Friday, August 21, 2009

HIlang.

Hilang.


Hari baru kini bermula. Matahari terik tegak di atas kepala. Tar terus membahang. Bayang-bayang membesar berskala 5:1.


Mata terus melilau. Menanti andai ada yang muncul. Menanti dengan penuh harapan. Berharap dan berharap. Mulut terkumat-kamit membaca doa dan surah yang terlintas. Sesekali mata dipejam rapat. Tak sanggup rasanya berada di ruang kecil ini melihat harapan orang lain. Sungguh, menangis pun tak mampu lagi.


Kuat! Aku harus kuat. Pandangan di alih pada wanita tua yang terperosok di dinding. Wajahnya gusar buat hati ini pedih. Lalu, langkah diayun perlahan mendekati dia. Mata kuyu itu sembab. Aku tahu, dia juga ingin kuat. Tak ingin menangis di saat ini. Perlu beri kekuatan kepada kami. Tapi, aku juga tau aliran air mata dia tak dapat di tahan-tahan. Rasa risau ini bukan di buat-buat. Bukan juga dipaksa.


Ku peluk dia erat. Biar dia lepaskan semuanya di bahu aku. Biar habis basah bahu aku. Lencun kemeja ini pun tidak mengapa. Cuma, tolong. Tolong hilangkan lelah dia untuk sekejap ini. Biar hati kami tenang. Oh, Tuhan. Oh Ya Allah. Harapan menggunung. Tidak, harapanku melampaui tinggi langit kali ini. 


Sihatkanlah! Selamatkanlah! Sembuhkanlah! Biar dia bernafas. Kau ambil semua kebajikanku, dan kau gantikan ia dengan segala keajaiban. Sihatkan dia, Ya Allah. Biar wanita tua ini tenang. Biar dia di dalam sana bersama-sama kami kembali.


Pelukan aku dieratkan. Sengaja beri kekuatan kepada kami berdua. Menggeletar setiap otot jari jemari. Sungguh, air mata ini sudah tak mampu aku titiskan lagi. Hati ini ku mohon kamu cekal. Sangat!


“Pap! Tup Tap Tup Tap”

Berlari kami menghala ke pintu bilik bedah. Tersembul wajah suram doktor.

“Maaf” Terus aku peluk ibu. Beban badan ibu aku tampung dengan badanku. Aku tahu dia tak mampu nak berdiri saat ini. Aku juga sebenarnya. Terima kasih Ya Allah kau pinjamkan aku kekuatan yang datang entah dari mana.


"Inna liLlahi wa-inna ilayhi raaji'un"


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah, 2:155-157)


Al-Fatihah buat ayah saudara saya yang amat saya kasihi. Kawan yang saya sudah anggap seperti kakak sendiri. Seorang rakan yang bersama-sama terutama di waktu saya sedang susah. Maaf tak dapat bersama-sama kamu ketika ini. Sangat terkilan. Namun, ada sesuatu yang tak dapat dijelaskan. Cuma, kamu harus ingat. Doa kami sekeluarga bersama-sama kamu sekeluarga juga.


Rakan-rakan, tolong luangkan masa kamu 5 minit untuk sedekahkan Al-FATIHAH untuk arwah: Alaf Din Md Din. Jika berkesempatan, sila sedekahkan surah Yasin dan tahlil kepada beliau juga. Harap  pertolongan kamu di rahmatiNYA.


p/s: cerita di atas hanya rekaan. Tapi, itu yang saya dapat bayangkan perasaan kamu ketika itu. My dear sis, both of us know that you are stronger than me. I’ll be around for you. Please don’t worry. U’ll be allright. Aja!!! I love you.


9 comments:

CAHAYA said...

Alfatihah. Takziah buat kamu dan keluarga arwah.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati..." - Al-i-'Imran (185)

sharamli said...

alfatihah...sem0ga arwah bp saudara kamo0 ditempatkan di kalangan 0rg briman..aminnn

Meooo Comicore Club said...

sedih siot... mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

al-fatihah.

Encik Ariff said...

aishh.
sabar sj la.

helang timur said...

alfatihah. mereka yg bnyawa, pasti merasai mati. jika mereka sudha pergi..kita bila lagi?

my dear sis,sorry x dpt tolong. saya sgt sibuk dalam beberapa minggu ini. dgn masalah personal yg tgelam timbul buat sy lemah. :(

Firol said...

kena time 2 puasa pulak tu....

balqissy said...

cahaya: akan saya sampaikan pada keluarga arwah.

sharamli: moga-moga. sama-sama kita doakan,ya

meo188: terimak kasih. al-fatihah.

encik arif: harap mereka kuat hadapinya.

najihah: selalu terfikir tentang kematian sekarang ni. risaukan amalan.

firol: itulah~ pasti sayu sangat time raya nanti ;(

helang timur said...

sempena bulan ramadhan nih. jom top up amalan kite. hehe.

p/s: akak duk um erk? amik kos ape? kawan2 sy rmai kat situ,

balqissy said...

yeah. top up dan buat benda baru juga. =)

p/s: aah. dalam bidang ekonomi. najihah leh check kat facebook akak je =) oh, kawan ramai? kat mana? boleh kenal2 kan? :P