Wednesday, May 20, 2009

I am waiting.


Saya tahu saya banyak kekurangan. Saya tahu saya bukan idaman semua lelaki. Saya tahu masih banyak benda saya perlu belajar. Saya tahu iman saya tak cukup kuat. Saya tahu saya mudah menangis bila berkaitan orang yang saya sayang. Saya tahu saya perempuan, kaum yang lemah. Pendek kata,....



Saya tahu sekarang, saya bukan yang terbaik untuk awak. Sebab itu, awak tak dapat lihat saya lagi sekarang.


Saya tahu ada banyak rintangan dalam hidup ini. Sebab itu, saya jadi perkara yang terakhir untuk awak fikirkan.


Tapi, saya juga tahu.


Saya juga ada kelebihan yang tak ada pada orang lain. Saya tahu saya sedang belajar banyak perkara. Saya tahu saya muslim yang lemah, tapi ketahuilah saya sentiasa berharap dariNya. Saya tahu perempuan itu banyak sangat keistimewaannya. Dan, saya juga tahu tangisan seorang wanita itu simbol kekuatannya. Dan,



Saya harap awak tahu yang saya akan jadi yang terbaik untuk awak, sebagaimana yang saya dah tanamkan dalam diri; awak yang terbaik untuk saya. Tolong bersabar. Dan, saya berdoa  agar Allah akan tolong awak lihat saya nanti.


Saya tahu rintangan itu tak akan berkurang dalam hidup manusia ini. Tapi, saya harap awak akan cari satu ruang untuk fikirkan dan datang pada saya bila dah sampai masanya nanti.


Untuk itu, saya mohon. Benarkan untuk saya tunggu awak disini. Walaupun dalam waktu ini, saya tak tunjukkan perasaan saya pada awak. Bukan saya tak cinta. Dan, bukan juga saya tak rindu. Hanya Allah tahu rasa hati saya. Kerana, hanya Dia tempat saya mengadu. Tapi, biarlah.. Tak ingin saya kacau kesibukan awak sekarang. Bukan niat saya untuk membebankan awak. Teruskan dengan hidup awak. Silakan... Sehingga saat awak rasa awak perlukan saya, pastinya saya masih di sini. Masih dalam penantian. Untuk kita sama-sama harungi rintangan kerana awak berhak atas saya sepenuhnya setelah lafaz ijab dan qabul, awak lafazkan. Satu hari nanti. InsyaAllah. ~Tersenyum.~


~Ikhlas dari saya untuk awak~


~ Well, encik. I just wanna ask you this. Is it OK for both of us if....

I am waiting for you? 

I'll wait for you forever if you want to, and I'll keep you close to my heart. Always. But, if the answer is no, i'll try to stop this 'waiting thingy'. Again. But then, just let me know your choice.~


Oh, God! Do help me. I need an answer. I mean it. Oh.


" Anyway, why did I choose you? Cause I feel it in my heart. Don't you?"


Saturday, May 16, 2009

Couple

Couple.


Itu saya elak. Bukan dulu saya tidak pernah couple. Ya, sedari belasan tahun, saya sudah punya pacar. Tapi, sekarang tidak lagi. Sudah beberapa tahun saya pegang prinsip ini. Penat, mungkin. Wah~ Kedengaran seperti melampau cerita couple saya dulu. hahaha Bukan begitu, tapi entahlah. Saya dan couple. Bunyi seperti tidak kena sahaja. Kan, saya dah cakap saya ini tergolong manusia lain dari yang lain. ~haish~ Ada alasan sebenarnya, tapi tidak perlulah diulaskan di sini. Jika ingin tahu, boleh tanya saya secara terus, ya. Akan di jawab insyaAllah kerana perlukan perbincangan yang panjang untuk memahamkan anda.


Ramai yang bertanya. Kenapa hendak berkahwin tahun hadapan jika calon juga masih tidak ada? Pandangan mereka seperti mengejek saya. Oh, dan nasib baik saya sedar diri saya lain dari yang lain. Tapi, harus diingatkan yang saya tak sedikit pun merasakan saya ini kurang daripada orang lain. Kan, manusia ini istimewa. Tak semua orang sama. Kita ini mewarnakan dunia dengan hidup manusia kita yang berbeza.


Cuma, saya pelik. Kenapa mereka tidak boleh terima konsep saya? Bukannya saya harap mereka ikut. Cuma, fahamkan dan tidak perlulah nak ejek-ejek. Kalau mereka yang ada boyfriend atau girlfriend, tapi masih melihat lelaki atau gadis lain dengan pandangan bernafsu; tidak dianggap pelik. Itu biasa. Oh, ya? Kalau yang couple itu, boleh tinggal bersama, tapi apabila di tanya tentang bila mahu langsungkan akadnya, boleh menjawab " Jodoh belum sampai." juga kini dianggap fenomena normal. Mungkin senario tu terlalu jauh bagi sesetengah orang terutama couple-couple sekolah rendah mahupun menengah rendah.


Kita ambil contoh yang sangat-sangat biasa. Kalau couple itu berpegangan tangan, berpeluk-pelukan. Itu pelikkah? Kalau couple itu santai ke Genting Highlands berlibur, itu kita akan pandang serong jugakah?



                          Couple

Jadi, kenapa fikiran saya kini tidak dapat diterima manusia-manusia seperti kamu? Saya tahu, kini saya memang tidak berjanji dengan siapa-siapa. Oh, ya. Sebelum ini, saya juga pernah couple. Juga pernah berjanji mahu hidup bersama. Bukan seorang, tapi tidaklah perlu di kira disini. Tapi, ketentuan itu di tangan Tuhan. Sekarang, janji itu hanya berlalu dengan begitu sahaja. Tak seorang pun dari kami ingin mengingatnya lagi. Atau, jika nanti berjumpa, janji itu boleh dijadikan bahan jenaka di hari tua. Tidak perlulah kamu berbangga sangat dengan couple kamu itu. Kalau pun, esok hari akan langsungnya nikah kamu, tapi jika Allah tidak mengizinkan sesuatu, makanya akan ada sesuatu yang mungkin berlaku. Bukan saya minta sesuatu yang buruk berlaku di sini, nauzubillah. Tapi cuba buka mata. Mata yang melihat, juga mata hati. Berfikir, ya kawan.


Ya, betul. Apalah diharapkan hujan tanpa awan. Tapi, siapa kata saya tidak berusaha? Cuma hati saya sekarang merasakan couple itu bukan usaha terbaik saya setakat ini. Senjata utama seorang muslim itu kan ada. Doa saya tiap kali selepas solat, bersama-sama kesejahteraan kamu semua juga. Kenapa kamu tidak nampak ia sebagai usaha? Juga, usaha kecil saya untuk melengkapkan diri sendiri. Supaya menjadi yang terbaik untuk dia. Baik dari segi kewanitaan, ilmu duniawi, juga ilmu ukhrawi. Itukan usaha juga. Bukan kah? Jadi, silakan lagi sekali buka mata wahai kawan.


Dan, oh. Sentiasa ingat ini.


"Jika hari ini doamu dimakbulkan, itu tandanya Allah sayang kamu.

Jika doamu lambat dimakbulkan, itu tandanya Allah ingin menguji kamu.

Namun, jika doamu tak dimakbulkanNya, itu tandanya Allah merancang yang lebih baik untuk kamu."


Jadi, jika tiba-tiba doa saya tidak dimakbulkan, tak mahulah saya ditertawakan pula, tau. Kerana, saya tahu akan ada yang lebih baik telah dirancang oleh-Nya untuk saya. Seperti pesan mak dan ayah saya.


" Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatnya (merasa kehadiranNya). Walaupun kamu tidak melihatNya, yakinlah bahawa Allah melihat kamu." (H. Muslim)


Sesungguhnya DIA mendengar dan melihat setiap apa yang kita minta dari DIA. Jadi, percayalah. Dan, tetaplah yakin bahawa setiap kehidupan manusia ini telah ditentukan Allah. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah, tapi disandarkan pada diri kita sendiri.


Sekian.


Tuesday, May 12, 2009

Happy Birthday!!!!


"We are so arrogant , aren't we? 
We are so afraid of age, we do everything we can do to prevent it. But, do we realize what a privilege it is to grow old with someone who doesn't drive you to commit murder. Or doesn't humiliate you beyond repair."

Happy birthday to me =)

Sunday, May 10, 2009

Seorang Wanita Itu

Dulu, seorang wanita itu, menitis air matanya. Gembira dan sayu apabila mendengar lafaz ijab dari seorang yang bergelar suami.


Dulu, seorang wanita itu tersenyum lebar di sisi suami tersayang di saat berita dia berbadan dua dikhabarkan ke seluruh ahli keluarga.


Dulu, seorang wanita itu masih tersenyum puas di saat mendengar tangisan bayi yang telah dijaga dalam kandungan selama sembilan bulan dan pertarungan antara hidup dan mati dirinya sebentar tadi.


Dulu, seorang wanita itu berdoa untuk kesejahteraan keluarga yang baru di binanya.


Dulu, seorang wanita itu bergelak ketawa dengan keletah si anak yang baru ingin bertatih mencuit hati.


Dulu, seorang wanita itu tersenyum bangga apabila si anak naik ke pentas untuk menerima penghargaan dari pihak sekolah.


Dulu, seorang wanita itu sekali lagi menitis air matanya saat si anak itu berbuat sesuatu yang mengguris hati kecilnya. Si anak itu yang sudah besar, kononnya.


Dulu, seorang wanita itu masih sediakan makanan untuk si anak semasa si anak ingin berpindah jauh dari sisi si wanita.


Dan, kini, seorang wanita itu masih lagi berdoa. Dan teruuus berdoa untuk kesejahteraan keluarganya, dan kehidupan si anak yang baru bermula.


Dan, kini. Saat si anak juga sudah jadi wanita. Dan, saat si anak faham pengorbanan seorang wanita itu. Si anak sangat gembira dengan senyuman dan gelak ketawa si wanita kerananya. Tapi, si anak risau. Andai, semua senyuman yang si anak beri pada si wanita tidak dapat hapuskan rasa di hati wanita itu di saat dia titiskan air mata dahulu.


Dan, kini juga. Telah ada dua orang wanita ini yang sama-sama berdoa untuk kesejahteraan antara mereka.


Sesungguhnya, syurga di bawah telapak kaki ibu.


" Mak, terima kasih untuk segalanya. Maaf tak dapat berada di sisi untuk berikan pelukan dan kucupan buat mak. Ya, ini hutang Nurul. Terima kasih kerana berikan senyuman atas apa yang Nurul buat. Dan, sungguh-sunguh. Maafkanlah untuk setiap titisan air mata yang telah menitis di pipi mak, juga kerana Nurul dan adik-adik. Ampunkanlah untuk setiap kebimbangan di hati Mak yang Nurul dah timbulkan. InsyaAllah, Nurul akan jadi lebih baik dari sehari ke sehari. Selamat Hari Ibu, mak. Salam peluk cium, jauh dari Nurul."


** Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang sudah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu di satu hari nanti. Pengorbanan kamu tak terbalas oleh kami. Si anak, tolong sampaikan salam saya pada ibu kamu. Dan, si suami, tolong juga sampaikan salam saya pada isteri kamu. Hargai mereka untuk keredhaan sepanjang hayat. **


" Anakku, mak sentiasa maafkan anak. Anak menangis kerana mak marah. Itu biasa. Tapi, jangan mak menangis sebab anak. Ingat selalu pada Allah. Jaga halal haram walaupun zaman moden. Ingatlah syurga yang kita cari. Itu matlamat." reply dari mak saya. 

terima kasih, mak.

Thursday, May 7, 2009

Kahwin~

Selamat Pengantin Baru buat G dan Asni. G pada 23hb May 2009, dan Asni 6hb Jun 2009. Dengar cerita, Azie juga akan langsungkan perkahwinan. Tapi, saya masih belum tahu tarikhnya.


Buat sepupu saya, Kak Ju, Selamat bertunang pada 11 Jun ini. Semoga kehidupan kalian bertambah baik hendaknya.


Saya seronok. G akan jadi rakan pertama saya yang berkahwin. Waaah~~ Memang seronok. Saya tak sabar-sabar nak hadirinya. Sebab itulah majlis pertama yang kawan saya sendiri jadi pengantin. Pasti, lain rasanya melihat seorang rakan kita. Sama-sama bermain dulu. Dan, kini dia akan melangkah ke satu lagi fasa hidup baru dalam hidupnya. Tahniah, kawan. =)


Oh, saya tak ingin menipu Majlis yang tiba-tiba banyak ini buat saya tiba-tiba rasa down. Tak banyak, sedikit sahaja. Bukan saya mahu rasa itu, tapi hati tak boleh saya paksa. Memang saya seronok mereka kahwin. Itu juga tidak tipu. Tapi, untuk saya sendiri. Tiba-tiba rasa sedikit lain.


Seperti terkejut pun ada juga. Bila lihat keliling, mereka semua sudah berjaya ke fasa baru. Ya, memang bukan impian saya untuk kahwin sekarang. Itu masih tahun hadapan. Tapi, itu semua impian. Sekarang, jika saya pandang atas, bawah. Kiri dan kanan, saya masih seorang. Tiada yang ingin pimpin saya ke arah DIA Yang Esa.


Tapi, kata kawan saya. Walau kini saya keseorangan, saya kan dah berusaha. Persiapkan diri sendiri jadi seorang yang terbaik. Berdoa agar dibukakan hati saya dan dia menerima kehadiran masing-masing apabila tiba masanya. Juga, doa agar dimudahkan perjalanan kami. Ya, kawan. Tadi, saya keliru. Mahu sahaja saya cakap begini pada kamu. 


" Kamu lihat, kamu dengar saya. Tapi, hati saya ragu kamu tak dapat lihat. Hati saya sedih seorang, kamu tetap tak tahu kalau saya tak khabarkan. Kamu tahu tak? Yang saya masih seorang? Di sini?"


Tapi, saat saya menulis. Saya tiba-tiba teringat. Oh, kan aku minta pada DIA. Yakinlah. Yakinlah. Dan, tetaplah yakin. Allah ada bersama orang yang sabar dan bersama-samaNya. Jadi, Ya Allah. Kau kuatkan hatiku denganMu. Dan,oh~ sesungguhnya. Saya bukan seorang. Saya ada dengan DIA. DIA bersama saya. Dah lama. Cuma, sekejap tadi saya terlupa. Jahatnya kamu, syaitan!!!!