Thursday, April 2, 2009

Yakinlah Cintaku Milikmu

"Yes, It's true. People have the freedom to love. To choose whom we give our hearts to. But what's the use of that freedom, if the person you love also has the freedom not to love you back?" -Nurul Najidah, 17.

Oh, ini kata-kata adik saya saat kami bercerita dan berbual-bual tentang diri masing-masing semasa di kampung dulu. Ya, walaupun masih muda, adik saya telah berjaya membuatkan saya terdiam sebentar. Tapi, akhirnya saya berkata sambil tersengih lebar:

" Kebebasan manusia ada batas. Bebasnya manusia itu hanya perancangan. Ketentuan itu milik kebebasan DIA.**" Dan, adik saya yang muda itu menjawab

" Whatever~ " Mencebik. Lalu, kami meneruskan bersembang dengan topik yang lain pula. Biasanya, adik hanya mendengar. Kadang-kadang mencelah bila perlu kerana dia agak pendiam orangnya. Saya yang lebih-lebih bercerita itu dan ini. Dan, selepas itu mula rasa bersalah kerana seperti mengganggu konsentrasi dia semasa mengulangkaji. Haish...

Ini kisah yang lain pula. Sahabat yang saya tidak kenali, tapi saya sangat kagum dengan penulisan dia di blog telah menghadiahkankan saya dengan beberapa kata-kata: 

"beri hatimu hanya kepada Allah,
Dia akan temukan kamu dengan pemilik yang terbaik...
hamparkan masamu utk Allah..
lalu, Dia akan lapangkan urusanmu setiap masa..insyaAllah..

jodoh itu ditangan Tuhan..
tidak semestinya apa yg kita syg hari ni..akan menjadi milik kita hingga akhirnya.
."


Ya, dan realistiknya dengan hidupan manusia saya sehari-hari. Kadang-kadang, penuh bersemangat. Kadang-kadang, kecewa dan cemburu. Kadang-kadang sangat seronok. Kadang-kadang, blur sahaja jadinya.

Tapi, yakinlah saya bahawa cinta saya hanya pada yang berhak. Dan, DIA akan membalas cinta saya nanti bersama orang yang cintakan DIA juga.

8 comments:

balqissy said...

**kata-kata saya itu telah diubah gaya bahasa, tapi membawa maksud yang sama (~_^)

Anonymous said...

nk pinjam kata2 dr 'blog itu'..
buat panduan hati kecil ini...
*sai* =)

balqissy said...

oh. silakan lah sai~
kalau dipinjam, jgn lupa bagi balik tau :P

Anonymous said...

ouh, kalo begitu, sy mahu la
bkn lg meminjam
haha O_o

balqissy said...

adakah anda masih lagi sai? jika ya, ye, saya hadiahkan buat anda pula~ :)

Anonymous said...

masih sy disini..
thanks..=)

esha . stella said...

cintakan Allah dan Rasul SAW itulah nikmat sebenar benar cinta .
Suami dan keluarga di tangga seterusnya ;)

balqissy said...

sukung =)