Saya pandang kanan. Saya pandang kiri. Bilik berbentuk L ini gelap. Hanya bertemankan lampu dari si kecil putih ini sahaja. Jam sudah menunjukkan jam 4.12 a.m. Tiba-tiba, mata saya tak dapat lelap. Tapi, setiap hari pun saya memang tidur selepas subuh. oh?
Tadi, sambil saya baca sedikit bahan bacaan, saya termenung. Lama. Fikiran menerawang jauh. Sangat. Ketika saya muda-muda dahulu. Saat masih berhingus. Saat saya masih tinggal bersama mak dan ayah. Saat mak dan ayah melawat setiap minggu saya di asrama. Terharu. Dada sesak. Sebak.
Tapi, biasalah, di sekolah penuh cerita hantu. Tapi, malam ini bukan mahu cerita hantu asrama. Ini hantu lain. Hantu yang saya sangat takut dengannya. Hantu yang menghantui hidup saya yang tak tahu sampai bila. Hantu ini tak kira siang atau malam. Dia akan sentiasa ada. Dia tak tahu erti takut. Hantu, kamu jahat!!! Larilah~ Tolong, jangan ganggu saya.
Tapi, bagaimana ingin halau hantu ini? Saya tahu. Hanya taubat nasuha boleh buat hantu ini kabur. Tapi sampai sekarang saya masih dibayangi hantu ini.
Hantu.
Dosa.
Dosa-dosa silam. Sungguhpun, saya tahu saya sudah tak buat lagi, dan oh. Alhamdulillah. Banyak yang sudah saya berjaya tepis. Tapi, dosa-dosa silam ini memang betul-betul hantu. Dia tetap datang kacau saya. Kita tak nampak, tapi ia buat kita takut. Oh, cuma satu saya harap. Tolonglah, manusia. Maafkan saya agar hantu ini tak datang pada saya lagi. Biar hidup manusia saya tenang.
Katakanlah: " Hai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-zumar, ayat ke-39)
Eh? Cuba ingat kembali. Hantu pun takut tuhan. Jadi, teruskan minta pada Dia. Boleh kawan-kawan? Kita jadi ghost buster (ingat-ingat lupa nama kartun ni). Sama-sama hapus hantu jahat ni. Harapan terbesar, semoga orang-orang yang saya sayang, orang yang akan saya sayang selepas ini dapat terima kisah silam saya. Dapat bersama-sama jadi ghost buster.
Yosh!!!!! Bankai!!!!
6 comments:
=)
Zaman sekarang lebih takut manusia bertopengkan hantu dari the real of hantu...hantu pun kompius..heheh
apa khabar kamu?
ahaha... kesian si hantu yang confuse.
sihat sahaja, sri. kamu bagaimana? ada dikejar hantukah? =p
manusia xlari buat salah.tp apa guna menyesal kn?tp xpa sekurgnya Allah msih buka pintu hati bg ada rsa sesal dlm diri drpd DIA tutup pintu hati dan trus buat dosa.sekurgnya msih boleh menghrap diampunkan dosa yg mngejar mcm hantu itu.itu juga tandanya DIA sayang dgn kita kerna DIA ingatkan kita yg selama ini kita byk menzalimi diri sndri.hmm.
p/s:sgt terharu.thnks bersama dgn saya ya.looking forward to meet u tp xtahu la bila..hmmm
gyna: thanks.. ingatan buat kamu dan saya juga. =)
p/s: aah, sangat2 ingin ketemu. Bilakah?
erm, teruskan perjuangan
meo188: dengan kuasa bulan. *sailormoon*
Post a Comment