Monday, April 5, 2010

Acting!

Mungkin ramai yang tidak tahu saya pernah terlibat dalam bidang pentas untuk satu ketika dahulu.


Ops! Saya bukanlah pelakon filem mahupun drama. Tetapi lebih kepada teater. Dan, sekadar untuk suka-suka. Banyak benda yang kita boleh belajar dalam pementasan teater. Oh, saya tidak tahu tentang orang lain. Tetapi, bagi saya sendiri, di situlah tempat saya belajar untuk perkukuhkan keyakinan diri sendiri. Belajar bagaimana untuk bercakap lemah lembut, tetapi kuat. Ya, kerana pementasan teater sebenar tidak menggalakkan penggunaan mikrofon. Belajar untuk memahami kehidupan dan masuk ke dalam setiap diri manusia yang berbeza. Supaya, kita lebih mudah faham apa yang akan orang lain rasa. Ya, belajar untuk tidak pentingkan diri kita sendiri.



Pada awalnya, saya terpilih untuk menyertai pasukan teater peringkat UTM (Universiti Teknologi Malaysia, Skudai). Projek awal kami ialah untuk Makum, di Universiti Malaya. Dah lupa tajuk teater yang dipentaskan. (Lama sangat dah. hoho) Dan, malangnya penglibatan kami tidak mendapat tempat sebagai johan. Tetapi, tidak mengapa. Belajar daripada kegagalan itu penting, kan? Selepas itu, saya diserap masuk untuk terlibat dalam aktiviti teater di Johor. Sangat berguna kerana berjaya bekerja di bawah arahan Khalid Salleh dan Sani Sudin (Kopratasa). Mereka sangat professional, tetapi sangat rendah diri. Dan, Sani Sudin, he is such a bully. Hahaha Ye la, siapa suruh selalu kecik dan buat silap, kan? :P


Setelah meninggalkan dunia pentas pada tahun 2008 untuk menumpukan kepada pembelajaran (kunun-kunun), saya jadi senyap sunyi daripada dunia itu. Bukan tiada hati, tapi entahlah. Sibuk, kot? Dan, beberapa hari lalu tiba-tiba saya teringat kembali that good old days, fun and exciting moment ever, kot. Dan lagi, hari ini dengan tidak semena-semena, saya dapat tahu yang Makum 2010 akan berlangsung pada Jun ini. Whoah, macam nak turut serta, rasanya tak susah kerana masih ada rakan yang aktif di dunia sebelah sana. Boleh jadi sangat nostalgia, kan?


Tapi, takut juga. Kalau dunia sebelah sana akan menarik saya untuk menjadikan diri saya yang saya tak nak jadi. Eh, bukan. Bukan nya saya nak jadi pelakon. Kali ini, saya lebih seronok bekerja di belakang pentas, kot. Tapi, itulah. Dunia sana berbeza. Kalau hati tak kuat, mungkin terngadah. Eh, jap. Bukan teruk sangat pun. Hahaha Saja nak buat suspens. Tapi, lari sikit dari saya yang sekarang. Heh~


Dan, saya masih ingat satu ketika dahulu. Masa saya sedang perform di satu tempat, boyfriend (sekarang ex-boyfriend) saya datang menyaksikan pementasan. Habis pementasan sahaja, dia bertanya.

" Mak kirim salam. Awak nak jadi pelakon eh, nanti?"
" Eh, tak tahu lagi. Kenapa? Awak suka eh saya jadi pelakon?" Saja saya nak layankan.
" Mak tak bagi kahwin dengan pelakon." Haha kami ketawa bersama. **


Tak lama lepas tu, kami pun break-up. Sekian. =P

So, perlu ke joint teater lagi? Dah ada boyfriend pun boleh break-up, kalau tak ada, nanti lagi susah nak cari calon ni. Heheheh Tapi, hurmmm...

P/s: *1. saya bukan pelakon, okeyh. =D
** 2. dialog diatas disunting kerana ingatan saya sangat blur.

Sekian.

7 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Luffy said...

tu ker yg 5 tahun lalu tu? hehe

p.s: apa khabar ko?

Adila said...

walla!
kalo sker, join aje
bes ape

mane tau join teater kali ni terjumpa the right guy ke? haaaa~

Queen said...

teater memang banyak bagi kenangan kat saya...rindu nak berlakon teater lagi..

ingat lagi dulu Mek Salam Pantai Timur datang masa kami buat latihan utk ke final. Walaupun tak menang (sebab kononnya ada scene yang TERLAMPAU)..tapi saya gondol kejuaraan 2 kali sebagai pelakon perempuan terbaik peringkat negeri.. Manis sangat kenangan tu..

Nadiene said...

futyooooo. kaki pentas ni...

nape x teruskan?

alhariesz said...

pnah gak join drama class...part of universiy requirement...dak literature... :D

final showdown, kena bawak watak Sir Vessel...naskhah ori beb...HOHO

mmg, teater bagus untuk ekspresikan diri...sape2 yg low confident & self-esteem tu, try la...pasti akan lebih berani darpd biasa...bila spotlight dah hentam kat muka.... tak malu ape dah...

HAHAHAHAAHAHAA

balqissy said...

kapten: haha syyhhhh... *wink*
dah la main delete2 komen. =P

p/s: alhamdulillah, makin sehatttt =D


adila: haha da make up my mind. xjadi joint =) and m still waiting for a right guy saying walla? =P


queen: waaah~ pelakon hebat ni. seganlah saya =P


fid: dunia impian jauh terpincang. pergh~ ayat! =P hikhik


alhariesz: whoa! lagi seorang pelakon ni. nak interview tuk joint makum x? boleh bg pass vvip ni =D