Tuesday, October 30, 2012

Back To Basic

Bismillahhirrahmanirrahim

Allahuakbar... Allahuakbar.. Allahuakbar... Allahuakbar...

Assalamualaikum w.b.t,


Sekian lama tak menjengah ke alam blog, Alhamdulillah dibukakan hati hari ini untuk kembali menulis. Di sini, masih hari raya. Jadi, boleh lah mengutip sedikit2 pahala sunat bertakbir, InsyaAllah ^^

Alhamdulillah, setakat ini perjalanan saya dipertemukan dan ditemani dengan orang yang baik-baik, dan dipermudahkan urusan, dan saya doakan kamu begitu juga. :) Moga perjalanan sentiasa dalam rahmat Allah. Sempena, Aidil Adha yang bakal meninggalkan kita, sama-samalah tambahkan azam untuk menjadi insan yang lebih mulia di sisi Dia semasa kita meninggalkan bumi sementara ini, dan seterusnya menuju alam "eternity".

Semakin panjang umur kita, semakin banyak kerisauan dalam diri, sampaikan nak buat sesuatu yang menyeronokkan pun nampak bahaya sahaja yang menjengah. Sebab itu, rasanya semakin menambah umur, semakin kita (manusia) perlu melihat ke belakang. Balik ke permulaan. Apa yang pernah kita belajar dulu, apa yang kita dah lupa, agaknye ya? Contohnya, selalu sangat naik kereta, ingat lagi tak nak menunggang basikal? Selalu baca Al Quran, tapi hukum Tajwid masih dititikberatkan ke?

Tadi, dalam perjalanan ke sekolah, saya melihat banyak burung. Tergelak sorang-sorang saya teringat pada iklan "Burung Murai", kalau tak silap saya iklan Petronas pada satu ketika dahulu. Tapi, tiba-tiba sesuatu menjengah ke dalam otak cute saya ni. Perbualan antara saya dan mak saya. Ya, ya. Kami tak pernah berbual mengenai burung murai, itu tipu sangat :P Tapi, keadaan nya agak lebih kurang. Nak di ceritakan, saya memang tak berapa pandai nak menyusun ayat, tapi saya pasti kamu pasti ada ketikanya semasa kecil tanya apa sahaja pada ibu atau ayah, akan dapat jawapan tanpa diketawakan kerana tidak tahu. Tapi, apabila besar, (konon) knows everything bila mak atau ayah tak tahu nak gunakan teknologi canggih-canggih pun, dah gelakkan mereka, ataupun malas atau kata lainnya tak kuasa nak mengajar. Ish! Tak baik tau?

Jadi reflect diri kita. Bayangkan kita di alam masa depan dengan bakal anak-anak nanti. Orang kata, "You get what you give." Jadi, marilah kita pandang ke asal-an untuk kesempurnaan di masa akan datang, InsyaAllah. :)

balqissy =)









1 comments:

i.f said...

setuju sgt..ini kene pada batang hidung sndiri...betul dulu kalau kecik2 kita tnya soalan2 yg boleh dikategorikan bodoh tp ibu tetap menjawab sesuai ngn pemahaman kita dn tak pulak cuba nak ubah benda yg kita faham tu sbb dia tahu nanti dah besar pasti akan tahu sndiri.tp bila mak nak guna hp dn tnya lebih2 kita malas nak layan.(salah satunya) tq bg peringatan..