Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

My Man.

My Man. Lelaki saya. Saya rindu dia sekarang. Sangat!!!!

Seingat saya, dulu saya baik sangat dengan dia. Tapi, sekarang tak lagi saya nyatakan saya sayang dia. Hanya dalam hati. Oh, saya tak mampu. Dia pun sama. Saya dapat rasakan, walaupun dia tak nyatakan sayang itu lagi.


Saya bukan lelaki. Jadi, saya tidak tahu apa rasa sayang dari dalam diri seorang lelaki. Kerana dia, saya di sini. Dulu, dia tempat saya peluk manja. Dia yang garukan bila saya gatal digigit nyamuk. Paling saya tak lupa, saya sengaja tidur di hadapan TV untuk dia angkat masuk ke bilik. Bukan sekejap. Dari sehari, sehingga saya di tingkatan dua masih terbawa-bawa tabiat itu.

Sungguh, saya terlupa bila kali terakhir saya mencium pipi lelaki saya. Mungkin semasa di tingkatan dua. Atau di tingkatan tiga. Alamak, saya lupa. Saya rindu. Rinduuuu.

Saya dan emak jauh berbeza pendapat. Mak saya fikir kanan, saya nak ke kiri. Vice versa. Kata kawan, mungkin kerana kecil, saya rapat dengan ayah. Sangat benar. Ayah selalu bawa saya jalan-jalan naik motor. Dulu, ayah ada motor yang bising dan besar tu. Saya selalu duduk kat depan, dan pulas handle. Seronok! Masa pergi sekolah masa 5 tahun sampai darjah 6, ayah selalu buatkan air garam untuk saya dan adik minum pagi-pagi. Saya tak tahu kenapa, sekarang bila saya dah tahu google, baru saya tahu air garam bagus untuk otak. Lepas itu, mesti ayah bawa kitorang singgah kedai makan. Ayah mesti letak air saya dalam piring, dan bagi saya minum dalam piring supaya kurang panas. Belikan air kotak dan sate untuk bekal tengah hari.


Saya sensitif dengan mak. Dan adik-adik. Pernah satu hari saya marah. Tak ingat pada siapa. Tapi, hari itu hari raya. Saya marah, dan tak makan bersama keluarga. Duduk dalam bilik seorang-seorang. Menunggu-nunggu orang datang pujuk. Tiba-tiba, ayah saya masuk bilik dan hulurkan tangan. Oh, terharunya saya.


Dulu, lain. Sekarang lain. Kenapa? Saya ingiiiiiin sangat nak cakap kat ayah saya sayang dia depan-depan. Last saya cakap pada dia, semasa Father's Day 2009. Tapi, itupun dalam telefon. Saya harap saya masih sempat lakukan apa yang sepatutnya saya buat. Luahkan sayang saya pada ayah. Sebab, saya tak tahu umur ayah saya sampai bila. Yang lebih pasti, saya lagi tak tahu umur saya sampai bila.


Ayah, terima kasih. I love you too.
<3