Banyak benda. Bukan sengaja. Terlupa sebenarnya. Tapi, hanya kadang-kadang. Tidak selalu begitu. Baik dari segi tempat simpan barang, rencah masakan ( saya kan sedang belajar memasak sekarang.~oh~ ), dan di mana tempat kita jatuh semalam. Tapi, ramai yang sengaja 'ter'lupa juga. Cuba cover diri mungkin.
Emm. . . Manusia ini selalu terlupa pada benda yang asas. Asas ini kadang-kadang simple. Senang untuk kita ikut, tapi kita selalu pandang remeh. Kerana terlampau senang? ~Oh~ Manusia, Ish. Jadi, dua tiga hari ini saya terbaca ruangan kawan saya. Dia banyak ceritakan tentang asas-asas dan rukun-rukun yang patut kita semua ambil tahu.Wajib. Ya, hampir semua sudah saya belajar sedari pra-sekolah lagi. Tapi, rasanya saya hanya amalkan setiap hari apa yang dihafal. Jadi, seperti ilmu hafalan semasa pra-sekolah dulu lah yang digunakan. Apabila saya baca kembali 'hari ini', terasa lain benar. Setiap perbuatan yang saya lakukan ingin dan perlu diselidik kembali.
Itu asas. Asas yang simple. Tapi, simple itu boleh buat kamu sesat kalau salah ikutan simple-nya. Yang complicated yang kamu cari-cari itu, sudah tidak punya harga jika asas sudah tidak betul. Oh, saya tak layak berbicara. Cuma, ingin meluahkan pandangan. Mungkin, kamu sudah lama punya kesedaran sebelum saya. Hanya mahu berkongsi rasa. Jika sudah lama selidik diri sendiri, Alhamdulillah. Mungkin boleh tolong tengokkan rakan-rakan pula. Jika masih belum, silalah cuba lihat diri. Muhasabah itu kan perlu.
0 comments:
Post a Comment