Sunday, May 10, 2009

Seorang Wanita Itu

Dulu, seorang wanita itu, menitis air matanya. Gembira dan sayu apabila mendengar lafaz ijab dari seorang yang bergelar suami.


Dulu, seorang wanita itu tersenyum lebar di sisi suami tersayang di saat berita dia berbadan dua dikhabarkan ke seluruh ahli keluarga.


Dulu, seorang wanita itu masih tersenyum puas di saat mendengar tangisan bayi yang telah dijaga dalam kandungan selama sembilan bulan dan pertarungan antara hidup dan mati dirinya sebentar tadi.


Dulu, seorang wanita itu berdoa untuk kesejahteraan keluarga yang baru di binanya.


Dulu, seorang wanita itu bergelak ketawa dengan keletah si anak yang baru ingin bertatih mencuit hati.


Dulu, seorang wanita itu tersenyum bangga apabila si anak naik ke pentas untuk menerima penghargaan dari pihak sekolah.


Dulu, seorang wanita itu sekali lagi menitis air matanya saat si anak itu berbuat sesuatu yang mengguris hati kecilnya. Si anak itu yang sudah besar, kononnya.


Dulu, seorang wanita itu masih sediakan makanan untuk si anak semasa si anak ingin berpindah jauh dari sisi si wanita.


Dan, kini, seorang wanita itu masih lagi berdoa. Dan teruuus berdoa untuk kesejahteraan keluarganya, dan kehidupan si anak yang baru bermula.


Dan, kini. Saat si anak juga sudah jadi wanita. Dan, saat si anak faham pengorbanan seorang wanita itu. Si anak sangat gembira dengan senyuman dan gelak ketawa si wanita kerananya. Tapi, si anak risau. Andai, semua senyuman yang si anak beri pada si wanita tidak dapat hapuskan rasa di hati wanita itu di saat dia titiskan air mata dahulu.


Dan, kini juga. Telah ada dua orang wanita ini yang sama-sama berdoa untuk kesejahteraan antara mereka.


Sesungguhnya, syurga di bawah telapak kaki ibu.


" Mak, terima kasih untuk segalanya. Maaf tak dapat berada di sisi untuk berikan pelukan dan kucupan buat mak. Ya, ini hutang Nurul. Terima kasih kerana berikan senyuman atas apa yang Nurul buat. Dan, sungguh-sunguh. Maafkanlah untuk setiap titisan air mata yang telah menitis di pipi mak, juga kerana Nurul dan adik-adik. Ampunkanlah untuk setiap kebimbangan di hati Mak yang Nurul dah timbulkan. InsyaAllah, Nurul akan jadi lebih baik dari sehari ke sehari. Selamat Hari Ibu, mak. Salam peluk cium, jauh dari Nurul."


** Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang sudah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu di satu hari nanti. Pengorbanan kamu tak terbalas oleh kami. Si anak, tolong sampaikan salam saya pada ibu kamu. Dan, si suami, tolong juga sampaikan salam saya pada isteri kamu. Hargai mereka untuk keredhaan sepanjang hayat. **


" Anakku, mak sentiasa maafkan anak. Anak menangis kerana mak marah. Itu biasa. Tapi, jangan mak menangis sebab anak. Ingat selalu pada Allah. Jaga halal haram walaupun zaman moden. Ingatlah syurga yang kita cari. Itu matlamat." reply dari mak saya. 

terima kasih, mak.

9 comments:

ZirCon gurL said...

bestnye kata2 tu..
sgt tersentuh
smpaikan salam hari ibu utk ibu kamu juge~
~ur tweeny~

amu mejie said...

selamat hari ibu-ibu single wat wak..n mudahan ur mom sentiasa dalam rahmat Allah..amin~

balqissy said...

dzeti: nnt saya sampaikan :)

amu mejie: amin... saya pun mahu dirahmati juga =)

DrSam said...

manis sungguh balasan dari seorang ibu. semoga beliau sentiasa dirahmati.

Selamat hari ibu untuk ibu-ibu yang hebat!

balqissy said...

DrSam: iya, semoga beliau sentiasa dan teruuus dirahmati Allah. =)

Anonymous said...

saya sayang mak! =)

balqissy said...

kite serupa! =)

aiMi`s said...

aku x layak bergelar ibu.. aku x de ciri2 itu.. argh..

balqissy said...

aimi: kau masih sempat belajar dengan aku. errr