Wednesday, May 20, 2009

I am waiting.


Saya tahu saya banyak kekurangan. Saya tahu saya bukan idaman semua lelaki. Saya tahu masih banyak benda saya perlu belajar. Saya tahu iman saya tak cukup kuat. Saya tahu saya mudah menangis bila berkaitan orang yang saya sayang. Saya tahu saya perempuan, kaum yang lemah. Pendek kata,....



Saya tahu sekarang, saya bukan yang terbaik untuk awak. Sebab itu, awak tak dapat lihat saya lagi sekarang.


Saya tahu ada banyak rintangan dalam hidup ini. Sebab itu, saya jadi perkara yang terakhir untuk awak fikirkan.


Tapi, saya juga tahu.


Saya juga ada kelebihan yang tak ada pada orang lain. Saya tahu saya sedang belajar banyak perkara. Saya tahu saya muslim yang lemah, tapi ketahuilah saya sentiasa berharap dariNya. Saya tahu perempuan itu banyak sangat keistimewaannya. Dan, saya juga tahu tangisan seorang wanita itu simbol kekuatannya. Dan,



Saya harap awak tahu yang saya akan jadi yang terbaik untuk awak, sebagaimana yang saya dah tanamkan dalam diri; awak yang terbaik untuk saya. Tolong bersabar. Dan, saya berdoa  agar Allah akan tolong awak lihat saya nanti.


Saya tahu rintangan itu tak akan berkurang dalam hidup manusia ini. Tapi, saya harap awak akan cari satu ruang untuk fikirkan dan datang pada saya bila dah sampai masanya nanti.


Untuk itu, saya mohon. Benarkan untuk saya tunggu awak disini. Walaupun dalam waktu ini, saya tak tunjukkan perasaan saya pada awak. Bukan saya tak cinta. Dan, bukan juga saya tak rindu. Hanya Allah tahu rasa hati saya. Kerana, hanya Dia tempat saya mengadu. Tapi, biarlah.. Tak ingin saya kacau kesibukan awak sekarang. Bukan niat saya untuk membebankan awak. Teruskan dengan hidup awak. Silakan... Sehingga saat awak rasa awak perlukan saya, pastinya saya masih di sini. Masih dalam penantian. Untuk kita sama-sama harungi rintangan kerana awak berhak atas saya sepenuhnya setelah lafaz ijab dan qabul, awak lafazkan. Satu hari nanti. InsyaAllah. ~Tersenyum.~


~Ikhlas dari saya untuk awak~


~ Well, encik. I just wanna ask you this. Is it OK for both of us if....

I am waiting for you? 

I'll wait for you forever if you want to, and I'll keep you close to my heart. Always. But, if the answer is no, i'll try to stop this 'waiting thingy'. Again. But then, just let me know your choice.~


Oh, God! Do help me. I need an answer. I mean it. Oh.


" Anyway, why did I choose you? Cause I feel it in my heart. Don't you?"


28 comments:

Sunshine in the morning said...

salam kenal..
well,we just a girl
sometime we need vindicated rigth.
uhuks..

even waiting is tired..
tp ttap tgu tuk yg tersyg kan..

chills dear

Gyna Ramli said...

cant stop crying reading ur entry.sgt mnyentuh jiwa.sy jgk tidak ckup kuat mnunggu sebegini.sudah letih memberi hrapan palsu utk diri sndri kerana sy sudah tiada ruang utk berteduh di hatinya lg.sudah terang lg bersuluh dia tidak akn terima sy kmbali.hnya brserah pd yg Esa krna smua ini percaturan hidup yg ditentukanNya.cuba utk saat ini,sy hnya mmpu memujuk hati bersabar agr mnjadi lbih kuat.

p/s:smthng happend ystrday.skrg sy rsa lebih sedih dr sblmnya.(T-T)

mr coklat said...

Jangan mudah melafaz kasih
Kasih itu pada siapa
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang di hati
Kasih sayang yang hakiki
Kasih yang dicari
Moga Allah meredhai...

*Jiwang ngan Allah SWT sebaik2 jiwang yang tenang.. hehe..

*Diteruskan cinta setelah Allah dan Rasul ialah... (terpulang)

*Moga misi berjaya n bahagia..

PEACE!! =)

balqissy said...

sunshine in the morning: salam kenal juga.
Ya, sekuat mana pun wanita itu, tapi selalu lemah bila berkaitan perasaan. ahaha

Gyna: Gyna, be strong, gal. Ingat satu tau, sesungguhnya Dia tak akan beri ujian yang kamu tak dapat hadapi. Saya dan DIA tahu kamu kuat. =)

mr coklat: Terima kasih... peace (beserta gaya sekali) ^.~

ZirCon gurL said...

xsalah menunggu klu itu yang terbaik!!
=)
be strong girl.. Allah knows d best for u~

amu mejie said...

masih dalam poses memahami apa yang namanya perempuan itu..he~ qubiltu nikahaha..bila nk leh sebut ni..haish~..he..

encik ariff said...

selamat menunggu.
ehem.

DrSam said...

semoga penantian bertemu titik noktahnya.

balqissy said...

zircon gurl: itulah...cuba untuk menunggu =)

amu mejie : satu hari nanti harap-harapnya. saya doakan..

encik ariff: haha.. terima kasih. ehem ehem

DrSam: ameen... terima kasih doc

bokbon said...

nak tunggu tak salah bila akhirnya dia datang kepada lu, cuma pastikan dia akan datang kepada lu.. Jangan ditunggu bulan berubah warna.

SRISUFI said...

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kelam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.

ini hadiah untuk kamu dan saya.

hhehehe

saiyidatul said...

Akan tiba jua 1 hari itu nurul..be patient..i'm always support and pray for ur happiness...

balqissy said...

bokbon: kerana itu ada satu soalan di akhirnya. harap ada yang menjawab

sri: hehehe.... saya harap apa yang saya tunggu bukn milik org lagi.
harap-harap. terimas sri =)

saiyidatul: saya tau. kamu kan comel semasa berdoa . hehe

toqki said...

salam kenal

walaupun saya sudah berkahwin, saya masih lg belajar mengenal makhluk bernama hawa....

:) perempuan adalah insan yang sgt istimewa

toqki said...

salam kenal

walaupun saya sudah berkahwin, saya masih lg belajar mengenal makhluk bernama hawa....

:) perempuan adalah insan yang sgt istimewa

khaiza said...

tersentuh hati saya baca..mungkin naluri perempuan yang paham makna menunggu dan mencari yang terbaik untuk dijadikan pasangan..saya yakin ada seseorang tgh menunggu awak di sana cuma belum dipertemukan lagi..Jadi perempuan kena selalu tabah kan..hehehe

balqissy said...

toqki: salam kenal juga.
walaupun saya belum berkahwin, tapa hawa ini sangat susah untuk difahami.
hawa nafsu, halwa etc.

khaiza:itulah... pening bila jadi perempuan. kadang2 seronok, kadang2 best.
~haish~

Ilham Liyana said...

hey.
entri yg sgt lawa.
such a great words.
:) be strong eh.

SRISUFI said...

penantian suatu siksaan..

setuju?


kamu sihat?

aiMi`s said...

nurul.. i just realize how deep is your love to him. I pray for your happiness and i believe he loves you same as you love him.. =)

balqissy said...

Ilham Liyana: ehehek... entry lawa? first time dengar. apa pun, terima kasih =)

srisufi:
dulu saya berfikir begitu,
ok2.
sekarang pun. ahaha tapi,entah..
manusia memang suka buat apa yang sakit, kot.
:P

aimi: Eh, cik aimi. ^-^
i love HIM, ok.Yang kat atas sana. tapi, sekarang aku mcm lagha sikit lorh. aiyark!

::cik kikiLaLa:: said...

entry yang comel..yeah its true,,,
wanita ciptaan-Nya yang sangat istimewa,,,be strong ya gurl,,i bet u deserve the best no matter what it would take,,,yang penting hati yang ikhlas mesti dapat anugerah-Nya yang indah,,,

mr coklat said...

salam.. hye.. igtkan umah mrcoklat je sepi, rumah dier lg sepi upenye.. hehe.. mailah umah, haruk piruk lani.. =)

Shitsurei shimashita said...

Sesungguhnya hati manusia sering dterbalik-balikkan...namun jika kita yakin dan terus berusaha, Insya Allah kejayaan menanti kita.

fajridil adha said...

xyah tunggu la. sy kan ada.hehe [my blog]

balqissy said...

cik kikilala: hey, terima kasih. semua kita pun berhak dapat apa yang terbaik. =)

mr coklat: dah melawat, dan terima kasih atas nasihat itu. =)

shitsurei shimashita: InsyaAllah. pelikan hati ni?

fajridil: erk. tiba-tiba saya terasa nervous pula tiba-tiba.

smallsnoopy said...

terbaca ur blog, hehe,feel touching for this article~~jinn

balqissy said...

hkhikhik~ terharu u drop di sini. hey, miss for our times at UTM back then.