Sunday, April 26, 2009

Aku Rindu


Aku rindu

Rindu pada damainya hati

Rindu pada hati yang tidak merindui

Rindu pada kedamaian yang tidak tercela keresahan


Aku rindu

Ingin lidah ini bersuara

Ingin bibir ini menyampaikan

Ingin jari-jari ini jadi medium kita

Namun, hanya hati mampu bersorak

Oh, aku rindu.

Perlahan.


Aku rindu

Rindu ini buat hati gelisah

Rindu ini buat aku hilang arah

Rindu ini buat aku ingin berubah

Rindu ini buat aku banyak muhasabah

Lagi aku rindu, lagi aku sujud di tikar sejadah


Aku rindu

Pada diriku yang tidak keliru

Pada hatiku yang tak merindu

Pada dia yang sentiasa dalam doaku

Pada pencipta aku, dia, hati dan rindu


Aku rindu

Walau luaran seperti pelarian

Walau ketakutan dan kebimbangan bersilih ganti

Rinduku pada dia buat hatiku dekat dengan-NYA


Dan, hatiku

Maafkanlah

Aku masih rindu.


Monday, April 20, 2009

Mana Satu?

" Assalamualaikum. Lamanya tak dengar khabar. Dah lupa orang kat kampung ke?" Mak memulakan perbualan dengan perli saya.

" Waalaikummussalam. Eh, bukan Nurul baru telefon mak dua hari lepas ke?" Saya kehairanan.

" Ehhh...." Mak saya buat-buat lupa pula. Lalu menyambung perbualan. " Macam mana sekarang? Dah lama tidak ke Singapore? Duduk kat sana tu ada kerja tak?" Mak tiba-tiba keluarkan pertanyaan tentang kerja. 

" Oh. Kan mak cakap tak perlu keluar jauh-jauh sangat. Tu yang stop sekejap. Alhamdulillah, business lain jalan lagi. Tak ada masalah. InsyaAllah." Saya menjawab secara berlembut.

" La... mak pula yang kena balik?" Saya gelak sahaja dengarkan jawapan mak." Bila nak balik rumah ni? Kalau dah tak ada kerja tu duduk rumah aje ke? "

" Ermmm... Nantilah dulu mak. InsyaAllah, hujung bulan Nurul balik. Aah. Business sekarang pun tak perlu pergi mana-mana. Jadi, lepak rumah, makan dan tidur sahaja. Seronoknya saya~~  Heheh" Saya gelak. Sengaja buat mak cemburu.

" Iyelah tu. Kalau dah betul nak buat bersungguh Singapore tu, buatlah betul-betul. Ini diam kat rumah pulak dah dia. " Mak bersuara lagi.

"Oh, iye. Iye. Mak tak perlu risau. Sekarang budak-budak pun exam, tak elok lah kacau diorang. Bulan depan ada lah kot pergi sana. InsyaAllah." Saya gelak lagi. Memang saya bercakap akan gelak sahaja. Satu, kelakar dengan intonasi mak. Dua, untuk buat mak tidak bimbangkan saya sangat, jadi perlu sentiasa gembira. Ketiga, kerana memang saya suka gelak dan senyum sambil bercakap. Erk? Hahaha. Iya. Iya. Itu memang saya. ~Oh~ Selepas itu, kami bercakap tentang benda-benda lain pula yang tak berkaitan dengan kerja.


Esoknya, mak saya telefon lagi.

" Seronoknya dengar lagu."

"Eh, Assalamualaikum. Amboi, tak sempat bagi salam mak ni." Giliran saya perli mak.

" Iyelah, angkat-angkat telefon je dengar lagu aje. Al-Quran ada baca tak kat sana ni?"

" Mak, salam. Salam tadi tak jawab lagi tu."

" Iya. Iya. Dah jawab dah dalam hati. Waalaikummussalam." Saya gelak. Mak tak gelak pun. ~Haish~ Jadi, saya pun sambung.

" Kenapa telefon pagi-pagi ni mak? Rindu Nurul, ye?"

" Dah tak boleh ke mak nak telefon anak?"

" Eh, tak lah. Tapi, pelik. Kot. Tapi terima kasih sebab rindu saya." Saya ketawa senang hati.

" Iyalah. Kamu tu dah lupa kat rumah. Lama tak dengar khabar."

" Hah?" Pelik. Gelak saya makin galak. " Kan malam tadi mak baru telefon." Mak diam. Mendengus. Hish, mak saya ni dah sakit ke? Muda lagi rasanya dia. Dahi saya mula berkerut.

" UM tu memang dapat, kan?" Mak tiba-tiba tanya.

" Aah. Dia dah bagi email dah. Lepas tu dah check semua. Ok aje." Saya jawab.

" Kenapa mak?" 

" Kamu balik rumah lah. Duduk sana pun bukan buat apa. Entah-entah keluar pergi mana-mana. Macam mak tak tahu kamu tu."

" La. Malam tadi, mak suruh keluar cari business. Sekarang, jangan keluar pulak. Mana satu nak ikut ni mak?" Saya gelak-gelak. Kedengaran mak mengeluh. " Kamu betul tak keluar ke?"

" Taaaak. Betul-betul duduk rumah sahaja. Kalau keluar pun, sebab jumpa client ajelah. Mak, Nurul dah besar dah. InsyaAllah, tahu jaga diri." Saya cuba tenangkan mak. Malam tadi, mak tak risau macam ni. Dan, sekarang, saya dah mula naik risau.

" Kalau kamu kahwin kan senang sikit hati mak ni." Tiba-tiba mak bangkitkan soal kahwin. Saya gelak kembali. " Habis, calonnya tak ada. Macam mana? Mak carikan lah ya." Saya pancing.

" Kamu tu dah tak laku ke sampai mak nak carikan?" Mak pula kenakan saya. Uiks?

" Habis tu, kalau jumpa kawan-kawan mak, semua pergi beritahu yang Nurul dah bertunang, siapa lagi nak kat Nurul?" Saya mengungkit. Mak gelak.

" Nak ke anak kawan mak? Karang, ada yang suka, kamu tak hendak pulak." 

"Huish, tak apa je mak. Siapa yang nak kahwin tahun depan, boleh aje. Suruh diorang datang masuk, eh? Hikhikhik." Saya gelak gatal.

" Miang lah tu. Matured lah sikit, Nurul. Sampai bila nak jadi budak-budak?" Mak mengeluh lagi. Laaa..pulak dah?

" La, tadi kata nak suruh kahwin. Nurul serious dah ni. Nurul kan nak kahwin tahun depan." Saya senyum. Dan, oh. Masih gelak.

" Sudah. Sudah. Jangan nak menggatal. Fikiran tu biar matang sikit. Nanti, kalau dah tak pergi mana-mana, balik ke rumah ni."

" Alaa... Mana ada gatal. Kahwin tu kan sunnah. Dapat elak maksiat. Hehe... InsyaAllah, minggu depan Nurul balik. Nak pergi Kelantan. Ada nak bawa budak dari USM. Jadi, uruskan passport diorang dulu."

" Hah? Pergi Kelantan pulak? Itulah. Pergi sana. Pergi sini. Mana mak tak risau."

" Aiks? Malam tadi mak yang suruh keluar cari kerja. Mana satu ni mak?" Kerutan di dahi saya semakin jelas ketara.

" Iye lah. Pandai-pandailah buat kerja kamu. Nanti balik rumah. Assalamualaikum."

" InsyaAllah. Waalaikummussalam. Kirim salam kat semua." Panggilan dimatikan.


** Memang selalu perbualan saya dengan mak akan jadi macam ini. Mak akan buat saya keliru. Saya tak tahulah, sama ada dia keliru dengan perbualan kami ini atau tidak. Dua benda yang saya nak utarakan dari sini.

1. Kerja / keluar. Awalnya, mak saya risau saya dah lama tak ke Singapore bekerja (saya bekerja sebagai travel agent; pada sesiapa yang tidak tahu). Tapi, esoknya. Mak tiba-tiba tak ingin saya ke keluar ke mana-mana pula. Balik kampung dan duduk di rumah sahaja pula.

2. Kahwin. Dia mahu saya berkahwin. Supaya senang hati dia untuk lepaskan saya keluar daripada pandangan matanya. Tapi, pada waktu yang sama, mak dan ayah masih fikir saya bukan seorang yang matang untuk membicarakan soal kahwin. Nanti dikatanya saya gatal.


~Haih~ Mengeluh dalam. Saya kadang-kadang tak tahu apa yang saya perlu lakukan untuk jaga hati mak saya. Memang betul. Perempuan ini kadang-kadang tak tahu apa yang dia mahu. Jadi, saya tak salahkan mak saya. Cuma, yang mana satu? Yang mana satu pesanannya yang harus saya ikutkan?

Tapi, iyelah. Soal kahwin tu bukan sekarang. Itu saya tahu lama dah. Sahaja saya nak menggatal. Tengok reaksi mak saya. Kalau dia on, best jugak, kan? Hahaha saya gatal lagi. Oh~


Monday, April 13, 2009

Saya?Perempuan?Benci?


Ya, saya setuju. Dari dulu, saya katakan saya tidak suka perempuan. Maksud saya, sifat mereka. Dimana? 


1.Sensitif. 

~ Cepat merajuk dan cemburu. ~

2.Selalu ingin bergantung harap pada orang lain.

~ Kalau shopping, berharap dapat pergi dengan boyfriend dan akan ada yang bayarkan barang-barang.~

3.Tidak terbuka.

~ Selalu fikirkan dan percaya sangat pada benda-benda karut atau mitos~


Tapi, secara tidak sedarnya, kini saya semakin bersifat perempuan. 3 perkara yang saya benci itu telah mula menular dalam diri. Tidaklah terlalu specific, tapi kata kuncinya masih sama.


1.Sensitif. 

~ Sedih dengan tiba-tiba. Bila terasa diri tidak disayangi kawan-kawan dan tidak mendapat sokongan keluarga. ~

2.Selalu ingin bergantung harap pada orang lain.

~ Jujur, sekarang saya seperti buangkan cita-cita saya untuk tahun 2010 dan seterusnya. Kerana perancangan untuk tahun-tahun berikutnya, saya ingin match-kan dengan perancangan orang yang masih saya tidak tahu kewujudan dan bila hadirnya.~

3.Tidak terbuka.

Set pada diri sendiri tahun hadapan akan berkahwin.~



Damn! 


Macam mana boleh tak sedar? Saya? Perempuan? Benci? Huh.~


Nak benci orang konon . . . ~~


Saturday, April 11, 2009

Kata Lelaki VS Fikiran Perempuan

Dua hari lalu, saya menonton satu cerita. Tajuknya : He's Just NOT That Into You. Ilham daripada sebuah buku yang tidak pernah saya tahu kewujudannya sebelum ini. Mungkin, akan mencarinya kemudian sahaja.


Cerita-nya berkaitan dengan kata lelaki dan tafsiran akal perempuan. Oh, jauh berbeda sebenarnya. Baru saya tahu. Dan, Oh. Sungguh. Sungguh-sungguh akal fikiran saya berputar ligat dari awal cerita itu bermula sehingga ke akhirannya. Dan, betapa saya tidak setuju dengan akhiran cerita itu.

Sign.

Lelaki dan perempuan. Masing-masing tertarik pada satu sama lain. Tapi, tak semua orang tertarik pada setiap orang yang ada di muka bumi ini. Ada yang kita suka pada dia, tapi dia tak suka pada kita. Ada yang kita sangatlah tidak suka pada dia, namun . . . ~haish~ Kalau kita berjumpa dengan orang yang suka pada kita dan kita juga suka pada dia, Alhamdulillah. Semoga, itulah jodoh yang telah Allah aturkan.

Cerita tadi. Ia menceritakan bagaimana seorang perempuan suka menenangkan kawan perempuan mereka dengan beri harapan palsu. Kami yang perempuan ini tidak berdaya untuk memberitahu pada seorang rakan, yang he is just not that into you!! Ya, saya juga sama. Dan, maaf, kawan. Jika sebelum ini nasihat saya kadang-kadang sedikit menipu untuk jaga hati kamu. ~oh~

Satu lagi. Isi penting cerita ini. Fikiran perempuan yang suka salah anggap dengan perlakuan seseorang lelaki. Semuanya dianggap sign. Isyarat cinta? ~Emmmm . . Geli kot guna perkataan ni.~

Kalau lelaki itu belikan kamu ubat semasa kamu sakit.
Kalau lelaki itu bayarkan minuman dan makanan semasa keluar bersama.
Kalau lelaki itu suka habiskan masa bersama kamu.
Kalau lelaki itu selalu ada temankan kamu bila kamu susah hati.
Dan, even . . .
Kalau lelaki itu selalu mahu kamu online bersama-sama.


Tapi, yang sebenarnya. Semua itu tak boleh dijadikan panduan buat perempuan bahawa itu tanda-tanda lelaki sukakan kamu. Oh. Tolong! Tolong jangan salah faham. Kerana, kalau lelaki itu buat semua itu hanya atas dasar kawan.


"Kita kan kawan."


Tanggungjawab seorang kawan terhadap kawannya yang lain. Sama seperti kawan perempuan kamu buat bila dengan kamu. Kerana, dia juga kawan. Jadi, silakan kamu jangan perasan lagi. Betul cakap saya wahai encik-encik lelaki, kan? Dan, cik-cik perempuan. Kalau kamu perasan ada orang suka kamu, jangan percaya kata hati. Kononnya, ya. Selalu kawan perempuan kamu cakap begini, " Oh. Kita ni macam . . . macam boleh tahu kot kalau ada orang suka kita." Hahaha memang ayat perasan itu. Tak boleh lagi macam itu, tau?~tegas~

Saya tak tahu sama ada saya betul atau salah. Ini hanya pendapat saya buat masa sekarang. Kamu cuba jawab saya.

Yang lelaki : Apa kata kamu?
Yang perempuan : Cuba utarakan apa yang kamu fikir.

Boleh,kan?


Tambahan ++ Kesimpulan : Cik-cik perempuan, kalau nak tahu orang itu suka kita atau tidak, hanya lamaran sahaja boleh diterima. Kalau setakat sign2 itu, jangan dilayan. Itu kamu seorang-seorang perasan sahaja,tau? Tapi, kalau lamaran playboy? Haish~ Susah juga,kan? Sebab itu, tak perlu cari boyfriend. Kita terus kahwin,nak? :)

Tuesday, April 7, 2009

Kadang-Kadang Kita Lupa

Kadang-kadang kita lupa . . .

Banyak benda. Bukan sengaja. Terlupa sebenarnya. Tapi, hanya kadang-kadang. Tidak selalu begitu. Baik dari segi tempat simpan barang, rencah masakan ( saya kan sedang belajar memasak sekarang.~oh~ ), dan di mana tempat kita jatuh semalam. Tapi, ramai yang sengaja 'ter'lupa juga. Cuba cover diri mungkin.


Emm. . . Manusia ini selalu terlupa pada benda yang asas. Asas ini kadang-kadang simple. Senang untuk kita ikut, tapi kita selalu pandang remeh. Kerana terlampau senang? ~Oh~ Manusia, Ish.  Jadi, dua tiga hari ini saya terbaca ruangan kawan saya. Dia banyak ceritakan tentang asas-asas dan rukun-rukun yang patut kita semua ambil tahu.Wajib. Ya, hampir semua sudah saya belajar sedari pra-sekolah lagi. Tapi, rasanya saya hanya amalkan setiap hari apa yang dihafal. Jadi, seperti ilmu hafalan semasa pra-sekolah dulu lah yang digunakan. Apabila saya baca kembali 'hari ini', terasa lain benar. Setiap perbuatan yang saya lakukan ingin dan perlu diselidik kembali. 


Itu asas. Asas yang simple. Tapi, simple itu boleh buat kamu sesat kalau salah ikutan simple-nya. Yang complicated yang kamu cari-cari itu, sudah tidak punya harga jika asas sudah tidak betul. Oh, saya tak layak berbicara. Cuma, ingin meluahkan pandangan. Mungkin, kamu sudah lama punya kesedaran sebelum saya. Hanya mahu berkongsi rasa. Jika sudah lama selidik diri sendiri, Alhamdulillah. Mungkin boleh tolong tengokkan rakan-rakan pula. Jika masih belum, silalah cuba lihat diri. Muhasabah itu kan perlu.

Sunday, April 5, 2009

Tagged by Dzeti

Ini hasil Tagged oleh Dzeti a.k.a my tweeny semasa di KMPP (kolej Matrikulasi Pulau Pinang) dulu.
Oh, tiba-tiba rindukan Penang pulak. Lepak d Gurney, Gurau-gurau dengan akak ngan abang kat kafe.
Oh~

Rules:
1. The rules are simple. Use 
Google Image to search the answers to the questions below.
2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
3. After that tag 12 people.


1. The age of my next birthday - 22

 
Four F-22's in line at Elmendolf
** Eh? ada kaitan dengan umurkah? --->ahaha

2. The place I would like to travel to - Australia

~~Oh?~~

3. The favorite place - beach

~~sangat suka disini~~

4. The favorite food - anything
~~ dan entah apa-apa juga gambarnya ~~

5. The nickname I had - balqissy
~~gambar saya juga kah? Haish...~~

6. The favorite colour - black white purple
~~ warna purple tidak muncul pun ~~

7. The city I live in (for now) - Shah Alam
~~ Sila rujuk peta ini jika anda sesat di Shah Alam ~~

8. The city I was born in - Kuala Terengganu
~~ di manakah rupa Kuala Terengganu? kepelikan pula.~~

9. College major - Economy
~~ masih baru. Eh? Masih belum mula belajar pun :P ~~

10. Bad habit - Online (addicted)

~~no comment~~

11. Hobby - Malas-malas
~~Oh. menguap ~~

12. Wish-list - rumah , kahwin

~~hurm~~

Saya tidak tahu bagaimana ingin tag. Jadi, anggap sahaja yang terbaca ruangan ini, anda perlu jawab tag ini.Paling tidak, komen sahaja di page saya. :P

~~Dan, sya baru perasan. Rupa-rupanya arahan dia bukan first photo on the first pages. Tapi, saya sudah siap semuanya. Jadi, biarkan sahaja lah~~ 
ish3

Thursday, April 2, 2009

Yakinlah Cintaku Milikmu

"Yes, It's true. People have the freedom to love. To choose whom we give our hearts to. But what's the use of that freedom, if the person you love also has the freedom not to love you back?" -Nurul Najidah, 17.

Oh, ini kata-kata adik saya saat kami bercerita dan berbual-bual tentang diri masing-masing semasa di kampung dulu. Ya, walaupun masih muda, adik saya telah berjaya membuatkan saya terdiam sebentar. Tapi, akhirnya saya berkata sambil tersengih lebar:

" Kebebasan manusia ada batas. Bebasnya manusia itu hanya perancangan. Ketentuan itu milik kebebasan DIA.**" Dan, adik saya yang muda itu menjawab

" Whatever~ " Mencebik. Lalu, kami meneruskan bersembang dengan topik yang lain pula. Biasanya, adik hanya mendengar. Kadang-kadang mencelah bila perlu kerana dia agak pendiam orangnya. Saya yang lebih-lebih bercerita itu dan ini. Dan, selepas itu mula rasa bersalah kerana seperti mengganggu konsentrasi dia semasa mengulangkaji. Haish...

Ini kisah yang lain pula. Sahabat yang saya tidak kenali, tapi saya sangat kagum dengan penulisan dia di blog telah menghadiahkankan saya dengan beberapa kata-kata: 

"beri hatimu hanya kepada Allah,
Dia akan temukan kamu dengan pemilik yang terbaik...
hamparkan masamu utk Allah..
lalu, Dia akan lapangkan urusanmu setiap masa..insyaAllah..

jodoh itu ditangan Tuhan..
tidak semestinya apa yg kita syg hari ni..akan menjadi milik kita hingga akhirnya.
."


Ya, dan realistiknya dengan hidupan manusia saya sehari-hari. Kadang-kadang, penuh bersemangat. Kadang-kadang, kecewa dan cemburu. Kadang-kadang sangat seronok. Kadang-kadang, blur sahaja jadinya.

Tapi, yakinlah saya bahawa cinta saya hanya pada yang berhak. Dan, DIA akan membalas cinta saya nanti bersama orang yang cintakan DIA juga.