Akhir-akhir ini banyak masa pula saya menulis. Mungkin excited dengan kelahiran blog baru ini. Ataupun, sangat banyak perkara yang di dalam kepala ingin diluah. Alhamdulillah, sekejap sahaja rasa' kosong' dan 'jauh' saya hilang. Ya, segalanya baik bila kita kembali pada DIA.
Berbalik pada perkara independent yang ingin saya timbulkan. Berdikari jika dalam Bahasa Malaysia. Berdikari ini pula banyak maksud. Yang saya faham, sesuatu yang kita usahakan sendiri. Tidak kira apa sahaja. Tapi, betul. Saya sentiasa ingat pesan mak saya. Walau apa sahaja yang kita usahakan sendiri, masih perlu ingat. Tangan itu dari siapa. Mulut, lidah dan suara untuk bicara pinjaman siapa. Perjalanan yang dimulai langkah kaki kanan itu pula milik siapa. Jadi, ya. Lagi sekali. Semuanya kembali pada Allah yang satu.
Oh. baru-baru ini banyak saya bercakap mengenai Tuhan yang Esa. Saya ini bekas pelajar sekolah agama. Kelas khas Al-Quran pula. Memang sepatutnya begitu. Tapi, saya sebenarnya telah jauh. Oh, jauh. Lagi sekali dirasakan diri ini menjauh. Tapi, kali ini jauh lain. Kalau semalam, saya rasa jauh dari manusia. Secara tiba-tiba diri rasa tidak disayangi. Terima kasih pada akak housemate saya yang mengucapkan 'I Love You' pada saya. Seorang lagi pula biarkan diri saya memeluk dia lama. Sangat terharu kerana faham, dan terima kasih lagi sekali. Dan oh, kali ini tiba-tiba saya rasa saya sudah menjauh dari apa yang sepatutnya saya jadi. Rasa takut tidak disayang oleh Tuhan dan Rasul lagi menakutkan rupanya.
Hari ini, saya baca satu blog itu. Ia buat saya terfikir. Betulkah apa yang saya kejarkan? Saya sangat suka berdikari. Tak tahu dari mana datangnya perasaan ini. Saya tak mahu bebankan siapa-siapa. Walau tak pernah dengar mak ayah merungut kami anak-anak ini jadi bebanan, tapi saya memang tak mahu itu terjadi. Sangat. Saya mahu apa yang saya ada dari diri saya sendiri, dan atas segala kekuatan yang jadi pinjaman dari DIA. Zahir dan Batin. Saya mahu mak ayah boleh berbangga mempunyai anak seperti saya. Sesungguhnya, saya sangat sayang mereka. Harap satu hari nanti, saya dapat beritahu perasaan ini secara terbuka.
Tapi, hari ini saya terfikir. Ya, saya sangat suka berfikir. Dan, ya jugalah, mungkin saya dapat berbangga sedikit dengan diri saya dari segi dunia. Saya disayangi bekas semua bos, maksudnya saya ikhlas dalam melakukan pekerjaan. Saya juga sudah bergelar ijazah pada umur 21 tahun. Bakal menjadi pelajar postgraduate tidak lama lagi, InsyaAllah. Telah menjana pendapatan sendiri sejak berumur 19 tahun.
Tapi, apalah maksud bangga itu? Tanpa sedar. Saya telah banyak melakukan kesalahan. Bukan cuba membuka pekung di dada. Tapi, saya harapkan agar diri sendiri sentiasa ingat yang hari ini saya buka peluang diri saya untuk dinasihati. Terima kasih, Ya Allah. Kau berikan hidayah ini kembali. Nikmat yang saya nanti-nantikan. Kemanisan yang masih dalam pencarian ramai umatMu. Termasuk saya.
Tanpa sedar, banyak orang buka mata. Emak ayah sangat risaukan saya. Dan, bila mereka risau. . . Oh, derhaka kah saya? Maafkanlah. Ampunkanlah. Sesungguhnya, doa saya pada mereka jauh tersimpang daripada ini. Saya mahu mereka sejahtera sentiasa. Sungguh, bahagiakanlah mereka di dunia juga di akhirat sana. Jika berdikari ini buat saya jauh dari mereka, jauh dari MU, tolong hentikan rasa ini.
Tapi, kadang-kadang hati ini menafikan. Saya memang tahu saya perempuan. Saya tahu batas-batas saya. Saya jaga pergaulan saya dengan lelaki. Oh, pakaian saya. Lagi sekali, saya memang cuba. Saya tahu itu salah saya. Tapi, ketahuilah semua. Sesungguhnya dan sememangnya saya sedang cuba juga. Sedikit-demi sedikit. InsyaAllah, kamu doakanlah saya. Emak dan ayah, InsyaAllah. =) Saya juga tahu doa kamu bersama saya. Sentiasa. Dan, lagi satu kerja saya. Kerja saya juga tidak kira masa. Tidak kira jantina juga. Dan, saya sebagai perempuan bergerak sendiri. Tapi, lagi sekali jawapan saya. Saya tahu batas saya. Tapi, saya sendirian. Salahkah? Boleh menimbulkan fitnahkah? Tapi, itu kan kerja. Jadi, harus bagaimana sebenarnya? Cuba anda yang arif tolong jawab persoalan saya.
Saya tahu saya perempuan. Salahkah jika saya ikut kata hati. Oh, saya juga tahu banyak keistimewaan perempuan ini. Tapi, berdikari? Setakat mana sebenarnya? Fikiran saya sampai di sini. Tidak sampai kepada apa yang sepatutnya jadi jawapan. Jadi, tolong berikan saya jawapan wahai sekawan-kawan.
(0253H ; 24032009)
1 comments:
hmm..mak ayah kita cuma nak yg terbaik utk kita..x nak kite terpesong..tu je..so nasihat sy,seboleh2nye ikut la nasihat mak ayah kite spy kite x menyesal di kemudian hari..kalau pandai jaga batas2 pergaulan n pakaian tu bagus la..huhu..papepon semoga awk berjaya..
Post a Comment