Showing posts with label fikir. Show all posts
Showing posts with label fikir. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

Isu Politik dan Agama?

Politik didefinisikan sebagai; Adapun definisi politik dari sudut pandang Islam adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam negeri maupun luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Pelakunya bisa negara (khalifah) maupun kelompok atau individu rakyat.
Sumber : klik sini

Atau juga boleh didefinisikan sebagai : Politik adalah proses pembentukan dan pembagian kekuasaan dalam masyarakat yang antara lain berwujud proses pembuat keputusan, khususnya dalam negara. Pengertian ini merupakan upaya penggabungan antara berbagai definisi yang berbeda mengenai hakikat politik yang dikenal dalam ilmu politik.
Sumber : klik sini

Saya tidak tahu apa lagi definisi politik yang akan saya jumpai jika google dan bacanya menerusi buku, tetapi cukuplah fahaman saya setakat ini yang saya tidak sukakan politik. Tak dinafikan politik itu membentuk negara. Tapi, bukan politik kotor pilihan saya. Dan tetapi, adakah wujud politik yang tidak kotor? Hurm~ Ahli politik selalu dikaitkan dengan korupsi, rasuah, dan janji palsu. Datang dari mana cerita ini? Ada dua. Sama ada ianya benar, atau pun hanyalah propaganda untuk menjatuhkan satu-satu ahli politik itu sendiri.

Ini bukan entry untuk menjatuhkan parti. Saya tidak favor mana-mana parti. Dan, walaupun sudah layak untuk mengundi, namun saya masih belum membuang walau satu undi. Ibu bapa saya terang-terang menyatakan parti pilihan mereka. Rakan-rakan juga ramai yang mengaku dia berada di dalam parti yang mana. Mana konsep undi itu rahsia? Oh, mungkin juga ahli parti, tapi tak semestinya lagi mengundi untuk parti itu? Wallahu'alam.

Tapi, tak kisah. Itu persoalan peribadi. Tiada kena mengena dengan tajuk. Saya ini pelik. Kali ini, saya pelik dengan manusia. Sungguh, mungkin saya yang pelik sebab saya tidak serupa kamu. Tapi, tak mengapa. Saya memang tidak hairan.

Di dunia, banyak parti wujud. Di Malaysia juga sama. Apabila banyaknya parti, maka ramailah juga ahli politik. Jadi, mungkin banyak konsep politik yang wujud? Oh, maaf. Ini saya tidak maklum.

DAN, agama juga banyak di dunia ini. Ada pelbagai agama. Termasuk agama yang saya anuti. Islam. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kerana saya dilahirkan dalam keluarga Islam.

Apabila saya melihat ke negara saya sendiri, maklumnya saya bahawa negara ini negara Islam. Tapi, sesuai dengan konsep Malaysia yang berbilang bangsa, punya juga banyak agama. Tidak mengapa, Islam itu tidak memaksa dalam beragama. Cuma, apabila kamu telah dilahirkan Islam, WAJIB ke atas kamu untuk mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui makna di sebalik kalimah itu. Jadi, sepatutnya tiada isu mengenai Lina Joy. Noktah.

Kekesalan saya sekarang adalah dengan segelintir pihak yang menggunakan unsur agama ini untuk dipolitikkan. Kenapa? Lagi sekali saya tekankan, tiada fokus kepada mana-mana parti, dan tiada fokus kepada mana-mana agama. Saya tahu dan sedar, dan kamu juga harus sedar. Jika dalam agama saya, Islam itu telah menggariskan bagaiman seorang khalifah itu untuk mengaturkan negaranya. Baik dari segi pendidikan, pertahanan, kewangan, hukuman dan sebagainya. Itu boleh dan harus kita ikuti sebagai negara Islam, kan? Itu juga tiada isu bagi saya. Noktah.

Isu sekarang ialah apabila SESETENGAH pihak yang cuba menggunakan isu agama ini ke dalam isu politik mereka. Kalau kamu juga tidak mengamalkan agama, kenapa harus gunakan agama untuk membenarkan apa yang kamu ingin lakukan? Belum cuba selidik dengan nas-nas Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah, kamu telah lancarkan serangan mulut. Terpekik terlolong, kononnya ini bertentangan dengan agama kamu. Apa bukti? Mana saksi? Biar kita yang punya akal, fikir. Jangan melenting tak tentu pasal bila orang cucuk kamu. Itu budaya mana? Syaitan berpesta sahaja tanpa kamu dapat lihat.

Dan, lagi satu. Kalau kamu boleh fikir, sesetengah isu bukan apa yang kita nampak sahaja. Mungkin ada agendanya yang tidak terjangkau fikiran kita kerana kesannya mungkin 30-100 tahun akan datang. Dan, jika isu agama yang kita ingin telanjangkan dalam isu politik, mungkin bukan ahli politik negara kita yang terbitkan. Mungkin mereka hanya diperalatkan untuk buatkan kamu melenting. Mungkin ianya isu yang mempunyai dengan isu dunia yang boleh menyebabkan perang dunia ketiga. Kerana agama ini tersebar ke seluruh dunia. Agama bukan milik kamu sendiri. Begitu juga politik. Politik negara membawa ke politik dunia. Jadi, hanya satu. Fikir dulu sebelum kamu buat satu-satu keputusan. Kadang-kadang, diam itu lebih baik dari bersuara. Tapi, bersuara yang penuh dengan isi lebih baik untuk manusia sejagat. Fikir.

Friday, March 13, 2009

Assalamualaikum


Manusia ramai. Banyak manusia di jalanan. Saya gembira lihat mereka. Berjalan-jalan. Menikmati makanan. Ada juga menaip seperti saya. Tapi, mungkin bukan menulis blog buat pertama kali seperti saya sekarang. Memerhatikan hidup manusia hobi saya. Kononnya mengkaji. Tapi, sampai sekarang, rasanya masih belum selesai kajian, kerana saya sentiasa melihat manusia berlainan.

Yang perempuan cantik. Lelaki? Kacak. Ya kah? Oh, lupa. Saya tidak suka melihat lelaki kacak. Perempuan cantik pula yang jadi hidangan mata. Oh, betul. bukan cuba cover diri. Tapi, itu hakikat.

Tapi, ingat ya kawan-kawan. Saya masih straight. ^.~

Oh, seronok juga lepak di Bangi Kopitiam ini. Walau hanya memesan ice cream coklat 2 scoop. Dan, sudah pun selesai masuk ke dalam perut. Hilang sedikit masalah saya dengan melihat gelagat manusia.

Eh? saya ada masalahkah? 

Tidak juga. Cuma, saya suka fikir sesuatu. Ya, berfikir. Dan, selalunya apa yang saya fikir tak akan sama dengan manusia lain berfikir. Lebih kompleks. Lebih detail. Dan, lebih ke depan sedikit. Sangat. Kot. Eh, bukan saya katakan manusia lain berfikir singkat. Kamu ini salah faham pula. Maksud saya, saya ini berfikir melebihi  tahap sepatutnya berfikir. 

Contoh, bila ada garis di depan lampu isyarat, kita harus berhenti semasa lampu isyarat merah. Harus diingat, cikgu-cikgu sekolah memandu berpesan supaya berhentikan kereta di belakang garis. Tapi, saya pula kadang-kadang memecut melanggar lampu isyarat merah. Oh, itu contoh sahaja. ahaha **Kerana itu memandu dari Kuala Terengganu ke Shah Alam mengambil masa 4 jam** 

Eh, kamu fahamkah?

Maaf, ini penulisan pertama saya semenjak 3 tahun lepas.

Em, tipu. (0_O) Mungkin 6 tahun lepas.

Perlu ingat kembali. Tapi, saya rasa kamu tak ingin tahu pun,kan? 
(~_^)