Thursday, December 31, 2009

New Year & Gerhana

"~gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi esok~ ....dirikanlah solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan...."

Oh, selamat BerTahun Baru, Kawan-kawan. Moga tahun baru menjanjikan kita lebih rahmat dan Redha dari NYA.
Apa pun, tahun baru ini kita mulakan dengan solat sunat gerhana, InsyaAllah. Mari. Mari semua. =D

Jumpa kita di tahun hadapan, InsyaAllah.

Bye 2009.

Wednesday, December 30, 2009

Bas Ekspress dan Saranan Selepas Kemalangan

Berikutan kes bas ekspress yang kemalangan baru-baru ini, satu negara kecoh.

Memang tak dibafikan, itu kemalangan ngeri. 10 orang yang terkorban, dan dengan bukan kesalahan mereka itu sungguh menyayat hati.

Tapi, yang menyebabkan saya ingin mengutarakan pendapat saya secara serius di sini, ialah bilamana seseorang yang berkuasa(nama terpaksa tidak disiarkan kerana saya tidak ingat. Hanya dengar mealui radio dan tv) menyarankan:

1. " Bas ekspress tidak boleh menggunakan jalan raya pada waktu tengah malam "

Bagi saya, ini kelakar. Saya faham. Bukan senang nak utarakan pendapat secara spontan. Tapi, janganlah sampai tidak fikir baik buruk. Saya sebagai penumpang bas ekspress, saya rasa ini tidak adil. Bukan nya tidak ada kemalangan yang melibatkan kenderaan pada waktu malam. Kebanyakannya juga punca mengantuk. Tetapi, kenapa tak keluarkan statement ini sebelum-sebelum ini lagi? Biar semua jalan raya ditutup pada waktu tengah malam. Biar semua orang berjalan kaki sahaja. Kalau masih ada yang mengantuk, sekurang-sekurangnya dia hanya terjatuh longkang atau berlanggar badan sesama sendiri, bukannya kemalangan berkenderaan.

Cuba fikir balik, kalau bas ekspress tidak dibenarkan beroperasi pada waktu selepas tengah malam, jika perjalanan yang perlu mengambil masa yang lebih 9jam untuk sampai ke destinasi, haruslah mengambil cuti tahunan untuk memudahkan pergerakan. Pengangkutan awam tidak lagi menyenangkan rakyat, malah mungkin menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah.

Mungkin yang 'berkuasa', mempunyai pemandu, jadi tidak susah untuk bekerja di siang hari dan travel di malam hari menggunakan kereta. Tapi, bagi kami yang berpendapatan cukup-cukup makan, hanya layak mendapatkan pemandu kereta api, teksi dan bas sahaja.

Ada lagi satu sebenarnya quote yang saya sangat bangkan, tapi sekarang ini terlupa pula. Bila saya buka-buka rencana akhbar mengenai kes ini, terjumpalah berita ini.

Sumber : Sini

MasyaAllah! Ikat jamin sahaja dah mencapai angka RM20,000. Saya faham perasaan keluarga mangsa. Kalau berlaku di kalangan anggota terdekat saya, pastinya saya juga marah. Tapi, kita berbalik kepada takdir. Cuba kamu fikirkan, seorang lelaki, pemandu bas. Terpaksa menanggung ibu bapa, isteri dan 3 orang anak. Berapa agak-agak duit simpanan yang dia ada? Ya, dia cuai. Kerana memandu dalam keadaan mengantuk. Tapi, saya masih rasa tidak patut. Sebab, fikiran kompleks saya ni selalu letakkan diri saya di dalam diri si pesalah.

Kalau saya tengok cerita, pasti saya jadikan diri saya watak antagonis. Watak yang ditinggalkan kekasih, walaupun sebenarnya baik. Jarang saya letakkan diri sebagai heroin. Sebab, dah tahu kebanyakan cerita happy ending.

Ok, berbalik pada cerita pemandu bas ekspress itu tadi. Bukan dia berniat untuk cuai. Bukan niat dia untuk menyebabkan kematian. Saya sangat terharu membaca kenyataan ayahnya. Tapi, itulah. Jika saya letakkan diri di keluarga mangsa, mungkin lain pula jadinya. Selepas ini, saya cuma berharap agar pemandu bas lebih memberikan konsentrasi yang padu semasa memandu. Kerana, saya mungkin berada dalam perut bas anda ketika itu. Mungkin.

Yes! Yes! kali Ini Bukan Year End Sale!

Alhamdulillah, hasil tutorial from Jard, dapat gak buat comment gune disqus, hehehe

Kalau korang nak gune disquss jugak, boleh belajar from Jard gak, ye.

sila gi sini =D

Thanks Jard. love you. <3

Ting! Bismillah...

Berdebar-debar.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SAngat!
.
.
.
.
.
.
.
.
Harap Berjayalah.
.
.
.
Ameen.

Monday, December 28, 2009

Lady In Red Giveaway


Haha, seperti biasa. Menghampiri tahun 2010 ni, ada banyak masa nak joint contest, dan berharap ada la sedikit keberuntungan dalam menempuhi tahun baru. Jadi, nak joint la jugak contest ni. Thanks Afidah =D Serious, contest ni senang. Asalkan kamu berbaju merah, tak kesah apa sahaja acara, dah boleh joint contest. Kata Afidah jugak, ni adik dia dari UK yang akan bagi hadiah. Mereka nak berkahwin, tema kahwin dia nak warna merah. So, mungkin ni cara mereka nak dapatkan idea dan sekaligus memeriahkan upacara perkahwinan mereka nanti. alahai sweet =D


Btw, Ini die...

Syarat2..

1. Buat entry bertajuk Lady In Red Giveaway - Done =D

2. Buat entry Pasal Giveaway nie and upload gamba yg nk dipertandingkan. Cuma 1 gamba jer taw... - Done =D


-photo removed -

3. Be my Follower . nie wajib , senang kalau ade ape2 update .. and jgn lupa add me dalam bloglist anda -Done =D

4 . Letakkan banner kat entry ngan side bar berserta linknya sekali -Done =D

5. Jangan lupa Mention about the contest in your entry with links back to this entry -Done =D

Ok, muge2 kamu terima ;)

Hilang Lagi?

Maaf kawan-kawan. Untuk tiga hari sebelum ini, saya tahu saya telah hilangkan diri.

Bukan. Bukan. Saya tak kena culik pun. Jangan risau. Cuma, sekali sekala saya akan cuba lari dari dunia teknologi ni. Haha

Ok, Handphone saya kadang-kadang sahaja saya offkan. Tapi, kalau kamu call, saya tidak angkat. Kamu sms juga saya tidak balas. Maaf.

Hari ini, saya sibuk. Balas sms dan return call sahaja. Hanya tunggu giliran kamu, Ok?

Maaf lagi sekali

*ikhlas*
*tunduk*

Friday, December 25, 2009

Candid Photo Contest


Sempena berakhirnya tahun 2009 ni, saya nak joint banyak contest. Harap tahun 2010 mempunyai banyak peluang yang lebih baik.

So, contest kali ni telah di adakan oleh En. Halim .

Senang sahaja, just tampal satu pics candid. Jadi, ini gambar pilihan saya. =D

- photo remove-

Gambar ini dirakamkan oleh di Singapore. Nampak sangat happy, kan? Well~ ini rupa saya yang biasa. sekian. ehehe