Wednesday, August 26, 2009

Tanda-tanda Kematian.

Tanda-Tanda Kematian


100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu. 

p/s: Maaf, sumber kenyataan di atas tidak dapat saya ingat lagi di mana kerana telah lama disimpan dalam simpanan. semoga jadi iktibar buat semua. ^.^

15 comments:

CAHAYA said...

good info. ;) thanks for sharing.

Budak Pensel Yazid said...

Semoga penulisan anda yang baik di Ramadhan ini menjadi sebahagian daripada amalan yang berganda pahalanya di akhirat kelak..

Teruskan menulis entri yang bermanfaat.

balqissy said...

cahaya: ingatan bersama =)

budak pensel: insyaAllah.. ameen =) sebagai persediaan di alam baru. hehe

en_me said...

salam ramadhan akak balqissy itteww..

balqissy said...

en_me: salam ramadhan =)
eh, sila panggil saya adik. (baru berusia setahun jagung *wink2*)

dark said...

kita xkan sedar..ibarat soklan cepu mas yg selalu d baca selepas talkin, siapa tuhan kamu?etc..kita taw jawapan di dunia, tp, belum tntu dpt mnjawab nnt di sana..semoga yang baik utk kita semua..amiiin..salam..

balqissy said...

dark: ada hamba-hamba yang terpilih akan sedar tanda2 tu terlihat atau dirasainya. InsyaAllah, kita antara insan2 terpilih. ameen ^.^

Basuh Baju said...

fuh- meremang bulu roma..

ingatlah mati kerana ia pasti dtg..

Firol said...

Setiap bernyawa pasti akan mati.... sedang nabi pun seringan-ringan sakit matinya inikan kite nipis iman.

DrSam said...

apabila hati lembut dan senantiasa menngingati mati, maka menangislah syaitan durjana.

Semoga tazkirah yang bermunafaat ini dapat meningkatkan keimanan kita, terutama dibulan yang mulia ini.

laki cikgu kimia said...

aduh. menginsafkan..

balqissy said...

basuh baju: mati itu wajib. cuma, entah bila. jadi, harap kita bersedia, InsyaAllah.

firol: itulah... hanya mampu berdoa agar diberikan kemudahan mengucap semasa tiba masa. ameen...

DrSam: InsyaAllah, Doc. dan moga ia lebih meningkatkan amalan kita untuk persediaan alam seterusnya.

laki cikgu kimia: aduh! memang sakit. menkutkan, tapi pasti. sakit, tapi nikmat sebenarnya jika kita sedar..

StingRay said...

hoh...dah balas komen.harap jelas. =)

Rehan Who said...

nurul: mekaseh sbb post entry ni. aku perasan tanda2 7 n 3 hari sblm kematian tu waktu sorg family aku sakit aritu. tp aku diamkan. sbb aku x nk percaye. n org lain tntu xnk dgr hal mcm ni waktu2 y sakit tibe2 makin pulih. aku harap rohnya aman disisi Ilahi.

balqissy said...

stingray: oh, rupanya salah fahaman. maaf ^.^

monkibizniz: sama-sama. ini untuk ingatan diri sendiri juga. heh~ oh, faham2. susah kita nak cakap pada dorang, kan? risau tersilap tengok pula,kan? but, semoga sampai hari kita nanti, kita sendiri dapat tersedar dan bersedia, InsyaAllah. =)