Oh, marah. Sinonim pula dengan hidup manusia. Di zaman sekarang, pernahkah anda lihat seorang manusia itu tidak ada perasaan marah? Mungkin ada, tapi setahu saya tidak ada. Kalau ada pun, mungkin dia pandai sembunyikan rasa marahnya itu di dalam hati. Manusia begitu bahayakah? Atau manusia yang suka tunjukkan rasa marah lebih bahaya? Oh, dalam erti kata lain seorang pemarah itu merbahaya?
Jikalau saya, saya takut dengan manusia pemarah = panas baran. Moga sifat begitu dijauhkan daripada kami sekeluarga. Tapi, manusia yang suka pendam perasaan ini, saya takut juga. Manusia lain selalu berkata bahawa pemendam rasa biasanya diam sahaja, tapi jika sudah tidak tahan, dia akan menjadi seorang yang sangat lain dari kebiasaan. Istilah "meletup" selalu digunakan. Wah, itu bahaya. Saya takut. Jadi, cukuplah jika biasa-biasa sahaja. Jika sesuatu itu harus ada rasa marah, OK, silalah marah. Tapi, jangan mleret-leret. Jika tidak perlu rasa marah, maafkanlah. Tolak ansur. Anda kan dah besar-panjang. Oh, ini nasihat untuk saya juga.
Tapi, malam tadi saya marah-marah. Terbawa-bawa sangat perasaan saya ini. Tidak tahu kenapa. Saya malu. Saya sedih. Kecewa dengan diri sendiri. Saya marah-marah pada orang yang paling saya sayang. Saya tak marah mereka sebenarnya. Tapi. Oh, saya memang selalu begitu bila dengan mereka. Saya tidak tahu kenapa.
Orang lain yang buat saya marah. Orang lain itu marah saya, pada benda yang saya rasa saya tak patut dimarah. Mestilah saya bengang. Kalau saya salah, dia mahu marah tidak apa. Tapi, bila orang yang saya sayang itu ada, saya jadi malu. Macam saya ini sangat tidak berguna sehingga di marah orang. Dan, saya tutup ego saya dengan marah-marah pula. Begitukah? Entah, setakat ini saya rasa begitu. Lagi satu, bila saya dengan mereka yang saya sayang ini, walau saya sudah besar pun, mereka masih nampak saya seperti budak kecil. Saya jadi tidak enak begitu. Saya juga mahu di layan seperti dewasa. Walau saya tahu yang saya sentiasa kecil di mata mereka.
Oh, apa perasaan ini sebenarnya?
Saya faham kenapa mereka begitu. Cuma, saya tidak boleh terima. Kerana saya mahu mereka faham saya juga. Kalau saya marah, sepatutnya mereka marah juga kerana saya marah-marah di depan mereka. Mereka kan lebih layak marah. Tapi, tidak pula. Mereka hanya banyak bercakap-cakap (membebel ; kata orang). Ish, itulah. Tiba-tiba sangat tidak faham dengan diri sendiri pula dalam situasi ini.
Sekarang?
Marah sudah lama hilang. Tapi, kecewa. Dengan diri sendiri. Bersalah. Tapi, ego. Egokah? Ikut kata orang tua, ini ego. Kerana walau kebenaran berpihak pada kita, kita harus tunduk dengan orang yang kita sayang ini. Tapi, saya susah hendak tunduk. Maksud saya, sebetul-betul tunduk. Saya kan degil. Saya tunduk sebenarnya, tapi dalam hati. Luaran saya hanya tunjuk sedikit. Mungkin sangat sedikit. Selebihnya hanya dalam hati. Moga orang tersayang faham hati saya. Kerana saya harap mereka tahu sayang saya pada mereka. Sangat sayang.
Susah sebenarnya bila kita marah. Tengoklah sekarang. Bermula daripada orang lain yang marah saya itu. Sebabkan saya marah juga. Selepas itu, mungkin buat orang yang saya sayang marah saya pula. Semua berjangkit. Ish, kalaulah marah tiada dalam hidup manusia.
Saya ingin cuba buang ia daripada hidup manusia saya. Dan, anda harus cuba juga. Supaya ia tidak berjangkit pada saya lagi. Kita harus cuba sama-sama. Tak nak marah-marah lagi. Ingat, tau?
Oh, tiba-tiba teringat. Sepatutnya bila saya rasa marah, patut ambil wudhu'. Tapi, terlupa pula malam tadi. Tapi, bila saya marah, memang selalu terlupa. Saya kan manusia. Harap lepas ini tidak lupa lagi. Saya tak suka diri saya bila saya marah. Jadi sudah tidak lovely lagi. Malu nak mengaku sayang pada diri sendiri jadinya. Haish . . .
(18:51 ; 20/03/09 ; Sentosa Island,Singapore)
0 comments:
Post a Comment