Friday, September 11, 2009

Esok Malam Raya

Malam ini bukan mode jiwang. Dah tiga hari mode malas tahap melampau. Memang jiwa kusut. Kacau-bilau. Malas nak fikir, jadi *****

Betul. Fikiran bercelaru. Assignment tak siap-siap. Ada sampai 3 ketul assignment nak kena siapkan pagi esok. Lagi berapa jam sahaja lagi, tinggal? 2.3 jam sebelum 7 pagi. Sempat ke? Uish, sempat! Kita kena sentiasa berfikir positif, kan? Kan? ^.^


Esok malam raya! Harap semua assignment sempat siap. Esok malam dah nak panjat tangga bas, balik kampung. Malas nak drive balik. Karang musim-musim raya macam ni sibuk pula saya mengumpul saman. Yang masih berbaki lapan tu entah bila nak lunaskan -_-! Jadi, kita ambil langkah selamat, upah driver. Simple. Malam ni lepas jam 10.30 malam, ejas-ejas kerusi sedikit. Terus tidur. Kalau agak-agak penat sangat, tidur sampai berdengkur. Hahaha >.< (Tidak mengapa, bukan orang lain kenal pun =P)

Excited nak sampai rumah. Tahun ini dah plan akan ada banyak kek dan puding akan dihidangkan. Setakat ini, masih belum plan untuk buat open house, jadi datang sahaja pada mana-mana hari raya. ^.^ Kalau kamu semua tak dapat datang ke Terengganu, sila jemput saya ke open house di sekitar KL selepas pulang, baru saya bagi kek. Kalau tak, kirim salam. Oh! Hahaha (setakat ini, tak ada lagi jemputan open house. Sedih (T____T))

!!!!SELAMAT HARI RAYA!!!!

p/s: celaru sebab fikir terlampau banyak perkara. Doa jadi senjata sekarang, Harap didengari dia. Tolong hilang wahai harapan kalau ia tak kemana. Ameen...

.
.
.
Ameen.

7 comments:

Jard The Great said...

eh... awal nya nk ucap selamat hari raya.. ahahaha....

nnt jemput aku gi umah ek.. bile balik semula ke KL dan wat open house.. ;p

sharamli said...

oit..oit..
pastikan kek ngn puding tu buatan sendrik..

balqissy said...

jard: sebab kalau cuti, semua teknologi akan cuti juge =)
p/s: aku tunggu ko buat open house. budak ostel diharamkan buat sambutan raya di dalam dorm =P ahaha

sharamli: oh, itu sudah pasti =) *riak*

farah said...

raya tinggal beberapa hari je lagi.

selamat hari raya gak

:)

misz benida said...

slmat balik kg...
hihihi

meo188 said...

meh cini... abg meo leh tolong buatkan...

:)

balqissy said...

farah: itulah, x sabar betol >.<

misz benida: dah slamat sampai kampung ^.^

meo188: nak buat open house? silakanlah jemput saya.. hikhik