Sunday, October 11, 2009

Hadiah Dari Saya Untuk Kamu

Ha, sepanjang-panjang saya membaca blog orang lain ni, banyak pula saya tengok blogger yang buat contest dan bagi hadiah kepada readers mereka. Seronok, kan? ^.^

Alhamdulillah, saya pun dah cuba masuk contest diorang ni. Pernah menang dua kali. Dah dapat hadiah pun, terima kasih. Moga kamu di murahkan rezeki, ya... =)

Jadi, saya pun nak bagi hadiah juga kepada pembaca-pembaca blog saya. Tapi, saya tak pandai buat contest. (malas nak berfikir sebenarnya =P) Jadi, kebetulan 17hb Oktober ini, group kami ada buat lawatan ke Singapura lagi. Masih ada 6 tempat kosong.


So, saya nak bagi kepada sesiapa yang awal book. Saya nak sponsor semua, tak cukup duit =(, tapi saya sponsor sikit2, maksudnya saya bayar separuh, kamu bayar separuh. nak?

Standard price dia dari KL-Singapore-KL  Harga RM145. Kali ni, saya dah book semua yang 6 tempat tu.

2 tempat saya bagi kamu pergi free. (seorang blogger boleh cop 1 tempat shj)
:update ( 12/10/09)- dah di cop oleh orang lidi dan kuda kertas
2 tempat perlu bayar RM78.
:update(13/10/09---> 2.44 a.m) dah di book oleh ruhi_hayat dan basuhbaju.
2 tempat perlu bayar RM98.

Saya akan anggap kamu cop tempat tu melalui kedudukan komen, ya.
Jika kamu sudah ada passport, lebih elok. Jika tiada passport, nanti saya cuba untuk uruskan. Kita bertolak daripada Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya @ Seksyen 7, Shah Alam (mana yang lebih dekat dengan kamu) pada hari Jumaat (16 Oktober) pada jam 11 malam. Dijangka sampai di KL balik pada hari Ahad, jam 6pagi.

Siapa-siapa yang nak pergi, sila tinggalkan alamat email kamu beserta perkataan "Saya nak seat tu". Nanti, saya contact kamu direct. =)

Saya harap semua pembaca blog saya jadi seronok bila saya cuba nak hadiahkan kamu sesuatu. Nanti, kita boleh bercuti bersama-sama. Yippie-Yay-0o00!!! ^.^

Cara-cara komen yang akan di kira:
" Saya nak seat itu. email: contoh: (anime_travel@yahoo.com)"

Thursday, October 8, 2009

Delete

Bila saya boring, saya suka men-delete (memadam). Tak kisah apa pun. Asalkan saya boleh padam dia.

Kalau saya sedang rajin, tapi boring sangat, saya biasanya akan mula mengemas. Lipat semua baju lagi sekali. Buat dekorasi baru. Semua kertas-kertas yang saya simpan akan mula di lihat kembali, dan di buang sikit-sikit.

Kalau saya kurang rajin sikit, tangan saya akan pantas ambil handphone. Bukan untuk dail dan gosip, tapi terus buka pada contact. Hah, delete sahaja mana yang berkenan di hati. (Maaf, tak sengaja)

Kalau saya masih belum hilang boring, list nama dalam email pun saya akan mula delete juga. Pendek kata, semua list yang saya ada, akan mula di padam perlahan-lahan.

Yang parah, bila saya masih bosan. Saya akan beralih pada rak makanan. Hah, kali ini mata tertancap pada semua stok makanan. List ini pun boleh di delete juga. Tapi, pelik. Ada bunyi???


*Kruk Kruk Kruk*

*Bunyi manusia mengunyah*

..................

(berterusan)

Pandang rak makanan.

Habis semua makanan di - delete.

Oh, kena delete nampaknya sifat 'delete' ini.


Sekarang kan dah start kena diet (-_-!)


(Arghh! Tension. Orang lain beraya sakan, tapi saya pula sibuk ber-diet)

Friday, October 2, 2009

Ajaib

Keajaiban yang pasti
Sering buat kita ternanti-nanti
Namun, bila ia muncul sekali
Girangnya si hati
^.^


Ku pohon
Cukuplah hari kesusahan
semoga dipermudahkan jalan
Menunggu keajaiban
Dalam senyuman

Ajaib
Adakah muncul selepas maghrib


Oh,
bila-bila muncul pun tak kesah

Cuma,
jangan tunggu lama-lama
=)

Friday, September 18, 2009

Khidmat Guaman Diperlukan *Serius*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada blogger-blogger yang berkerjaya sebagai peguam, atau pun pernah atau masih belajar dalam bidang guaman, atau juga mempunyai kenalan dalam bidang yang disebutkan iaitu guaman, minta tolong sila hubungi saya dengan kadar segera.

** Kes kecil sahaja, ini betul-betul minta tolong. Ada beberapa keping kertas yang perlu di analisa jika boleh di bawa ke mahkamah untuk urusan saman.





Nota kaki: harap tak minta bayaran, saya tak berduit (+_+)"
kalau kes saman melebihi $USD 10 juta, menang, nanti baru bagi upah :) tapi, itu kena tunggu kes saman Paris Hilton dulu >.<

Wednesday, September 16, 2009

Ark?! Bukan Cerita Sepi, Tapi Geli Hati.


Oh!

Hey kamu. (^.^) Sesungguhnya saya sedang bergembira sekarang. Tapi, normal. Hidup Manusia Kompleks ini berlainan adanya.

Pelik, ya? Bila banyak entry sebelum ini yang berupa seperti puisi? Heh~ >.<
Bukan puisi la kamu. Itu bahasa saya. My own language. Kadang-kadang, bila saya sedih atau gembira, cakap pun kurang. Masih bercakap, tapi lebih gemar gunakan ayat pendek, tapi tepat.

Jadi, gaya penulisan secara tidak langsung terikut-ikut. Tapi, saya rasa best bila macam itu. Hikhikhik

*gelak*

Sebab, terasa seperti orang yang berseni. *gelak dengan lebih panjang*

OH, iye. Ada yang kata saya mencari cinta? Hurm~ Mungkin. *blush*

Hahaha *gelak malu-malu*

Tapi, mungkin zaman mencari cinta ni dah berlalu. So yesterday, okey.

Sekarang kan zaman berhari-raya. Seronok sangat. Oh! So, kita tukar sikit. Jadi, zaman mencari ibu mertua. =P Who0ps! 

Oh, tidak. Tidak! Entry latest saya cuma ingin beritahu yang saya gembira dan seronok bersama kamu, kamu, dan kamu yang jadi kawan-kawan saya. >.<>

Ada banyak yang tersirat tu. Ada saya, ada semua. Ada awak, ada korang. So, bila ini tulisan saya, tinggal saya yang berseorangan. Tapi, bila kamu menulis, tinggal kamu yang jadi 'saya',berseorangan juga, bukan?

Oh, rupa-rupanya ayat pendek-pendek saya perlu lebih diasah skillnya. Harus berguru dengan Dato' Samy Vellu ni. -_-!

Whatever

Kamu Kamu Kamu
Ramai sangat


Saya?
Masih seorang.


Tapi, gembira.


Sebab
kamu kamu kamu
Yang tadi ramai,
Dan, oh.
Masih juga ramai


Rindu kan saya
Seorang.
Oh!

\(^.^)/

Tak perlu ucap,
saya dah tau


Tak perlu malu-malu
Sebab saya tak malu

Rindulah.
Rindulah saya lagi

Seronok!
saya seorang
sebab, bila
kamu kamu kamu
yang ramai tulis
kamu pula jadi
saya yang seorang
dan
saya jadi kamu kamu kamu

*berfikir*


*sengih*

Harap kamu kamu kamu
faham.








Whatever~ ^.~

Find

Alhamdulillah.

You found her,
and yet, He still cant find me.

Its OK.













Ill be waiting for Him ^.^