Assalamualaikum kawan-kawan.
Lama betul tak menulis di sini. Bukan sengaja mengabaikan, tapi nak menyelusuri hidup penuh drama manusia ni agak lelah rupanya, kan?
Alhamdulillah. 12 Mei 2011, genap umur saya menginjak ke 2+ tahun. Bermakna, bermula fasa baru. Memang, tak ada siapa yang mendoakan kecelakaan menimpa dirinya, bahkan hanya yang baik-baik sahaja. Dengan tittle yang bujang, harus sahaja saya mendoakan agar jodoh yang beriman kepada Allah akan sampai di waktu yang tepat, insyaAllah. Kepala yang runsing memikir arah tuju juga diharapkan menemui jalan untuk diredah sementara nyawa masih di badan.
Tapi, dengan keterkejut-an yang amat sangat, drama umur saya yang baru ini dipenuhi dengan berbagai cerita perkahwinan dan kemalangan. Ya, perkahwinan itu perkara biasa kita dengar apabila umur pun dah hampir masuk ke suku abad ini. Lumrah, kan? Kemalangan kecil-kecil seperti tersadung, pun mungkin agak biasa kita dengar juga. Tapi, saya mengalami dua kemalangan besar tak sampai satu minggu. Astaghfirullahhal'azim.
To my surprised, Alhamdulillah, kedua-dua kemalangan yang agak teruk itu tidak meragut nyawa saya, dan Alhamdulillah juga yang saya tak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya luka-luka ringan dan injured di tangan (yang menyebabkan saya tak boleh mengangkat beban berat dan berpantang) -___-"
Kepada yang ada akaun FB saya, mungkin dah tahu cerita Bas Sani Express terbalik di Tol Gombak, Karak Highway dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pada jam 25/05/2011 dan anda pasti sudah tahu yang saya adalah salah seorang penumpang di dalam bas itu.
Ada antara blogger2 yang mungkin dah terbaca cerita ini di blog ondscene. Tapi, ada sedikit maklumat yang tidak tepat, iaitu waktu kejadian adalah sekitar jam 4.40 pagi. yang lain2 kebanyakan betul.
Ini adalah gambar-gambar yang saya sempat tangkap semasa kejadian.
Gambar di bawah ini menunjukkan lubang udara di atas bumbung bas. Kami semua menyelamatkan diri dengan memanjat keluar dari lubang ini. Saya antara yang terawal juga dapat keluar kerana kedudukan tempat duduk yang agak dekat.
Laporan penuh akan menyusul selepas ini. Akan menceritakan sepenuhnya bagaimana saya boleh menaiki bas ini. Bagaimana keadaan dalam bas pada masa itu. Keadaan penumpang-penumpang yang parah dan yang terselamat semasa menunggu bantuan tiba.
Semuanya bagai mimpi kerana terlibat dalam kema;angan ngeri ini dan masih terselamat dan dapat keluar tanpa ada kecederaan parah. Semuanya kuasa Allah. Ya Rahman Ya Rahim.
Nasihat saya, anda elakkanlah menaiki bas 2 tingkat selepas ini, ya.
8 comments:
aku gerun tgk bas 2 tingkat
risau samada stabil atau tidak di selekoh
seram oo
bas 2 tingkat mmg rase cuak2 kalu nk nek.. sbab pusat graviti dia tinggi. so kurang stabil diselekoh.
seb bek xde ape2 kmlngn jiwa.
OMG!!! lmbt nye sy tahu...sy naek bas tu pd 26hb mei...sehari selepas xcdent tu...Ya Allah...syukur xd ap2 yg berlaku...tetapi driver nye agak culas coz drive very fast...nyaris nak melanggar sebatang pokok yang tumbang dekat area Dungun...hmmmm...
harap pihak pengurusan renung2 kanlah mengapa semua ini berlaku ? adakah balasan dr Tuhan kerana sering menganiaya pekerja sendiri?
bas 2 tingkat bukan itu isu sebenarnya, yg masalahnya skung pemandu bas2 nih pandu laju, sy ada pengalaman bas memotong kereta saya dgn lajunya..
umur tu still belum masuk kelab jubli perak (25th) mcm kitorang ni hehhe
Salam Ramadhan al-mubarak qissy. Saya doakan semoga semuanya selamat sejahtera.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari lebaran, maaf zahir dan batin.
alien: tu baru tgk. ce try naik :P
oranglidi: kan? tu ah.. dah kena, baru nk ingat.. hehehe
p/s: bile nak mai raye kt umah ni?
qyra: xpe.. kalau tahu awal kang, mesti rase neves je masa naik bas =)
anonymous: mungkin masa utk saya pun muhasabah juge =D
un: hai org perak =)
drSam: salam aidilfitri, Dr =) terlambat betul tgk comment. Maaf zahir dan batin dr saya juge =)
Post a Comment