Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Doa Orang Yang Dikhianati

Pernah dengar tentang doa orang yang dikhianati ni dimakbulkan?

Saya pernah dengar. Hari itu, saya terdengar ceramah usrah dalam TV. Ustazah tu cakap kalau kita berdoa, tapi doa tu masih belum dimakbulkan, tak nak lah kita mengeluh kenapa doa kita tak di dengar Allah lagi?

Contoh: Kalau kamu berdoa semoga dipercepatkan jodoh (isu hangat), tapi masih belum sampai serunya. Usah pula berkata perkataan-perkataan seumpama ini " Penatlah aku berdoa ni. Jodoh tak sampai-sampai jugak." Sambil mengeluh atau marah. Ustazah tu berkata lagi kalau kita bercakap macam ni, jodoh kita dilambatkan lagi 10 tahun pula (lebih kurang).
Ha, takut tak?

Cara-cara berdoa ni bukan sahaja untuk jodoh, tapi tentang semua. Tentang rezeki, kehidupan, permudahkan jalan dan sebagainya. SEMUA!

Nak diceritakan disini, kenapa hari ini cerita tentang doa orang yang dikhianati?

Manusia ada yang dikhianat. Jadi, pasti ada yang mengkhianat. Ia dinamakan pengkhianat.

Banyak jenis pula yang dilabelkan sebagai pengkhianat ini. Pengkhianat negara, nusa, dan bangsa. Tak perlu saya hebahkan. Itu terlalu besar skop saya untuk bercerita. Pengkhianat kawan-kawan pun ramai. Itu saya pantang. Memang pantang. Oh, ini harus buat entry baru sebab cerita dia menawan. Haha Dan, ada juga orang yang khianat duit budak-budak hingusan.

Saya memang tak faham bagaimana pengkhianat dalam berbisnes ini boleh hidup dalam dunia global yang maju. Bagaimana dia nak tenang dalam membeli belah sedangkan itu duit orang lain? Bagaimana dia nak menjadi ibu dan bapa yang baik sedangkan makanan yang disuapkan pada anak-anak hasil duit haram yang dikhianatkan? Bagaimana dia nak nasihatkan anak-anak muda untuk tidak hisap dadah, sedangkan dia hirup udara pun tidak berkat? Yang paling penting, bagaimana dia mahu beribadat jika dalam fikirannya tiada satu rasa bersalah pada orang yang dikhianati. Ah! Pening saya fikir tentang orang serupa ini. Apa yang dalam fikiran mereka, ya?

Kepada kamu-kamu yang terasa, silalah berubah. Bagai kata Raja Farah dalam iklan beras, " Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani." Dan, telah diubah mengikut cerita hari ini, " Setiap satu sen duit yang halal ibarat seribu doa manusia disenangkan hidup di dunia kepada Allah."

Ya, saya telah dikhianati. Serupa konteks yang saya ceritakan di sini. Setakat ini, saya doakan dia dimurahkan rezeki supaya dapat memulangkan apa yang telah saya 'berikan'. Tapi, nampaknya tiada hasil. Apabila berbincang dengan orang yang baik budi pekertinya (kakak bilik saya), dia menyarankan untuk berdoa supaya pengkhianat itu tidak tenang dalam hidupnya. Sentiasa terbayang-bayang diri saya untuk insaf dan pulangkan apa yang seWAJIBnya jadi hak saya. Jangan sampai saya berdoa yang tidak baik-baik pula pada dia. Sesungguhnya Allah sangat mendengar rintihan hambaNYA.

Kamu, kamu, kamu yang membaca ini, sila doakan kemudahan dalam hidup saya, ya. Semoga saya hilang daripada sifat jahat manusia lain. Hidup manusia saya sendiri sudah cukup kompleks. Tak mampu menam[ung kompleks hidup orang yang hatinya jahat.

Dengan setiap doa kamu, saya doakan yang baik-baik untuk kamu semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Ameen....

p/s: doakan, ye. Terima Kasih kamu =D

Tuesday, December 22, 2009

Lucky

Lucky; di dalam bahasa Melayu, disebut tuah. Bukannya Hang Tuah yang berkata takkan Melayu hilang di dunia itu, tetapi ianya perkataan ayng menggambarkan kebernasib baik-kan seseorang manusia dalam hidupnya. Apa kaitan Hang Tuah dan bertuah? Oh, itu memang saya tidak tahu, dan rasanya tidak perlu ambil tahu.

Hari ini, saya ada mencuba nasib dalam beberapa bahagian yang memerlukan 'lucky' ini. Nampaknya, sudah dua kali saya tidak bernasib baik. Aduhai~

Jadi, ada dua kali nasib saya akan dipertimbangkan. Silalah kamu semua membacakan doa agar saya bernasib baik untuk salah satunya, atau kedua-duanya. Jika saya 'lucky' kerana doa kamu, mungkin 'lucky' itu akan terkena kamu juga,kan? kan?

Ucapan terima kasih di atas doa itu diucapkan terlebih dahulu. ^.^

**Ayat Bahasa Melayu kali ini agak tunggang-langgang. Jadi, agak tidak mustahil jika temuduga Guru Bahasa Melayu akan ditolak. Oh~

Friday, March 13, 2009

Rintihan kecil

Doaku untuk "cintaku" 

(^_~)


" Ya Allah,

Kau Satu-satunya Tuhan yang layak ku sembah,

Dan ku tahu Muhammad pesuruhMu,


Ya Allah,

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,

Hanya engkau tempatku sujud

Merintih di malam hari

Memohon petunjuk dan pertolonganMu


Ya Allah,

Kau tahu cintaku hanya untuk dia,suamiku...

Dan kau tahu, cinta ini anugerahMu Ya Allah..

Dan aku sangat hargai perasaan ini subur di hatiku...

Temukanlah aku dengan dirinya dalam keadaan dan hari yang tepat

Suburkanlah cinta kami, walau di mana dia berada

Kerana cinta kami keranaMu, Ya Allah..


Ya Allah,

Dan kerana cinta ini di hatiku,

Aku mohon Ya Allah..

Semoga kami terpelihara dari segala kemaksiatan

Kau ampunikanlah dosa-dosa kami yang lalu

Tunjukkan lah kami jalan ke arah kebenaran

Supaya dia dapat memimpinku ke arahMu

Dan aku dapat mentaatinya, juga kerana Mu Ya Allah..

Jadikanlah aku yang terbaik untuknya seperti Kau jadikan dia yang terbaik untukku.


Ya Allah,

Terima kasih atas petunjukMu

Aku percaya kuasa Mu Ya Allah..

Jika dia memang diciptakan untukku,

Satukanlah hati-hati kami,


Dan kerana cinta ini keranaMu Ya Allah,

Aku mohon., ampunilah kami jika kadang2 kami terlalai...

Dan, aku mohon... agar kau masih menjaga aku dan dia dari mendekati perbuatan maksiat,

Suburkanlah cinta kami seadanya,

Sehingga cinta dan hubungan kami halal di sisiMu...


Ya Allah...

Tapi, jika dia memang bukan diciptakan untukku,

Cukuplah hati ini lalai dengan mainan perasaan..

Sesungguhnya Engkau memungkin semua yang mustahil...

Suburkanlah kembali cintaku hanya untuk dia, suamiku...

Biarlah kami bersatu di bawah lembayung rahmatMu

Di hari yang benar-benar tepat...


Ameen... Ameen..."


( 0512H ; 270109)