Wednesday, October 28, 2009

Saya Tua? Takkanlah~~~Haish.

" Kak qissy, nanti tolong tengok benda ni kejap, ye"

" Adik, bagi kopi ais kaw satu, okeyh?" kata cik balqissy dengan sopan.

" Akak, tolong bagi saya kasut ni size 4, ye" Balqissy berkata dengan nada serba salah.

Biasa dengar tak dialog akak dan adik? Oh, kalau dulu pergi kedai mana-mana, jumpa jurujual perempuan, mesti terus panggil akak. Confirm!  Sekarang, risau. Kang panggil kakak, rupanya budak lepasan SPM, yang baru berumur 18 tahun sahaja. Kalau panggil adik pula, wajah macam nak sebaya ( sweet 17 teen) ^.^.

Makin hari, makin ramai yang suka-suka panggil saya akak. Apakah? Iya. Iya. Saya tahu itu panggilan hormat untuk yang lebih TUA. OH!! Jadi, adakah saya sudah tua? Setakat TUA satu hari, takkanlah nak panggil akak, kan? Oh, tolong!

Tapi, kadang-kadang tak suka jugak kalau orang pandang semacam bila tak tahu umur kita. Contoh bila ada urusan rasmi. Pergi kat kaunter, mereka buat muka macam nak layan budak darjah satu. (tahulah wajah saya cute), tapi cubalah layan manusia sama rata. Bila dah ternampak kad matriks (ok, saya skema ^.^) baru nak gelabah buat kerja.

So, confused! Nak jadi orang tua atau muda? 

Hurm~ 

*berfikir dengan serius*

Baiklah!!! Saya mahu jadi dewasa yang seronok! ^.^ Biar usia meningkat, fikiran matang, tapi bukan bosan. Oh, dewasa yang seronok! 

*excited*

Seronoknya~ Lalalaalala~

24 comments:

DrSam said...

hi...hi...selalu juga tersashul sebab perasaan muda, asyik panggil semua jurujual kakak aje. Namun biarpun usia sudah meningkat, biar tubuh badan serta minda sentiasa muda. Tak gitu?

oranglidi said...

dik nurul! hehe.


rilek2 je. kak nurul kn muda2 selalu. hahaahahha.

Puan Ninie said...

heheheh
saya pon nak jd dewasa yg seronok gak..kdg2 tu best bile org ingat kite muda dari usia..

kdg2 tu nyampah beb bile tgk muveee minta ic...WTH!!!hahahaha
ingat akak ni under age ke??

Faisal Admar said...

saya nak sentiasa nampak muda sebab hati saya sentiasa muda :)

tak suka bila orang cakap saya tua! haha.

Razman said...

situasi adk akak aku jrg gne...tp time klu g kdai mkn, xkre la tua mne mcik tu, aku pgil akak je...kopem dpt murah..

CAHAYA said...

panggilan akak adik abang kat kedai biasanya tanda hormat, dan bukan tanda tua atau muda. takpun guna je 'u' 'awak' atau 'kamu'.

Cth ayat:

U buatkan saya kopi ais kaw satu.
Awak buatkan saya kopi ais kaw satu.
Kamu buatkan saya kopi ais kaw satu.

hehe.

mynameisfahmi said...

ia hanyalah gelaran sbg tanda hormat.papepun,jiwa dalaman kena muda!!

balqissy said...

DrSam: betul2.. eh, jap. Doc pun tersasul? Waaah~ hebat ^.^

oranglidi: sila panggil adik lagi sekali. saya suka ^.^

miez sha: haha... lain kali bawa surat beranak bagi dia.

faisal admar: gotcha! kami manusia memang muda!^.^

razman: itu tips paling berkesan setakat ni. Haruslah praktik. hahaha

cahaya: wah, dah jadi macam belajar bahasa melayu ^.^

fahmi: jiwa mode: dewasa yang seronok =) keh3

Nadiene said...

slagi aku student, aku panggil org laen tetap akak n bro.. tapi kamu??? oohOHOh

Unknown said...

biar tua umur tapi muda hati..hehehe

Azuan said...

kamu memang tua haha.

oranglidi said...

dik dik dik!

dpt emel x? nk link psrta sngapore aritu. (link fesbuk ke ape ke..)

Adila said...

hehehe kalau sy la kan, sy hentam panggil akak aje walaupun org tu nmpk muda dr sy or.. kalau sy nmpak dia mcm baya sy je

rAtu saLju™ said...

umo ko bape ae balqissy?..ekeke...akk or adeq?..ekeke

Firol said...

hantam saja jangan panggil hoi ,weii sudah...

Sharif John said...

Pernah jgk org panggil pakcik.... tersentap gile

Faisal Admar said...

terus rasa macam nak nyanyi forever young!

faiq said...

ko mmg tue pun la...
hahaha..

weyh cam best jer trip singapore ko..huhu

silentshutter said...

haha..pmpn mmg cpt matang pn,huhu..akak?haha..gudluck la bli produk utk memudakan dri anda, jgn botox sudah

sharamli said...

hai nenek..ha3

Budak Pensel Yazid said...

bantai je, kalau dia pandang, betul la tu..hehe

balqissy said...

fid: ellop, saya juga student, okeyh -_-!

naddy: nak umur muda, jugak. hoooho hhaha

manusia: muda dari mak saya ^.^

oranglidi: ok, baru tengok. hoho sorry =(

adilla: kena belajar panggil adik, baru dpt diskaun ^.^

ratu salju: xpe. a\xyah tau umur. panggil je adik. heheh

firol: nama dia bukan hentam.

shariff: erk? *terkedu*

faisal: jom karaoke!

faiq: apakah? ko lagi tua, ok ^.~

silentshutter: baru nak buat appointment botox. nak joint? ^.~

sharamli: hye moyangku hahahah

budak pensel: nama dia pon bukan bantai -_-!

fndrocka said...

aku kalau keluar ke KL..

kalau pakai compang camping org panggil adik

bila pakai kemeja, dgn slack..orang banggil ENCIK

balqissy said...

fndrocka: oh, kesian xde orang nak panggil abang ;)