Manusia ramai. Banyak manusia di jalanan. Saya gembira lihat mereka. Berjalan-jalan. Menikmati makanan. Ada juga menaip seperti saya. Tapi, mungkin bukan menulis blog buat pertama kali seperti saya sekarang. Memerhatikan hidup manusia hobi saya. Kononnya mengkaji. Tapi, sampai sekarang, rasanya masih belum selesai kajian, kerana saya sentiasa melihat manusia berlainan.
Yang perempuan cantik. Lelaki? Kacak. Ya kah? Oh, lupa. Saya tidak suka melihat lelaki kacak. Perempuan cantik pula yang jadi hidangan mata. Oh, betul. bukan cuba cover diri. Tapi, itu hakikat.
Tapi, ingat ya kawan-kawan. Saya masih straight. ^.~
Oh, seronok juga lepak di Bangi Kopitiam ini. Walau hanya memesan ice cream coklat 2 scoop. Dan, sudah pun selesai masuk ke dalam perut. Hilang sedikit masalah saya dengan melihat gelagat manusia.
Eh? saya ada masalahkah?
Tidak juga. Cuma, saya suka fikir sesuatu. Ya, berfikir. Dan, selalunya apa yang saya fikir tak akan sama dengan manusia lain berfikir. Lebih kompleks. Lebih detail. Dan, lebih ke depan sedikit. Sangat. Kot. Eh, bukan saya katakan manusia lain berfikir singkat. Kamu ini salah faham pula. Maksud saya, saya ini berfikir melebihi tahap sepatutnya berfikir.
Contoh, bila ada garis di depan lampu isyarat, kita harus berhenti semasa lampu isyarat merah. Harus diingat, cikgu-cikgu sekolah memandu berpesan supaya berhentikan kereta di belakang garis. Tapi, saya pula kadang-kadang memecut melanggar lampu isyarat merah. Oh, itu contoh sahaja. ahaha **Kerana itu memandu dari Kuala Terengganu ke Shah Alam mengambil masa 4 jam**
Eh, kamu fahamkah?
Maaf, ini penulisan pertama saya semenjak 3 tahun lepas.
Em, tipu. (0_O) Mungkin 6 tahun lepas.
Perlu ingat kembali. Tapi, saya rasa kamu tak ingin tahu pun,kan?
(~_^)
0 comments:
Post a Comment