Ku jaga Kau di hari tuamu,
Andai panjang usiaku . . .
Pembuangan bayi semakin berleluasa di Malaysia? Atau baru sahaja diketengahkan oleh pihak media? Kalau dahulu, ramai yang menutup aib dengan menyembunyikan perkara sebenar, tetapi sekarang media cuba melariskan penjualan akhbar dan berita dengan cerita-cerita sedih begini. Tapi, inilah manusia. Kita harus berdiam diri supaya tidak dikata menjaga tepi kain orang kah? Atau kita harus ambil tahu sehingga dikata penyibuk kah?
Berpada-pada lah sayang . . . Ambil tahu, bukan tujuan untuk mengutuk dan membebel sahaja. Tidak ambil tahu, bukan bermaksud membiarkan apa yang haram menjadi halal. Oh, berbalik kepada kes buang bayi ini. Saya rasa tiada yang sokong perkara seumpama ini berlarutan. Hatta si ibu yang buang bayi itu pun mungkin mimpinya diganggu hampir setiap malam akibat kekesalan. Tapi, sejauh mana kita sebagai umat Islam harus memandangnya?
Tidak dinafikan, kebanyakan bayi yang dibuang ini ialah keturunan Melayu. Apa dangkal sangat si Melayu ini berfikir? Atau mahu salahkan kerana kamu Islam, jadi malu kerana telah melahirkan anak luar nikah yang pasti akan dikutuk oleh manusia-manusia seagama yang lain? Oh, malas saya mahu bincangkan tentang agama dan kaum di sini. Kerana, memang terbukti asas pembuangan bayi ini adalah perbuatan zina yang memang di haramkan dalam Islam.
Saya ingin melihat kepada sistem pengadilan di Malaysia. Kenapa apabila berlakunya pembuangan bayi, kebanyakan berita akan mencari si ibu yang melahirkan bayi dan bertanggungjawab membuang bayi tersebut? Ya, ini betul. Tapi apa yang salahnya adalah apabila hanya ibu yang bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Apakah??? Sedangkan, kalau bertepuk sebelah tangan, pasti tak akan berbunyi. Kenapa si lelaki yang sepatutnya menjadi ayah itu ditinggalkan dengan bersenang-lenang? Bagi saya, perkara ini disimpulkan daripada salah kedua-dua pihak kerana terlampau mengikut nafsu serakah. Namun, rentetannya mungkin kerana si lelaki tidak mahu mengambil tanggungjawab yang telah terbentang di hadapan mata akibat kesalahan mereka tadi. Tinggal si gadis terbangak-bangak memikirkan nasib diri. Sudah jatuh, ditimpa tangga. Sudah bersetubuh, ditinggalkan pula.
Mungkin kerana Singapore bukan negara Islam, jadi mereka ada undang-undang yang membela nasib ibu yang tidak dikahwini dan anak yang tidak punya bapa dan tidaklah mengikut aturan syara'. Jika anak itu lahir di luar nikah, bapa kepada anak itu wajib memberikan nafkah wang ringgit sehingga anak itu berumur 18 tahun, walaupun si bapa tidak hingin berkahwin dengan si ibu. Kenapa Malaysia pula, dikatakan negara Islam tidak mengambil langkah serupa dan mengubahsuaikan dengan lebih bijak? Sekurangnya, nasib anak terbela, bukannya lagi membebankan nasib si ibu yang sudah lama terpijak.
Bukan mahu salahkan kepimpinan negara. Bukan juga mahu mengadili sistem pengadilan negara, tetapi hanya memberikan pandangan. Mungkin sistem negara kita terlebih demokratik. Melihat secara telus dalam setiap aspek? Mungkin ramai lelaki yang berfikir seperti ini.
Jika berlaku pada kita, apa akan jadi? Andai anak lelaki kita yang jadi punca, apa akan jadi?
Entah! Tapi, kempen "kami Prihatin" ini mungkin satu langkah kecil yang boleh berjaya. Kerana, tanpa dinafikan juga, artis ramai yang jadi idola. Sekurangnya, kamu tahu artis kamu tak suka kamu buang bayi, atau boleh beri bayi kamu ke mereka. Kalau saya cakap, mungkin tak ada siapa yang nak dengar, kan?
*wink*
p/s: lagu ni sedih T.T terutama part Adibah Noor nyanyi rangkap kat atas tu. =(
3 comments:
dalam sibuk2 sempat menulis eh :D
all the best
i feel you. it's just saddening seeing this. headlines of newspapers are screaming disposable babies like everyday. i hope it can still be fixed, our community.
hey, you're one of the readers of my ig and nina chapter. =)
my new chapter is out.
here:
http://scribbledmaxness.blogspot.com/
Aalim: terima kasoh, walaupun lmbat sikit =p
Nyna: theres a trend for a headlines. Its time for erm barney's politic? Ops!
Post a Comment