Saturday, June 27, 2009

Angan-Angan Mati



Aku ingin berpijak di bumi yang nyata sambil cuba mematikan segala angan-angan kerana takut kenyataan terlampau menyakitkan. Oh tuhan. tuntunilah hatiku.



I hate the waiting and the worrying. Ahaha Penipu! Tapi, betul. Itu yang saya tak suka. Tapi, saya selalu buat. Hurm~ Tak boleh salahkan siapa-siapa. Kerana, tak semua kejadian salah itu akan ada orang yang perlu dipersalahkan. Cuma, terima ia sebagai hukum alam. Perkara yang telah ditentukan, dan ada hikmah di sebalik kejadian.


Baru selesai menonton dvd P.S. I Love You untuk ke sekian kalinya. Banyak yang saya dapat belajar dari cerita itu. The sacred secret. " Perempuan tak tahu apa yang dia inginkan sebenarnya." Bagi pendapat saya sendiri, ya. Itu benar. Kadang-kadang, saya rasa saya mahu buat sesuatu ini. Tapi, tiba-tiba sahaja pula ingin sesuatu yang lain. haish~ Pelik.



Saya selalu berdoa pada Ilahi untuk tunjukkan jalan terbaik buat kami. Saya memang tak tahu bila waktu itu akan tiba. Tapi, betul juga kata kawan-kawan. Angan-angan saya tu tinggi sangat. Pelik kata mereka. Jadi, saya rasa saya nak lupakannya kalau boleh.



Entah, saya tak tahu. Saya takut sebenarnya. Saya takut kalau harapan saya dimatikan di saat saya masih berharap. Jadi, baik saya matikan harapan sendiri sebelum saya mengalami kekecewaan yang melampau. Jadi, Ya Allah. Kau tolong kuatkan hati hambamu ini. Walau namanya tetap meniti di baris-baris doa.




. . .




4 comments:

encik ariff said...

cerita tu best.
hehe.

DrSam said...

kejayaan bermula dengan satu angan-angan. Julang tinggi-tinggi angan-angan itu biar jadi kenyataan.

meo188 said...

awak, kita kena fikir positif. jgn takut kecewa. tetapi takutlah sekiranya kita berputus asa sebelum mencuba.

teruskan perjuangan!

transform!!!

balqissy said...

encik ariff : sangat. sangat best.kan?kan? =)

DrSam: Hurm.. adakah seperti menjulang tinggi bendera Malaysia di hari kebangsaan? Erk?

meoo188: awal, terima kasih. heee~

bankai!
*lebih meminati bleach berbanding transformers. =P