Sunday, March 29, 2009

I am sorry

"I am sorry."


Maafkan saya. Ayat yang biasa kita dengar apabila ada orang yang berbuat kesalahan. Juga ayat lazim di hari raya Aidilfitri.Disertai dengan bersalam dan berpelukan. Gelak ketawa, gembira-gembira di hari raya. Seronok pula bila ingat kembali. Itu adat resam. Jika tidak ikut adat, akan nampak biadab pula. Eh, lagi susah hendak berkahwin jika begitu. Mana ada ibu mertua suka pada gadis yang biadab." Betul.Betul.Betul" ---> Meniru gaya Ipin.


Eh, seperti sudah lari tajuk. Berbalik pada perkataan "I am sorry" tadi. Ikhlaskah seseorang bila mengucapkan kata-kata maaf. Oh, itu tiada siapa yang dapat membaca hati orang. Oh, ya. Mungkin ada. Segalanya mungkin di dunia tuhan ini. Dan, yang pasti orang itu bukan saya.


Sebenarnya, persoalan yang saya ingin ajukan pada semua hari ini bukan kata-kata maaf itu ikhlas atau tidak. Kerana, itu soalan common. Dan, saya tahu ramai yang akan jawab . . .


Semua berpandukan pada niat."


Ya. Ya. Saya tahu. Tapi, soalan saya ialah maksud perkataan maaf itu. Adakah memang setiap kesalahan itu terhapus dengan ucapan maaf. Saya tahu ia kedengaran seperti saya ini orang yang dangkal akal fikiran bila persoalkan perkara seperti ini. Itukan kerja Tuhan. Tentang dosa mahupun pahala. Tapi, memang sudah lama ia bermain-main di fikiran. Cuma, sekarang baru saya ada masa untuk terjemahkan dalam patah-patah perkataan. Kerana bagi saya manusia ini selalu guna-gunakan perkataan maaf ini. Saya pun sama, mungkin. Cuma, biasalah. Kita tidak sedar diri sendiri melakukan kesalahan. Manusia lain tersilap sedikit, kita sudah mula membuka mata. 


Manusia. Oh. Manusia.


Contoh peristiwa (*Semua nama di bawah adalah tidak benar):


Si 'A' ini mengumpat kawannya, Si 'C'. 


Si B pula menegur. " Eh, tak baik mengumpat."


Si 'A' menjawab : " Oh, tersilap. Tak apalah, nanti aku mintak maaf. Ahahaha" sambil bergelak ketawa. 


**Sudah tersedia di minda yang apabila dia meminta maaf, sudah selamat dia separuhnya. Hanya menunggu diri dimaafkan. Tapi, esok mengumpat kawan yang lain pula. Peristiwa berulang jadinya.**


Mungkin ada orang yang seperti ini, kan? Kan segala-galanya mungkin. Tapi cuba kamu semua bayangkan. Ini baru kesalahan mengumpat. Bagaimana jika perompak, pencuri, pembunuh semua pun mempunyai fikiran seperti ini. EEEeee... menakutkannya. 


Oh, OK. Saya tahu saya berfikir dalam sangat. Kenapa perlu fikir untuk orang lain, kan? Maafkan saya. Oh, saya ini meminta maaf dengan ikhlas. Jadi, anda maafkan saya dengan ikhlas juga, ya? ;-) 


**wink**


0 comments: