Monday, June 22, 2009

Susah

Susah.



Susah. 



Payah. 



Apa yang kamu semua faham bila saya kata susah? Setiap orang ada kesusahannya sendiri. Tahap kesusahan setiap manusia berbeza-beza. Tidak lah boleh kamu memandang rendah seseorang yang tidak boleh melakukan apa yang kamu berjaya lakukan, kerana setiap manusia ini berbeza. Harus ingat itu.



Sekarang? Saya sebenarnya sedang susah hati. Agak banyak benda yang bermain di fikiran saya. Mungkin dulu, saya biasakan diri saya untuk kemukakan semua yang ada di fikiran kepada teman-teman. Walau tidak semua yang menjawab persoalan pelik saya, sekurangnya akan ada sedikit rasa lega apabila berjaya meluahkan. Kini, macam agak kurang saya bentangkan pada manusia lain apa yang saya fikirkan. Bukannya kurang perhubungan komunikasi dengan teman-teman, cuma entahlah. . . 



Kadang-kadang saya rasa tak semua orang akan faham apa yang saya cuba sampaikan. Dan, takut pula bila saya sudah beritakan apa yang saya fikir ini, jadi satu masalah pula pada teman untuk turut sama berfikir. Kan, banyak lagi benda lain yang teman saya boleh fikirkan. Jadi, akibatnya. Beginilah.


Menyimpan. Menabung.


Menyimpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kata satu peribahasa Melayu.


Kalau menyimpan duit, seronok juga. Boleh berbelanja di sana-sini.


Kalau menyimpan buah fikiran? Tak mungkin boleh buat belanja pula. Kan? Erk?!



Sebenarnya, saya terlupa. Dulu pun, saya ada bentangkan persoalan fikiran saya di blog. (Suka benar terlupa)~haish~ (-_-!) Semenjak saya tahu ada 'stalker' di sini, saya jadi segan *blush*. Karang, kalau saya tulis apa yang dia tidak sepatutnya tahu, habislah saya. Habis seluruh kampung saya akan kecoh jadinya. Ramai pula yang bertayakan tentang hal anak Pak Cik Sidek nanti. Eh, tidak boleh lah macam itu. Saya kan pemalu orangnya. *double blush*



Tapi....



Bila fikir-fikir balik, kenapa saya perlu fikir sangat benda-benda semacam itu. ( kan, dah cakap saya suka berfikir. Hahaha) Ini kan ruang saya. Tempat saya berkongsi cerita dengan kamu. Tempat saya boleh jadi sebahagian diri saya yang mungkin kamu tak akan jumpa di luar daripada blog ini. Sebab, kalau kamu kenal saya di dunia nyata, lain benar daripada apa yang kamu dapat kenal daripada gaya penulisan saya di sini. Bukan saya cuba berpura-pura atau apa.



Cuma, disini tempat saya luahkan sebahagian daripada apa yang sedang saya fikirkan. Tanpa saya perlu rasa berselindung. Dengan hidup manusia saya yang punya banyak personaliti. Eh, tolong jangan salah faham. Lagi sekali, bukan saya ada perangai talam-dua-muka. Cuma, kalau di luar, keseriusan saya tak akan terlihat.


Menjadi serius? (o-0)



Oh. Susah. 

8 comments:

smallsnoopy said...

nurul, saya sangat setuju apa yang kamu tulis, blog memang ruang kita orang, jangan peduli apa yang dia cakap, biarlah, kami tak boleh tutup mulut orang lain,kami hanya buat sendiri kami~~

balqissy said...

jinn~ u tau tak? kamu sangat comel bila bercakap bahasa melayu. eeEeee macam nak cubit-cubit.
^.^

fajridil adha said...

ada prob ape? meh bgtau sy. sy xkenal awk,jd xde apa yg perlu dikhuatiri. xsalah bkongsi masalah ngan org lain sbb lom tentu anggap masalah awk tu sbg satu masalah.tul x [my blog]

en_me said...

pemalu ghitewww.. ehehe

thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

balqissy said...

fajridil: terima kasih atas jemputan. tapi, rasanya perkongsian di blog sahaja mencukupi.
=)

en_me: hehehe... chumel bile kamu selalu gune itttewwww.
hikhikhik tersenyum2 saya.

smallsnoopy said...

nurul, macam mana saya comel ya?saya ni dah tua, tak boleh comel lagi~nak cubit?boleh, mari la, hahhaha

Gyna Ramli said...

kdg2 sy terpikir,
'boleh tak klau saya xmahu berpikir?sbb nnt saya akn strt berpikir benda yg tak perlu dipikirkan'
~~sdg berfikir~~

adeh dh mula berpikir kembali!!ey bole x tlg jgn berpikir???????hahaha.mst la xbole kn.=p

balqissy said...

smallsnoopy: ahah.. tapi, kamu tua yang maintain cute je. bila nak besar ni jin?? *jeles*

gyna: kalau macam itu, sila berfikir bila mahu belanja saya. teruskan berfikir pun tidak apa-apa.
hahaha