Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

SINGAPORE!!!!!


Sorry lama tak masuk blog ni. sedikit sibuk. huhu~ okeyh, ramai yang tanya, pasal trip itu hari, kan? Ha, malas nak bererita. korang tengok pics and assume sendiri, k.. ;)


R&R Gelang Patah : 5.30 a.m sampai sini. Mandi, Subuh n Breakfast. ^.^

Esplanade Theater @ Durian. Nampak sipi-sipi Mini Stadium yang floating


Nama lain tempat ni: One Fullerton sebab berdekatan dengan Fullerton Hotel




Contoh mereka-mereka yang kreatif bergambar dengan Merlion ^.^





Ini pula bangunan Mahkamah Agung Singapura. Tapi, sekarang sedang renovate sebab nak dijadikan musium. Bangunan Mahkamah Agung sekarang yang digunakan berbentuk spaceship yang ada nampka sikit sebelah kanan tu. smart!











singgah Takashimaya, Orchard Road sekejap. Ada SALE!!!!







Berhenti makan area KG. Gelam & Arab Street. Nasi Ayam Penyet @ Waroung Ayam Penyet and Murtabak Singapore @ Zam-Zam. Gila kenyang!







Solat jama' Zuhur & Asar di Masjid Sultan. Berhampiran ada Malay Heritage Museum.














Ini semua gambar-gambar di Sentosa Island. Banyak lagi sebenarnya. Ini pun main pilih je dari facebook orang. Hahaha






Kemuncak! Klimaks! Pertunjukan Songs Of The Sea! Memang gempak! Ini hasil daripada gabungan pancaran laser dan air laut. Fuuh~ Penat, tapi puas! ^.^

p/s: tiada foto saya di sini. ;)

Sunday, October 11, 2009

Hadiah Dari Saya Untuk Kamu

Ha, sepanjang-panjang saya membaca blog orang lain ni, banyak pula saya tengok blogger yang buat contest dan bagi hadiah kepada readers mereka. Seronok, kan? ^.^

Alhamdulillah, saya pun dah cuba masuk contest diorang ni. Pernah menang dua kali. Dah dapat hadiah pun, terima kasih. Moga kamu di murahkan rezeki, ya... =)

Jadi, saya pun nak bagi hadiah juga kepada pembaca-pembaca blog saya. Tapi, saya tak pandai buat contest. (malas nak berfikir sebenarnya =P) Jadi, kebetulan 17hb Oktober ini, group kami ada buat lawatan ke Singapura lagi. Masih ada 6 tempat kosong.


So, saya nak bagi kepada sesiapa yang awal book. Saya nak sponsor semua, tak cukup duit =(, tapi saya sponsor sikit2, maksudnya saya bayar separuh, kamu bayar separuh. nak?

Standard price dia dari KL-Singapore-KL  Harga RM145. Kali ni, saya dah book semua yang 6 tempat tu.

2 tempat saya bagi kamu pergi free. (seorang blogger boleh cop 1 tempat shj)
:update ( 12/10/09)- dah di cop oleh orang lidi dan kuda kertas
2 tempat perlu bayar RM78.
:update(13/10/09---> 2.44 a.m) dah di book oleh ruhi_hayat dan basuhbaju.
2 tempat perlu bayar RM98.

Saya akan anggap kamu cop tempat tu melalui kedudukan komen, ya.
Jika kamu sudah ada passport, lebih elok. Jika tiada passport, nanti saya cuba untuk uruskan. Kita bertolak daripada Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya @ Seksyen 7, Shah Alam (mana yang lebih dekat dengan kamu) pada hari Jumaat (16 Oktober) pada jam 11 malam. Dijangka sampai di KL balik pada hari Ahad, jam 6pagi.

Siapa-siapa yang nak pergi, sila tinggalkan alamat email kamu beserta perkataan "Saya nak seat tu". Nanti, saya contact kamu direct. =)

Saya harap semua pembaca blog saya jadi seronok bila saya cuba nak hadiahkan kamu sesuatu. Nanti, kita boleh bercuti bersama-sama. Yippie-Yay-0o00!!! ^.^

Cara-cara komen yang akan di kira:
" Saya nak seat itu. email: contoh: (anime_travel@yahoo.com)"