Monday, April 20, 2009

Mana Satu?

" Assalamualaikum. Lamanya tak dengar khabar. Dah lupa orang kat kampung ke?" Mak memulakan perbualan dengan perli saya.

" Waalaikummussalam. Eh, bukan Nurul baru telefon mak dua hari lepas ke?" Saya kehairanan.

" Ehhh...." Mak saya buat-buat lupa pula. Lalu menyambung perbualan. " Macam mana sekarang? Dah lama tidak ke Singapore? Duduk kat sana tu ada kerja tak?" Mak tiba-tiba keluarkan pertanyaan tentang kerja. 

" Oh. Kan mak cakap tak perlu keluar jauh-jauh sangat. Tu yang stop sekejap. Alhamdulillah, business lain jalan lagi. Tak ada masalah. InsyaAllah." Saya menjawab secara berlembut.

" La... mak pula yang kena balik?" Saya gelak sahaja dengarkan jawapan mak." Bila nak balik rumah ni? Kalau dah tak ada kerja tu duduk rumah aje ke? "

" Ermmm... Nantilah dulu mak. InsyaAllah, hujung bulan Nurul balik. Aah. Business sekarang pun tak perlu pergi mana-mana. Jadi, lepak rumah, makan dan tidur sahaja. Seronoknya saya~~  Heheh" Saya gelak. Sengaja buat mak cemburu.

" Iyelah tu. Kalau dah betul nak buat bersungguh Singapore tu, buatlah betul-betul. Ini diam kat rumah pulak dah dia. " Mak bersuara lagi.

"Oh, iye. Iye. Mak tak perlu risau. Sekarang budak-budak pun exam, tak elok lah kacau diorang. Bulan depan ada lah kot pergi sana. InsyaAllah." Saya gelak lagi. Memang saya bercakap akan gelak sahaja. Satu, kelakar dengan intonasi mak. Dua, untuk buat mak tidak bimbangkan saya sangat, jadi perlu sentiasa gembira. Ketiga, kerana memang saya suka gelak dan senyum sambil bercakap. Erk? Hahaha. Iya. Iya. Itu memang saya. ~Oh~ Selepas itu, kami bercakap tentang benda-benda lain pula yang tak berkaitan dengan kerja.


Esoknya, mak saya telefon lagi.

" Seronoknya dengar lagu."

"Eh, Assalamualaikum. Amboi, tak sempat bagi salam mak ni." Giliran saya perli mak.

" Iyelah, angkat-angkat telefon je dengar lagu aje. Al-Quran ada baca tak kat sana ni?"

" Mak, salam. Salam tadi tak jawab lagi tu."

" Iya. Iya. Dah jawab dah dalam hati. Waalaikummussalam." Saya gelak. Mak tak gelak pun. ~Haish~ Jadi, saya pun sambung.

" Kenapa telefon pagi-pagi ni mak? Rindu Nurul, ye?"

" Dah tak boleh ke mak nak telefon anak?"

" Eh, tak lah. Tapi, pelik. Kot. Tapi terima kasih sebab rindu saya." Saya ketawa senang hati.

" Iyalah. Kamu tu dah lupa kat rumah. Lama tak dengar khabar."

" Hah?" Pelik. Gelak saya makin galak. " Kan malam tadi mak baru telefon." Mak diam. Mendengus. Hish, mak saya ni dah sakit ke? Muda lagi rasanya dia. Dahi saya mula berkerut.

" UM tu memang dapat, kan?" Mak tiba-tiba tanya.

" Aah. Dia dah bagi email dah. Lepas tu dah check semua. Ok aje." Saya jawab.

" Kenapa mak?" 

" Kamu balik rumah lah. Duduk sana pun bukan buat apa. Entah-entah keluar pergi mana-mana. Macam mak tak tahu kamu tu."

" La. Malam tadi, mak suruh keluar cari business. Sekarang, jangan keluar pulak. Mana satu nak ikut ni mak?" Saya gelak-gelak. Kedengaran mak mengeluh. " Kamu betul tak keluar ke?"

" Taaaak. Betul-betul duduk rumah sahaja. Kalau keluar pun, sebab jumpa client ajelah. Mak, Nurul dah besar dah. InsyaAllah, tahu jaga diri." Saya cuba tenangkan mak. Malam tadi, mak tak risau macam ni. Dan, sekarang, saya dah mula naik risau.

" Kalau kamu kahwin kan senang sikit hati mak ni." Tiba-tiba mak bangkitkan soal kahwin. Saya gelak kembali. " Habis, calonnya tak ada. Macam mana? Mak carikan lah ya." Saya pancing.

" Kamu tu dah tak laku ke sampai mak nak carikan?" Mak pula kenakan saya. Uiks?

" Habis tu, kalau jumpa kawan-kawan mak, semua pergi beritahu yang Nurul dah bertunang, siapa lagi nak kat Nurul?" Saya mengungkit. Mak gelak.

" Nak ke anak kawan mak? Karang, ada yang suka, kamu tak hendak pulak." 

"Huish, tak apa je mak. Siapa yang nak kahwin tahun depan, boleh aje. Suruh diorang datang masuk, eh? Hikhikhik." Saya gelak gatal.

" Miang lah tu. Matured lah sikit, Nurul. Sampai bila nak jadi budak-budak?" Mak mengeluh lagi. Laaa..pulak dah?

" La, tadi kata nak suruh kahwin. Nurul serious dah ni. Nurul kan nak kahwin tahun depan." Saya senyum. Dan, oh. Masih gelak.

" Sudah. Sudah. Jangan nak menggatal. Fikiran tu biar matang sikit. Nanti, kalau dah tak pergi mana-mana, balik ke rumah ni."

" Alaa... Mana ada gatal. Kahwin tu kan sunnah. Dapat elak maksiat. Hehe... InsyaAllah, minggu depan Nurul balik. Nak pergi Kelantan. Ada nak bawa budak dari USM. Jadi, uruskan passport diorang dulu."

" Hah? Pergi Kelantan pulak? Itulah. Pergi sana. Pergi sini. Mana mak tak risau."

" Aiks? Malam tadi mak yang suruh keluar cari kerja. Mana satu ni mak?" Kerutan di dahi saya semakin jelas ketara.

" Iye lah. Pandai-pandailah buat kerja kamu. Nanti balik rumah. Assalamualaikum."

" InsyaAllah. Waalaikummussalam. Kirim salam kat semua." Panggilan dimatikan.


** Memang selalu perbualan saya dengan mak akan jadi macam ini. Mak akan buat saya keliru. Saya tak tahulah, sama ada dia keliru dengan perbualan kami ini atau tidak. Dua benda yang saya nak utarakan dari sini.

1. Kerja / keluar. Awalnya, mak saya risau saya dah lama tak ke Singapore bekerja (saya bekerja sebagai travel agent; pada sesiapa yang tidak tahu). Tapi, esoknya. Mak tiba-tiba tak ingin saya ke keluar ke mana-mana pula. Balik kampung dan duduk di rumah sahaja pula.

2. Kahwin. Dia mahu saya berkahwin. Supaya senang hati dia untuk lepaskan saya keluar daripada pandangan matanya. Tapi, pada waktu yang sama, mak dan ayah masih fikir saya bukan seorang yang matang untuk membicarakan soal kahwin. Nanti dikatanya saya gatal.


~Haih~ Mengeluh dalam. Saya kadang-kadang tak tahu apa yang saya perlu lakukan untuk jaga hati mak saya. Memang betul. Perempuan ini kadang-kadang tak tahu apa yang dia mahu. Jadi, saya tak salahkan mak saya. Cuma, yang mana satu? Yang mana satu pesanannya yang harus saya ikutkan?

Tapi, iyelah. Soal kahwin tu bukan sekarang. Itu saya tahu lama dah. Sahaja saya nak menggatal. Tengok reaksi mak saya. Kalau dia on, best jugak, kan? Hahaha saya gatal lagi. Oh~


15 comments:

SRISUFI said...

Salam Balqis,

Ya Tuhan seperti mahu saja saya menangis membaca catatan awak ni. Rindunya saya kepada keluarga saya yang jauh tu.

=)

Anonymous said...

manje nye dgn mak...
kawin?
kawin jela...
ape susah...
klo ade lelaki yg berkenan dihati kawin je...
soal matang atau xmatang itu terpulang pd empunya diri...

balqissy said...

Sufi : Oh, bukan niat saya untuk buat anda menangis... maaf.

tukangbuatsushi: perli-memerli itu manja, ya? ahaha oh~ masih belum lagi. tunggu tahun depan, jika ditakdirkan jodoh itu ada dan datang. =)

helang timur said...
This comment has been removed by the author.
helang timur said...

akak,
sy suke bace entri nih..
hehe..
ala kulli hal..
smg bjaya dlm bidang yg diceburi
dan menunaikan sunnah Rasulullah SAW..
>.<

ZirCon gurL said...

itulah seorang ibu
di mata ingin melepaskan, tp tidak di hati kan..
come on tweeny, u can do it!
=)

balqissy said...

najihahfaizahazman: terima kasih..banyak entri kamu yang saya suka baca =)

zircon gurl: itulah...nanti kita akan jadi ibu juga,kan? erkk.. hehe

mediyla said...

kdg2 kemahuan seorg ibu tu mmg sukar nk ditafsirkan..walau mgkin sering berubah n bcanggah dgn kehendak yg sblumnye, tp ape yg pasti die seboleh2nye menginginkan yg terbaik terjadi kat atas anak2nya.. :) yela, nk disuruh bt bgitu n bgini risaw anak rase terkongkong, tp bila dibiarkan sj anak corak idup sendiri, lg risaw pk anak akan tesalah arah dlm idup..well..itu salah 1 dilema seorg ibu..kan?

eira eixora said...

ha a, saya setuju ngan korang sume. Pape pun sume ibu mahukan anda dia hidup senang dan selesa.

Salam kenal,

Anis.

balqissy said...

medyla: seperti sudah ada pengalaman jadi seorang ibu? =P

eira eixora: yer betul~ kerana itu saya sedang berusaha senangkan hati mak saya.

mediyla said...

yeah..im a mom 2 be what..so n u :)

amu mejie said...

org terdahulu tau ape yg perlu bagi org sekarang...taatlah org terdahulu krna tiada sekarang tanpa yg terdahulu..kalo smta untuk tunaikan permintaan mak tu..sy ofer diri bleh?hehe~ gurau bos~

balqissy said...

mediyla: hihikhik maluuu~

amu mejie: erk? offer?? oh~

Jarri said...

kawen. kawen.

balqissy said...

kamu masih muda jarri. sabar dulu.