Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

Whatever

Kamu Kamu Kamu
Ramai sangat


Saya?
Masih seorang.


Tapi, gembira.


Sebab
kamu kamu kamu
Yang tadi ramai,
Dan, oh.
Masih juga ramai


Rindu kan saya
Seorang.
Oh!

\(^.^)/

Tak perlu ucap,
saya dah tau


Tak perlu malu-malu
Sebab saya tak malu

Rindulah.
Rindulah saya lagi

Seronok!
saya seorang
sebab, bila
kamu kamu kamu
yang ramai tulis
kamu pula jadi
saya yang seorang
dan
saya jadi kamu kamu kamu

*berfikir*


*sengih*

Harap kamu kamu kamu
faham.








Whatever~ ^.~

Find

Alhamdulillah.

You found her,
and yet, He still cant find me.

Its OK.













Ill be waiting for Him ^.^

Monday, September 14, 2009

Aku Rindu ||



Kamu, saya rindu!


Rindu sangat.


Sangat!


Dan, saya menangis.


Deras, tapi bukan teriak.


Kerana, saya rasa











kamu tak rindu saya macam saya rindu kamu.

Friday, September 11, 2009

Entah

Entah. Fikiran kusut. Jiwa kacau. Buat apa pun tak jadi.


Hati kata jangan. Bina tembok ego tinggi-tinggi.


Mulut asyik mengunyah tak berhenti. 


Boleh tembam lagi kalau asyik begini.


Ceit!


-_-!

Friday, August 14, 2009

Cinta Versi Pelik

Perbualan saya dengan rakan tadi menghanyutkan lagi perasaan kewanitaan saya yang lama dipendam. Eh? Maaf. Masih gadis. Tersilap pula.



Pelik sangat ke kalau seorang gadis mencintai seseorang lelaki? Oh, memang tidak pelik langsung, kan? Lumrah mungkin. Kalau lelaki itu suaminya, itu wajib. Sangat. Kalau lelaki itu boyfriend, hurmm~ terserah. Tapi, jika dia mencintai suaminya sedangkan dia belum berkahwin? Dan, juga tidak mempunyai boyfriend. Teman tapi mesra juga langsung tiada. Maksudnya, cinta si gadis itu utuh benar pada bakal suami yang tidak diketahui empunya diri. Jadi, memang cinta ini pelik ke? 



Dan, oh. Percayalah. Cinta ini wujud. Cuma, ia mungkin versi pelik bagi kamu, tapi tidak untuk gadis itu dan saya. 

Wednesday, May 20, 2009

I am waiting.


Saya tahu saya banyak kekurangan. Saya tahu saya bukan idaman semua lelaki. Saya tahu masih banyak benda saya perlu belajar. Saya tahu iman saya tak cukup kuat. Saya tahu saya mudah menangis bila berkaitan orang yang saya sayang. Saya tahu saya perempuan, kaum yang lemah. Pendek kata,....



Saya tahu sekarang, saya bukan yang terbaik untuk awak. Sebab itu, awak tak dapat lihat saya lagi sekarang.


Saya tahu ada banyak rintangan dalam hidup ini. Sebab itu, saya jadi perkara yang terakhir untuk awak fikirkan.


Tapi, saya juga tahu.


Saya juga ada kelebihan yang tak ada pada orang lain. Saya tahu saya sedang belajar banyak perkara. Saya tahu saya muslim yang lemah, tapi ketahuilah saya sentiasa berharap dariNya. Saya tahu perempuan itu banyak sangat keistimewaannya. Dan, saya juga tahu tangisan seorang wanita itu simbol kekuatannya. Dan,



Saya harap awak tahu yang saya akan jadi yang terbaik untuk awak, sebagaimana yang saya dah tanamkan dalam diri; awak yang terbaik untuk saya. Tolong bersabar. Dan, saya berdoa  agar Allah akan tolong awak lihat saya nanti.


Saya tahu rintangan itu tak akan berkurang dalam hidup manusia ini. Tapi, saya harap awak akan cari satu ruang untuk fikirkan dan datang pada saya bila dah sampai masanya nanti.


Untuk itu, saya mohon. Benarkan untuk saya tunggu awak disini. Walaupun dalam waktu ini, saya tak tunjukkan perasaan saya pada awak. Bukan saya tak cinta. Dan, bukan juga saya tak rindu. Hanya Allah tahu rasa hati saya. Kerana, hanya Dia tempat saya mengadu. Tapi, biarlah.. Tak ingin saya kacau kesibukan awak sekarang. Bukan niat saya untuk membebankan awak. Teruskan dengan hidup awak. Silakan... Sehingga saat awak rasa awak perlukan saya, pastinya saya masih di sini. Masih dalam penantian. Untuk kita sama-sama harungi rintangan kerana awak berhak atas saya sepenuhnya setelah lafaz ijab dan qabul, awak lafazkan. Satu hari nanti. InsyaAllah. ~Tersenyum.~


~Ikhlas dari saya untuk awak~


~ Well, encik. I just wanna ask you this. Is it OK for both of us if....

I am waiting for you? 

I'll wait for you forever if you want to, and I'll keep you close to my heart. Always. But, if the answer is no, i'll try to stop this 'waiting thingy'. Again. But then, just let me know your choice.~


Oh, God! Do help me. I need an answer. I mean it. Oh.


" Anyway, why did I choose you? Cause I feel it in my heart. Don't you?"


Sunday, April 26, 2009

Aku Rindu


Aku rindu

Rindu pada damainya hati

Rindu pada hati yang tidak merindui

Rindu pada kedamaian yang tidak tercela keresahan


Aku rindu

Ingin lidah ini bersuara

Ingin bibir ini menyampaikan

Ingin jari-jari ini jadi medium kita

Namun, hanya hati mampu bersorak

Oh, aku rindu.

Perlahan.


Aku rindu

Rindu ini buat hati gelisah

Rindu ini buat aku hilang arah

Rindu ini buat aku ingin berubah

Rindu ini buat aku banyak muhasabah

Lagi aku rindu, lagi aku sujud di tikar sejadah


Aku rindu

Pada diriku yang tidak keliru

Pada hatiku yang tak merindu

Pada dia yang sentiasa dalam doaku

Pada pencipta aku, dia, hati dan rindu


Aku rindu

Walau luaran seperti pelarian

Walau ketakutan dan kebimbangan bersilih ganti

Rinduku pada dia buat hatiku dekat dengan-NYA


Dan, hatiku

Maafkanlah

Aku masih rindu.