Thursday, May 7, 2009

Kahwin~

Selamat Pengantin Baru buat G dan Asni. G pada 23hb May 2009, dan Asni 6hb Jun 2009. Dengar cerita, Azie juga akan langsungkan perkahwinan. Tapi, saya masih belum tahu tarikhnya.


Buat sepupu saya, Kak Ju, Selamat bertunang pada 11 Jun ini. Semoga kehidupan kalian bertambah baik hendaknya.


Saya seronok. G akan jadi rakan pertama saya yang berkahwin. Waaah~~ Memang seronok. Saya tak sabar-sabar nak hadirinya. Sebab itulah majlis pertama yang kawan saya sendiri jadi pengantin. Pasti, lain rasanya melihat seorang rakan kita. Sama-sama bermain dulu. Dan, kini dia akan melangkah ke satu lagi fasa hidup baru dalam hidupnya. Tahniah, kawan. =)


Oh, saya tak ingin menipu Majlis yang tiba-tiba banyak ini buat saya tiba-tiba rasa down. Tak banyak, sedikit sahaja. Bukan saya mahu rasa itu, tapi hati tak boleh saya paksa. Memang saya seronok mereka kahwin. Itu juga tidak tipu. Tapi, untuk saya sendiri. Tiba-tiba rasa sedikit lain.


Seperti terkejut pun ada juga. Bila lihat keliling, mereka semua sudah berjaya ke fasa baru. Ya, memang bukan impian saya untuk kahwin sekarang. Itu masih tahun hadapan. Tapi, itu semua impian. Sekarang, jika saya pandang atas, bawah. Kiri dan kanan, saya masih seorang. Tiada yang ingin pimpin saya ke arah DIA Yang Esa.


Tapi, kata kawan saya. Walau kini saya keseorangan, saya kan dah berusaha. Persiapkan diri sendiri jadi seorang yang terbaik. Berdoa agar dibukakan hati saya dan dia menerima kehadiran masing-masing apabila tiba masanya. Juga, doa agar dimudahkan perjalanan kami. Ya, kawan. Tadi, saya keliru. Mahu sahaja saya cakap begini pada kamu. 


" Kamu lihat, kamu dengar saya. Tapi, hati saya ragu kamu tak dapat lihat. Hati saya sedih seorang, kamu tetap tak tahu kalau saya tak khabarkan. Kamu tahu tak? Yang saya masih seorang? Di sini?"


Tapi, saat saya menulis. Saya tiba-tiba teringat. Oh, kan aku minta pada DIA. Yakinlah. Yakinlah. Dan, tetaplah yakin. Allah ada bersama orang yang sabar dan bersama-samaNya. Jadi, Ya Allah. Kau kuatkan hatiku denganMu. Dan,oh~ sesungguhnya. Saya bukan seorang. Saya ada dengan DIA. DIA bersama saya. Dah lama. Cuma, sekejap tadi saya terlupa. Jahatnya kamu, syaitan!!!!


6 comments:

hajar said...

salam balqissy..

nnt add link blog ak kat blog mu ek..ak br je wat blog tepat pada pukul 00.15 td..huhuhu..

lepas ni rajin2 lah lawati blog ak

lieza said...

sabar balqis..jodoh tu rahsia tuhan..dia akan tiba bila sampai ye..Cuma banyakkan berdoa..Hehehe

Gyna Ramli said...

saya pun selalu berdoa agar kuat dlm keadaan skrg.alhamdulillah makin kuat nk hadapi ini.bak kata ko,jmpa nnt xmo sedih2..hehe

balqissy said...

hajar: salam hajar..
ye, saya baru pulang melawat..

khaiza: ehehe.. eh? saya masih sabar. bukannya tidak sabar-sabar. ~oh,malu~

gyna: ayat-ayat ni juga aku byk tujukan buat kau juga, GYna... ingt tau, nnt sila datang cari saya.

aiMi`s said...

your time will come.. and if that time come, please dont let it go..

balqissy said...

aimi: ok2, aku akan ingt nasihat kau kali ini. tapi, kan aimi.. sekarang akau rasa macam dah nak let go jer..
tiba2. ntah.