Wednesday, November 28, 2012

100 hari

Alhamdulillah, hari ini hari ke -10 sudah. Setakat ni, masih di beri kekuatan untuk mengikut jadual, walaupun kadang-kadang ada buat trick sikit (atau banyak). *ish ish ish*

Ada 3 goal atau matlamat yang perlu di capai sesudah 100 hari tu Harap-harapnya tercapai lah. Ameen, In sha Allah.

Tapi, kan.. saya perasan dalm masa beberapa hari pemerhatian inilah.
 Saya suka letak restriction pada sesuatu tempat tu, tapi at the end, itulah yang akhirnya saya buat. *-___-"* Degil sungguh nurul ni.

Apa yang menariknya, kebetulan kat sini dah nak masuk summer, so siang jadi panjaaaang. Jam 8 malam tu terang benderang lagi. Dan, orang-orang kat sini nak jogging tak perlu tunggu lepas Asar baru nak buat aktiviti berpeluh. Bolehlah pergi jogging setiap masa dan ketika, walaupun jam 1 tengah hari. Uh- huh!

Ok, sangat lah berharap kekuatan untuk teruskan cabaran 100 hari ini dengan konsisten sampai nampak resultnya. Ameen Ameen Ameeen.

Thursday, November 15, 2012

Hati

"Ya Allah, wahai Tuhan yang menciptakan hati. Bersihkanlah ia dari noda hitam."

Friday, November 9, 2012

Trip

" Sometimes a short walk down memory lane is all it takes to appreciate where you are today."

Susan Gale.


a fun road trip on Eid Adha!


10 tahun lalu, tak terbayang diri di sini, begini, hari ini. Siapa yang sepuluh tahun lalu tahu yang hari ini Obama adalah Presiden Amerika? Naaah! Don't try to fool yourself :P

Jatuh. Bangun. Jatuh lagi. Bangun. Jalan sikit. Jatuh lagi, dan lagi.

Banyak kali jatuh, bukan erti gagal. Tidak! Sebab pernah jatuh, itu buat kita ingat rasa syukur. Kalau tak, memang langkah diiringi bongkak, riak. Not cool, girl! So not cool!


Kadang langkah laju. Laju sangat. Sampai tak sempat tengok belakang. Tak tahu kawan dan keluarga kita dah perlahankan langkah sebab nak bagi kita perasan yang kita gerak laju. Sebab tu, kadang-kadang Allah jatuhkan kita pada masa tu, supaya kita sedar. Semua kejayaan, bukan dari kita sebenarnya. Ada banyak tangan yang tolong, walau kadang-kadang kita tak pernah perasan. Kita kat sini, bukan sebab rancangan kita. Ini semua rancangan Dia.

Esok? Kat mana kita? Masih di dunia? Entah.


Monday, November 5, 2012

Love Letter

Bismillah...


Ya, agak lelah hari ini.

Bukan, bukan kerana saya berlelah.

Tapi, kerana ada yang berjerih kerana saya.

Tidak adil, bukan? Ya, tapi itu kata orang.

"Kasih ibu membawa ke syurga."

Dulu, saya hanya ada satu bayangan terhadap perkataan ini; iaitu kasihkan ibu, ganjaran syurga buat anak, dan itu insyaAllah :)

Dan, hari ini terlayar sebentar fikiran saya dengan kata-kata tersebut. Rupanya, ada rahsia lain. Haaaa... Apakah? ;) Kasih ibu pada anaknya tak kan hilang, dan akan terus kekal hingga ke syurga. Ameen Ya Rabb.

Duduk berjauhan dengan keluarga, bukan perkara asing bagi saya. Tapi, setiap kali pun ... setiap hari pun, tak akan pernah rasa rindu itu terbang dari hati.

Untuk Mak, dah saya ucap sendiri pada dia tadi. Anda dah?

Bagaimanapun, di ketika hati di serang sayu begini, enak juga jika ada surat cinta, kan? heeeeee ^_______^ *sengih*

Disebabkan tiada, jadi saya buatkan satu. Untuk bakal yang tersayang. Di mana kamu, siapa pun kamu,  jjang! heeee *sengih lagi*



Oh, saya tau saya sweeet. terima kasih. kikiki


Ok, fine! Ni recycle  dari instagram. :P but it's absolutely mine, hokaayy ^^

- balqissy