Tuesday, October 27, 2009

Bukan Pelawak Original

Saya jadi hairan.

Situasi 1:

Sedang duduk-duduk di kerusi, sambil sembang-sembang kosong, roomate saya, lebih dewasa sedikit berbanding saya suka cakap " Nurul ni lawak lah". Saya terpinga-pinga. "Apakah?" kata saya dalam hati. Serius, saya langsung tak buat lawak.


Situasi 2:

Melintas jalan adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila melaui jalan yang sibuk. Jadi, kadang-kadang saya suka melintas jalan begitu sahaja tanpa mempedulikan kenderaan lain dengan harapan mereka akan mempedulikan kesejahteraan body cute saya ini. Selaluny, akan ada hon yang panjang, yang menyebabkan saya jadi terkejut. Tapi saya rasa mereka bunyikan hon tanda gembira, kerana biasanya mereka suka mengajuk mimik muka saya yang terkejut daripada menghamburkan perkataan marah. Jadi, saya pun turut gembira dapat melintas jalan dengan selamat dan menggembirakan orang lain. ^.^

Situasi 3: 

Apabila bersembang-sembang, saya juga ingin buat semua tertawa dengan lawak saya. Kan kakak roomate saya kata saya ni lawak (sila rujuk situasi 1), tapi kadang-kadang tiada yang sedar saya sedang buat lawak. "Apakah???" Tiada gelak. OH! saya jadi malu. *blushing in red* 

Situasi 4:

Kah Kah Kah... Melampau pula mereka ni bergelak ketawa. Saya turut gelak. Tiada lawak yang dikeluarkan tadi rasanya. Hanya kata-kata biasa yang jujur.

Kesimpulan: jadi diri sendiri sudah cukup gembirakan orang lain ^.^ Mungkin rupa yang cute pun sudah boleh buat orang gembira. Kan? Kan? 

17 comments:

laki cikgu kimia said...

lawak lo aras tinggi kot x semua peringkat IQ dapat tangkap..

Firol said...

kena dgr dulu ni..

sharamli said...

nak jgk perasan dy kiut erk....

Dari Jalan Kopi said...

kamu ni cute ke?
bolih kita berkenalan.
kahkahkah.
kan.

fiD said...

saye ade member macam kamu,, memek muke saje dah leh wat lawak,, ooHOHOoOhohoh

balqissy said...

laki cikgu kimia: nasib baik kata lawak kelas tinggi. kalau kata kelas rendah, mungkin hati cute ni terasa. haha

firol: tak sempat nak rakam -_-!

sha: saya hanya berkata dengan jujur, sha. sila terima. ^.^

dari jalan kopi: *blushing*
ni contoh tiada lawak, tapi bolih buat orang gelak? kan dah cakap... -_-!

fid: tapi, wajah saya cute...^.^

oranglidi said...

lame x dgr cite. ehehe

ya. anda mmg lawak.

time nrul nk trjatuh time jalan2 kt shah alam aritu mmg lawak. gelak sorang2 plak tu. hahaha..

satu lagi, MAKAN ROJOK KAT DANGA BAY tu serius lawak! hahahaha.

balqissy said...

orang idi: oit2! ni apa cerita kat orang rahsia kelas tinggi ni??
hahaha

StingRay said...

umm....emmm.....soalnya....




adakah anda cute?

balqissy said...

stingray: cukup cute macam buah strawberry ^.^ hahaha

fndrocka said...

izinkan saya menatap rupa kamu yg khabarnya cute.

aku berpegang pada kata2 :realiti itu pedih..dan kelakar pada masa yg sama

balqissy said...

kalau tunjuk rupa, itu tidak dinamakan perbuatan cute. oh!

sokong3! realiti bila dah jadi sejarah boleh buat kita gelak. haha

oranglidi said...

hahaha.. rahsia plak dah.. rilek2 je. hehe. pegi x cameron dgn bro john?

balqissy said...

oranglidi: oh, bilakah trip? tidak tahu pula...

aiMi`s said...

ko memang lawak la nurul.. hehee

balqissy said...

aimi: ko bace semua entry aku ke mi? terharuuuunye~ *sob3*

aiMi`s said...

dah lame x singgah masuk blog ko.. dapat gak aku gelak sakan..