Wednesday, March 18, 2009

Kerja

Kerja. 

Saya suka hidup dalam kerja. Kenapa saya suka bekerja?

Tapi... Saya baru berhenti kerja setelah menyerahkan 2 bulan notis pada pertengahan Januari lalu. Saya juga baru menolak tawaran kerja daripada beberapa syarikat. Penolakan tawaran tak bermakna saya sombong. Memilih? Mungkin juga. 

Mak cakap saya pelik. Ayah pun sama. Mak cik-Pak cik lagi teruk mengecam. Kawan-kawan? Ada yang cakap saya berani. Tapi, ada juga kawan baik saya tak suka. Saya tak tahu apa dalam hati mereka. Tapi, wajah mereka macam nak cakap saya ini loser. Tapi, tak semua. Saya tahu ramai yang kononnya kagum juga dengan saya. Tapi, yang penting saya tahu apa yang saya buat. 

Ya, mak saya cakap saya senang. Kerja 2 hari seminggu sahaja. ya kah?
Oh, senang juga jika begitu. Tapi, hakikatnya saya pun sibuk juga. Ya, hanya kadang-kadang saya sibuk. Yang selalunya saya hanya lepak. eheheh.

Tak apa, yang penting, saya suka kerja saya. Walau tak sama macam orang lain punya kerja.

Cuma satu saya harap, semua orang yang saya sayang akan sokong apa yang saya buat. Alhamdulillah, mak ayah sudah mula terima. Saya syukur. Harap tiada orang yang meracuni fikiran mereka lagi. Orang lain? Saya tahu saya kena buktikan saya berjaya dulu baru mereka akan buka mata. Saya tahu, saya akan berjaya satu hari nanti. Tapi, tunggulah... Sekarang baru 2 bulan saya dalam bidang ini. Masih kais pagi, makan pagi. Mengais-ngais sana-sini. Kamu tunggu mungkin cukup setahun saya sudah maju sedikit. Sementara itu, tolong ya kawan-kawan. Tolong saya tutup mulut kamu. Jangan cakap apa-apa dulu. Nanti mak ayah saya risau lagi. Dan, saya pun makin risau.

0 comments: