syifflah said...

adakah esok dapat melihat dunia lagi...

salam kenal...

balqissy said...

salam kenal... itulah~ jika kita takut dengan kematian, bermakna masih ada iman dalam diri, kan? alhamdulillah