Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Kau Pergi
Pergi
Kau pulang
Tapi, sebenarnya kau pergi
Jarak makin dekat
Tapi, hati makin jauh
Aku setia menunggu
Tapi, sampai sudah tak tau untuk apa
Aku juga ingin pergi
Tapi, masih tak jumpa tujuan
Jadi, aku ingin biar
Kau pergi
aku juga pergi
Mencari apa yang pasti
Derap langkah kaki
Atau penerokaan hati
Teruskan pergi jika dia itu dia.
Jangan pernah pusing
Menoleh pun jangan
Tapi,
Pulanglah jika dia itu aku
Kerana aku mungkin belum pergi.
Entah.
Labels:
Him,
Pergi,
puisi cara aku,
tunggu
Monday, September 14, 2009
Aku Rindu ||
Kamu, saya rindu!
Rindu sangat.
Sangat!
Dan, saya menangis.
Deras, tapi bukan teriak.
Kerana, saya rasa
kamu tak rindu saya macam saya rindu kamu.
Friday, September 11, 2009
Esok Malam Raya
Malam ini bukan mode jiwang. Dah tiga hari mode malas tahap melampau. Memang jiwa kusut. Kacau-bilau. Malas nak fikir, jadi *****
Betul. Fikiran bercelaru. Assignment tak siap-siap. Ada sampai 3 ketul assignment nak kena siapkan pagi esok. Lagi berapa jam sahaja lagi, tinggal? 2.3 jam sebelum 7 pagi. Sempat ke? Uish, sempat! Kita kena sentiasa berfikir positif, kan? Kan? ^.^
Esok malam raya! Harap semua assignment sempat siap. Esok malam dah nak panjat tangga bas, balik kampung. Malas nak drive balik. Karang musim-musim raya macam ni sibuk pula saya mengumpul saman. Yang masih berbaki lapan tu entah bila nak lunaskan -_-! Jadi, kita ambil langkah selamat, upah driver. Simple. Malam ni lepas jam 10.30 malam, ejas-ejas kerusi sedikit. Terus tidur. Kalau agak-agak penat sangat, tidur sampai berdengkur. Hahaha >.< (Tidak mengapa, bukan orang lain kenal pun =P)
Excited nak sampai rumah. Tahun ini dah plan akan ada banyak kek dan puding akan dihidangkan. Setakat ini, masih belum plan untuk buat open house, jadi datang sahaja pada mana-mana hari raya. ^.^ Kalau kamu semua tak dapat datang ke Terengganu, sila jemput saya ke open house di sekitar KL selepas pulang, baru saya bagi kek. Kalau tak, kirim salam. Oh! Hahaha (setakat ini, tak ada lagi jemputan open house. Sedih (T____T))
!!!!SELAMAT HARI RAYA!!!!
p/s: celaru sebab fikir terlampau banyak perkara. Doa jadi senjata sekarang, Harap didengari dia. Tolong hilang wahai harapan kalau ia tak kemana. Ameen...
.
.
.
Ameen.
Entah
Entah. Fikiran kusut. Jiwa kacau. Buat apa pun tak jadi.
Hati kata jangan. Bina tembok ego tinggi-tinggi.
Mulut asyik mengunyah tak berhenti.
Boleh tembam lagi kalau asyik begini.
Ceit!
-_-!
Labels:
aku,
Him,
puisi cara aku
Sunday, September 6, 2009
Hitam
kita semua pernah ada hitamnya. apa perlu kita tuding siapa lebih hitam? kita semua sama dalam satu dua perspektif.- Fynn
Tak kisah sejarah silam kamu yang bagaimana. Saya tak peduli. Tak mahu ambil pusing. Buat apa pandang mereka itu jijik jika dia sudah bertaubat? Benar-benar taubat. Taubat nasuha.
Setiap orang ada kisah hitam sendiri, kan? Saya juga. Tidak tahu kecil besar kisah hitam kamu. Setiap orang ada tahap dia sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang, mencuri buah rambutan Pak Cim Tam kampung sebelah dah jadi sejarah hitam. Mungkin ada antara kamu yang mempunyai sejarah bermain di lorong-lorong hitam. Kamu peduli kisah hitam seseorang? Oh, kalau dia sudah insaf, kamu abaikanlah. Ambil sahaja jadi pengajaran buat diri sendiri, keluarga dan teman-teman. Tapi, sila tidak ungkit-mengungkit seperti kuih bangkit.
Kerana saya tidak suka kamu buat begitu, walau bukan pada saya. Dan, saya pasti kamu juga tidak suka orang lain ungkit kisah hitam kamu, kan? Mungkin dulu sebelum pakai fair & lovely, kulit tidak secerah sekarang, kan? *Erk?!*
Okey, saya cuma harap DBKL tidak mengungkit saman saya yang tidak terbayar. Tolong jangan ungkit sehingga ke mahkamah. Ini kan mahu raya. -___-! Fahamilah. OH!
Tuesday, September 1, 2009
Jika Hari Ini
Jika Hari Ini
Badan terpisah dengan nyawa
Ku mohon KAU gugurkanlah segala dosa
Yang lalu mahupun yang terkemudian hendaknya
Selimutkanlah aku dengan Al-Fatihah dan doa
Hadiah ikhlas dari rakan serta keluarga
Dunia ini tak mampu lagi ku hirau
Biar kesayanganku redha dalam titisan sayu
Bakti belum sempat ku hulur walau satu
Kini, hanya Engkau yang mampu
Anugerahkan mereka kemudahan yang ditunggu
Adakah cukup amalan?
Tapi, tak penting untuk kurisau, kan?
Kerana, jasad barangkali sedang dikafan?
Amalan semalam yang mungkin kini dalam sesalan?
Maaf
Moga pergiku buat semua insaf
Jika Hari ini
Nyawa dan badan masih melekat
Usahalah dengan kuat-kuat
Cukupkan diri dengan bekal akhirat
Tabur segala bakti dengan kudrat
Ilmu agama dan dunia di junjung tulang belikat
Moga jalanku sentiasa dipermudahkanNYA
Jalan lurus menuju ke syurga
Gerbang ilmu yang ada aku di dalamnya
Rezeki halal yang Kau bentang sentiasa
RedhaMU yang Kupinta
Dan rasa cinta keranaMu oleh dua hati manusia
.
❝bekerjalah untuk dunia seolah-olah kau akan hidup selamanya, beramal lah untuk akhiratmu seolah ajalmu kan tiba❞
- balqissy
Labels:
Insaf,
puisi cara aku
