Saturday, August 29, 2009

Inilah Saya Yang Gedix?

Hurm~ mungkin pelik bila saya bercerita mengenai diri sendiri di sini. Apa hal sebenarnya? Promote? Diskaun? Eh, maaf. Tiada kena mengena pula.

Ok, saya tahu manusia ni banyak ragam. Dan, saya memang suka lihat ragam orang lain. Tapi, mana boleh kita pertikaikan, kan? Itu kan hidup manusia dia. Ada yang kompleks, dan ada yang normal. Mana kita nak tahu kalau kita tidak kenal dia itu bagaimana dalamannya.

Berbalik kepada cerita saya yang gedix. Kalau kamu semua pernah membaca blog saya, melalui penulisan ini mungkin ramai yang beranggapan saya sangat serius orangnya. Saya tak salahkan kamu. Memang saya ini serius pun orangnya. heheh Disini. Maksud saya, melalui penulisan. Jika kamu tiba-tiba terjumpa saya di luar daripada ruangan blog ini, rasanya sangat-sangat lain personaliti. Lagi sekali, saya mahu terangkan, saya bukan nak menipu sesiapa. Atau menjadi talam dua muka (betul ke peribahasa yang digunakan ini?), tapi memang saya macam ini.

Ada banyak sifat dalam diri. Kalau boleh, biarlah blog ini tempat saya menulis dan meluahkan ia ke dalam bentuk yang lebih matang. Kerana, sifat saya di luar lebih kepada keanak-anakan. Sangat! Sangat suka bergelak ketawa. Sangat tak suka melihat orang lain bermuram durja. Kalau dalam blog pun, mahu menulis seperti gaya yang sama, mana saya nak muntahkan pemikiran dewasa saya, ya?

Lagi satu, saya ini orangnya tegas. Tapi, tak semua benda. Dan, sungguh. Saya tidak pandai marah. Paling kuat kalau saya betul-betul marah pun, saya suka lepaskan marah dengan menjerit sekuat hati. Bukan menjerit pada orang itu, tapi biasanya pantai yang jadi adegan pen-jerit-an. Pernah tak kamu semua di marah? Saya tak selalu, tapi pernah lah. Kalau saya sedar yang saya salah, saya akan meminta maaf. Ikhlas. Sungguh! Dan, biasanya jika di marah, saya juga akan tergelak semasa adegan itu berlaku. Paling kurang pun, tersenyum. Tak tahu kenapa. Pelik, kan?

Kalau itu bukan silap saya, tapi di marah juga, saya memang pantang benda ini. Tapi, saya tak akan marah dia balik. Cuma, biasanya saya akan gelak dulu. Dengar dulu apa yang dia nak cakap. Then, saya tanya balik. Apa logiknya marah saya? Apa silap saya sebenarnya? Dan, sungguh! Saya akan bercakap sambil tersenyum. Itu sifat saya. Senyum! senyum! Adeish!

Jadi, cuba bayangkan jika anda orang yang sedang marah saya itu, mesti kamu rasa saya seperti mengejek kamu, kan? Tapi, tidak! saya sebenarnya tak ingin mengeruhkan keadaan. Api jika di simbah api, pasti lebih marak. Sifat tersenyum saya itu kadang-kadang disalah anggap gedixxx. Saya ikhlas sebenarnya. Ikhlas betul dalam meminta maaf. Ikhlas dalam cuba mencari penyelesaian. Tapi, di salah anggap. -_-!

Jadi, bagaimana harus saya lakukan? Adakah perlu marah-marah balik? Barulah macam orang normal lain, dan tidak dianggap gedik lagi, kan? Eish! (0_o) Tak naklah. Tak seronok langsung marah. Mana co0l? Kan? ^.^ So? What should I do? This is me!!! *sengih*


Apa-apa pun, sebelum ini, banyak entry yang berupa mengingati mati. Kita memang seharusnya mengingati mati. Itu bagus. Jadi, sila jangan buat-buat lupa, ya kawan-kawan. Tiba-tiba kali ini karangan autobiografi pula. Heh~ Di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf lagi sekali jika ada yang terasa, sungguh. Jika manusia tak maafkan manusia lain, tak tenang roh saya nanti. InsyaAllah, dosa-dosa kamu pada saya, saya doakan pada Allah untuk dimaafkan. Semoga hati-hati kamu juga terbuka untuk memaafkan saya.

-balqissy yang gedix ^.~



26 comments:

sharamli said...

0k la tu..kal0 marah trus jerit..

kal0 0rg..asal marah je nak nangeh..

meo188 said...

wah... sapelah yg ckp cenggitu tue? Jeles kot.

Btw, bulan Ramdahan lebih manis dari cinta pertama...

take care

:)

faiq said...

duduk kt mane2 yg ramai org.
pastu ragam org sekeliling..
seriyes seronok

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

aku tau ko gedix..ingat kite penah collect data sama2 kat HKL? hehe..

faiq said...

rep: btw..bkn aku buat lirik tu..kalo aku yg buat..x sejiwang tu..haha

balqissy said...

sharamli: at least kita tak marah2 orang balik, kan? kan? simpan sorang -_-! hahaha

meo188: ramai~ mungkin benar saya ni gedix.hehe ^.~
take care jua...

faiq: oh, feveret! memang suka buat kerja cam gitu. ^.^

naddy: erk? testimonial dari kawan-kawan -_-! eh, kat hkl tu bukan namanya gedix. saya kan ramah orangnya. =P

balqissy said...

faiq: haha~ kalau ko buat, pasti lebih jiwang? kata gurly. auwwww! (0_o) haha

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

umi la..kawan aja..ingat tak?

dark said...

gedixx tu ape? adess..hehehe..

CAHAYA said...

susah woo nak kontrol marah. selalu Cahaya main bagi je. perlu belajar bersabar lepas ni.

Monkey D Luffy said...

keanak-anakan tu comel gak

DaliaLiyana said...

org kata kalau marah kena duduk..tak leh duduk baring...tak leh gak..tido je la...hehehe...
takpe2...sabar k...sabar separuh dr iman..:)

en_me said...

gedixx ghitewww..

Firol said...

gedix-gedix manja...

memaafkan semua manusia sebelum tidur Rasulullah selalu buat

balqissy said...

naddy: oh, umi? x sangke jumpa balik. seronok2! (gedix)

dark: gedixx ialah sejenis kuih yang di makan semasa ramdhan sahaja. sekian. ^.~

cahaya: berterus terang itu bagus, kan? :p

luffy: *blush* jgnlah puji kat sini. malu (gaya gedix nyah) heh~

dalialiyana: sila ambil wudhu'? tapi, kadang2 bila marah terus lupa. -_-!

firol: InsyaAllah. akan sentiasa amalkan ^.~

khaLifah feDi said...

emm kamoo bintang aper?

balqissy said...

err. taurus. kenapakah?

Budak Pensel said...

meluahkan perasaa betul nie...

joegrimjow said...

jadi hipokrit kat blog bley?

::cik kikiLaLa:: said...

balqiss..for me u are not gedix..you r not bad because u just so sweet...bagus la tak suka marah2 and suke smile cz nnt muka pun manes,,,kata orang tua - awet muda gitu..hihi...

and yea.. agreed with you..kadang-kadang hati kita tak sama dengan ekspressi kita i mean in virtual word,,

but the words which come from our heart speak louder than our expression. it will reflect our true personality...betul..tak tipu..cz i believe it..hihi..and i can c it..bukan kah we always heard dont judge book by its cover,,hihi

smile a lot dear!!hihi

monkibizniz said...

hi nurul. to be honest, before kenal ko dlu aku pn rase ko gedik. sebab ko suke gelak2 sengih2.. ciri2 gedik di situ. hehe.

tapi then aku duk satu fakulti n satu kolej ngn ko. ko bukan gedik. ko ceria.

n ko buat org lain pn ceria. that's good :D

my 2cents: be urself. dont fake.

bokbon said...

gua rasa kalu lu tahu gua yang realiti pun mesti lu tak percaya, gua ni orang putih, ada kereta sport lagi. hah..ha..

tapi susah jugak ye nak bayang lu dalam sini dengan lu luar sana, apapun bagus la semua tu..

Basuh Baju said...

takde hal la..aku jgk begitu..di blog nmpak macam serius..tulis benda berat2..tp in reality, aku tak berat pown..hahaha

balqissy said...

budak pensel: mencari penyelesaian sebenarnya =)

joegrimjow: orang lain, suka hati. for me, ini diri sendiri. pergh~ tiba2 nak serius dan tegas? ahaha

cik kikilala: heheh~ tak gedix, tapi sweet. alahai~ ni yang malu ni.. eheheh~ >.<

monkibizniz: nasib baik ko cover ayat kat bawah tu, kalau tidak... =P

p/s: aku memang tak suka fake mahupun hipokrit. sangat!

bokbok: ada kereta sukan? orang putih. caye je. x sume orang kaler dia hitam. kan? kan?

basuh baju: masih lagi nak pikir kamu ni memang berat daripada saya walaupun di luar. tak leh beat punye berat kita. *riak* ^.^

StingRay said...

cuba jerit kat dalam dewan exam.... =)

balqissy said...

pergh~ kang siap ada echo melampau plak . ahahaha