Monday, September 5, 2011

Salam Syawal

Bismillah...

Punya lah lama saya tidak menulis di sini. Sibuk buat apa pun, tak tahulah. -_-"

Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang masih lagi sudi menjenguk. Terharu sungguh. Kalau kamu datang rumah, boleh juga hulur duit raya. Kalau tak datang tu, kira halal lah ye? :)

Hurm, Syawal tahun ni agak bermakna juga. Eh, ye ke? Sekurangnya, saya masih di beri kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini untuk berjumpa dengan sanak saudara dan kawan. Yang sedihnya, tak ramai kawan bertandang rumah saya tahun ni. *sob sob*

Iye lah, semua pun dah berkahwin. Nak beraya sampai dua kampung. Baiklah, saya pun sedia memahami... * kesat hingus*


Banyak juga cerita mengejutkan pada waktu Syawal tahun ni. Iyelah, syaitan dah dilepaskan, manusia pula buat hal lah. Rumah sewa baru saya di kawasan Selangor telah di masuki perompak pada hari raya ke-2. Belum surut berita terkejut itu, kedai mak saya di Terengganu juga di masuki perompak. Banyak juga baju dan tudung yang sempat mereka ambil.


Itulah, nak cakap macam mana pun, tak boleh juga. Semua Allah dah takdirkan. Kadang-kadang Allah beri kita lebih sikit hari ni. Esok, Dia ambil balik sikit. Bukan apa, nak bagi kita tak lupa Dia. Sentiasa ingat Dia masa senang dan gembira, juga waktu susah sebelum dan akan datang.

Tapi, wahai encik perompak! Baik kamu jumpa mak ayah saya minta maaf sekarang. Nak lari, larilah kat dunia ni dari kami. Tapi, kat akhirat kelak, dengan pastinya kamu akan berlari dalam lautan manusia mencari kami, mohon kemaafan. Sesungguhnya, memohon kemaafan dari Allah itu lebih senang kerana Allah Maha Pengampun.


Akhir kata, Salam Aidilfitri :) Kepada yang nak memandu jauh, selamat memandu dengan berhema. Yang dah mula bekerja, selamat bekerja. etc.

3 comments:

oranglidi said...

ha? kdai kena rompak? ish2.. x brhati perut btul prompak.

slamat hariraya cik balqissy!

qyra waka said...

rompak? sabar lah...cakap kat mak yang hilang tu mesti akan dapat ganti yang lagi bagus...huhu...
slamt hari raya..:)

balqissy said...

oranglidi: selamat hari raya jugaaak ^^ walaupun lambat, tapi ni kira sekali utk tahun lepas lah ye? hehehe

qyra: Alhamdulillah... Tahun ni rezeki lebih sikit. He knows best :) thanks!