Monday, August 31, 2009

Esok 1 September

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Perghh. "Inilah semangat kemerdekaan yang kita mahukan." - kata Menteri-menteri sambil tersenyum melihat anak muda terkinja-kinja menjerit laungan merdeka sepenuh hati. Tapi, saya tak jerit pun. -_-! Satu perkataan merdeka belum terkeluar lagi daripada bibir saya hari ini. Kejam ke?

Maaf, bukan hilang semangat patriotisme. Tapi, entah. Mungkin kerana kita merdeka akibat negotiation, bukan kerana argumentation (pengaruh cerita Thank You For Smoking ^.^). Dan, saya jauh sekali untuk dikategorikan sebagai pahlawan yang memegang senjata mengusir penjajah zaman dahulu kala. Belajar matapelajaran Sejarah di sekolah pun cukup-cukup makan sahaja keputusannya. 


Yang saya tahu, sekarang saya harus merdekakan diri daripada kerja-kerja sekolah yang banyak ini. Huh?! Seronok sangat tenaga-tenaga pengajar itu memberi tugasan. Apa? Tak merdekalah anak Malaysia macam ini. -__- *kecewa* 

11 comments:

Firol said...

merdeka bila siap.
merdeka bile selesai belajar

bersabar le..hehehe

sharamli said...

0it..jgn mls2..
wat jgn xwat...

CAHAYA said...

Semangat merdeka bukan pada laungan atau jeritan. Cukup ucapan syukur dalam hati. Moga 'kebebasan' ini berterusan.

Selamat membuat homework. Belajar juga satu Ibadah. ;)

Razman said...

aku kelas sbtu ahad pun ada..x merdeka la cmni..huhu..nasib baek harini cuti..rse merdeka sket la..

faiq said...

semoga kau semakin berpatriotik.
aku tgk gak citer thank 4 smkg..
mcm x best je,sbb tu aku tgk x abes

meo188 said...

merdeka cuma bila kita di liang lahad.

hidup sentiasa penuh ngan cabaran

cuma kasih syg peneman dlm perjuangan

teruskan perjuangan

krn perjuangan kite belum selesai

balqissy said...

firol: belajar takkan habis. life is a learning of fact ;)

sharamli: sedang cuba. sedang cuba -___-!

cahaya: oh. ibadah itu amat susah, kan? kan? adeish...

razman: nasib kamu merdeka hari ini. *jeles*

faiq: perlu ke patriotik? =P citer tu best! ko layan dulu silakan~~

meo188: erk? kalau macam tu, mesti ramai yang xnak merdeka, kan?kan? >.<

Syahrul Helmi Mohd said...

ya antara menjadi nasionalis dgn humanis mana lebih baik? dua2 tu slalu becanggah tu... tapi kalo aku mati aku masih mahu mati di tanah ini. Hanya ulat 2 di sini saja yg aku rs berhak ke atas tubuh gua, hahaha!!!

balqissy said...

tak pernah terpk bout humanis dan nasionalis. mungkin kenangan manis lebih bahagia? heh >.<

p/s: insyaAllah, moga jasad kita ulat dimana2 pun tak sanggup jadikan makanan mereka. moga terpelihara olehNYA. ameen

@LiYaNNuaR said...

sgt puitis gitu... yanggg... tahniah yek... ti jgn lupa ngasik email...

balqissy said...

Aliyannuar: thanks akak. suka2 ^.^