Ha, sepanjang-panjang saya membaca blog orang lain ni, banyak pula saya tengok blogger yang buat contest dan bagi hadiah kepada readers mereka. Seronok, kan? ^.^
Alhamdulillah, saya pun dah cuba masuk contest diorang ni. Pernah menang dua kali. Dah dapat hadiah pun, terima kasih. Moga kamu di murahkan rezeki, ya... =)
Jadi, saya pun nak bagi hadiah juga kepada pembaca-pembaca blog saya. Tapi, saya tak pandai buat contest. (malas nak berfikir sebenarnya =P) Jadi, kebetulan 17hb Oktober ini, group kami ada buat lawatan ke Singapura lagi. Masih ada 6 tempat kosong.
So, saya nak bagi kepada sesiapa yang awal book. Saya nak sponsor semua, tak cukup duit =(, tapi saya sponsor sikit2, maksudnya saya bayar separuh, kamu bayar separuh. nak?
Standard price dia dari
KL-Singapore-KL Harga RM145. Kali ni, saya dah book semua yang 6 tempat tu.
2 tempat saya bagi kamu pergi free. (seorang blogger boleh cop 1 tempat shj)
:update ( 12/10/09)- dah di cop oleh orang lidi dan kuda kertas
2 tempat perlu bayar RM78.
:update(13/10/09---> 2.44 a.m) dah di book oleh ruhi_hayat dan basuhbaju.
2 tempat perlu bayar RM98.
Saya akan anggap kamu cop tempat tu melalui kedudukan komen, ya.
Jika kamu sudah ada passport, lebih elok. Jika tiada passport, nanti saya cuba untuk uruskan. Kita bertolak daripada Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya @ Seksyen 7, Shah Alam (mana yang lebih dekat dengan kamu) pada hari Jumaat (16 Oktober) pada jam 11 malam. Dijangka sampai di KL balik pada hari Ahad, jam 6pagi.
Siapa-siapa yang nak pergi, sila tinggalkan alamat email kamu beserta perkataan "Saya nak seat tu". Nanti, saya contact kamu direct. =)
Saya harap semua pembaca blog saya jadi seronok bila saya cuba nak hadiahkan kamu sesuatu. Nanti, kita boleh bercuti bersama-sama. Yippie-Yay-0o00!!! ^.^
Cara-cara komen yang akan di kira:
" Saya nak seat itu. email: contoh: (anime_travel@yahoo.com)"